Bahasa Baku
Sedih dan pilu.. Bahasa Baku, kemana menghilang? Siapa yang perlu dipersalahkan?
Sebelum aku mendalami tentang isu Bahasa Baku ini (Dari pendapat dan perspektif ku sendiri), maka moleklah jika aku mengambil petikan dari akhbar untuk menunjukkan betapa seriusnya hal ini..
Walaupun petikan dibawah ini sudah lama, namun ia belum basi..
Bacalah petikan dibawah ini, dan fikirkanlah.
New Straits Times 24th January 2000,
Musa: Bahasa baku not widely used by public
SUNGAI PETANI, Sun. – The Government decided to do away with bahasa baku pronunciation because it is not widely used by the public in daily conversation.
Education Minister Tan Sri Musa Mohamad said this was the main reason why the Cabinet decided it was not necessary for bahasa baku pronunciation to be taught in schools or used in television and radio broadcasts. Courtesy: highbeam
Menurut Einar Haugen, Bahasa Baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa. Ia dikatakan sebagai “loghat yang paling betul” bagi sesuatu bahasa. Courtesy: Wikipedia
Dari apa yang saya lihat, bahasa baku kebanyakkannya digunakan dalam majlis rasmi dan majlis tertentu sahaja. Kebanyakkannya dalam majlis yang berbentuk ilmiah ataupun majlis yang julung – julung kali diadakan, seperti majlis persaraan dan lain -lain lagi. Hanya pengacara majlis, pemberi ucapan, dan orang-orang yang terlibat sahaja akan menggunakan bahasa baku itupun masih lagi tidak betul dan tepat.
Bila kita lihat, setiap kali perhimpunan di sekolah pada setiap hari isnin, walaupun guru yang bertugas itu adalah guru Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia, namun hampir tidak ada bahasa baku yang digunakan.
Itu tidak lagi termasuk di negeri- negeri yang mempunyai penggunaan dialek yang sungguh kuat seperti di negeri Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Jadi, bagaimana bahasa baku hendak dipupuk kedalam budaya masyarakat Malaysia? Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia yang majoritinya Melayu ini? Tak kan kita mahu orang bukan Melayu yang sibuk hendak pelajari dan mendalami Bahasa Melayu Baku ini? Dimana peranan orang Melayu?
Disekolah, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, adakah benar-benar komunikasi dalam bahasa baku dilakukan oleh para guru? Jika anda adalah guru mata pelajaran lain sekalipun, adakah anda tidak boleh berkomunikasi dan mengajar dalam bahasa baku?
Mata pelajaran Sains dan Matematik sekarang ini sudahpun ditukarkan kedalam bahasa Inggeris. Bukan saya hendak kata tidak bagus, tetapi sebelum Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pun, bahasa baku seakan – akan pupus? Adakah kita perlu tunggu bahasa baku pupus dalam 10 tahun lagi baru kita hendak ambil inisiatif?
Sebelum mengakhirkan diri, anda dijemput untuk membaca artikel di:
Jadi, apa perspektif anda berhubung hal ini? Apakah peranan anda sebagai rakyat Malaysia? Anda ada langkah yang berkesan? Kongsilah bersama kami..
Nampaknya, post ini tidak mendapat sambutan..
Jadi selepas ini pihak pengarang akan mengurangkan post berkaitan pendidik dan pendidikan..
Jika anda ada sebarang bantahan atau cadangan, dipersilakan..
Kini, pengarang masih mencari2 post yang dari perspektif berbeza,
namun apakan daya, semua kelebihan itu adalah dari-Nya..
Kene tunggu lah.. (“,)
paye semue..
asakum bro
aku mintak hakcipta artikel ko
nk bc kt perhimp[unn esk
khai
aku ni wanchope
nk mintak
kbenaran ambik artikel ko
untuk perhimpunan esok
dah mals dah nk pikir2 ayat
ridzuan
saya sokong pe y dikatakan,walaupun saya sendiri tak gunakan bahasa baku………….hehehe