Rumah > Arena Sukan > Bola? Apa kejadahnya?

Bola? Apa kejadahnya?

Bola Kempis

Kenapa orang mesti tengok bola? Adakah kerana kepuasan atau minat? Adakah kerana bola itu bulat ataupun kerana orang kita dah tak ada kerja lain selain bola?


Bola, aku tau aku tak pandai main bola, korang jangan gelakkan aku..
Tapi aku boleh la sikit2 tunjuk skill dalam game..

Hmm, Bola.. Kenapakah kau diminati?
Chelsea, Manchester United. Liverpool dan A.C Milan..

Hmm, aku sebenarnya tak tahu sangat kalu nak cakap pasal bola ni..
Nama pemain pun aku tak kenal sangat..

Aku tengok adik aku hari2 main bola, balik rumah main game bola kat PS2 dia..

Apa yang korang dapat? Apa yang faedahnya?

Korang sanggup tak tidur, dan termimpi2 tentang bola masa korang tidur..
Kat padang tiru skill macam ronaldinho..

Main futsal, friendly sana sini, liga sana sini,
korang tak penat ke?

Esok pagi2 dah nak pegi kelas,
Tapi malam tu masih lagi tengok EPL, EURO, WORLD CUP..

Tapi korang tak sokong pun liga super, liga perdana..

Apa nak jadi, bola itu perosak ke?
Sebab bola, assignment tak siap, presentation tak buat..

Sampai ada yang kena tangkap dengan warden sebab balik lambat dari tengok bola kat kedai mamak a.k.a maplai..

Ape kejadahnya semua ni? Apa ke hal nya?

Aku pandang dari perspektif aku sebagai bukan peminat bola..
Aku tak suka buang masa 90 minit atau mungkin 120 minit dengan menunggu bola yang mungkin tak akan masuk tu..
Aku lagi suka tengok berita yang siar gol2 menarik dalam perlawanan.. Cuma tak sampai 5 minit je..

Ape perspektif korang?

Categories: Arena Sukan
  1. Bat
    Mei 2, 2007 at 2:25 am | #1

    eleh..siap hang..main game bola tak ingat dunia takpa lak..miahahaha

  2. Mei 2, 2007 at 7:24 pm | #2

    Erm…

    Pada aku yg ‘fanatik gila bab*ng’ kat bola ni la kan, Main bola memang best disamping menyehatkan badan. Letih biasa la.

    Tapi kalau tengok bola tu fikir 2-3 kali gak la. Gila ape tengok bola? tengok la perlawanan bola sepak… hehehe!

  3. Mei 2, 2007 at 9:37 pm | #3

    Tengok perlawanan bola tu bukan kita tengok bola jgk ke? Lain la kalu ada yang tengok pemain nya.. Eeeiii…

    Hmm, sukan ini melalaikan..

  4. Mei 3, 2007 at 1:43 am | #4

    Aku stuju! sukan ni melalaikan!

  5. vistamalaya
    Mei 5, 2007 at 6:15 pm | #5

    rasanya.. rasa’nyalah.. tonton orang main bola 1000 kali lebih baik dari anak muda kita merempit tengah2 malam..

    :)

  6. Mei 8, 2007 at 6:13 pm | #6

    betol..betol.. marilah sama-sama menonton perlawanan bola sepak sebagai hiburan tatkala hidup sedang dilanda kebosanan… :)

  7. Mei 16, 2007 at 4:49 pm | #7

    TENGOK BOLA? Giler ke? aku x suker arg tengok bola. tapi kalu tengok perlawanan bola sepak tu ok aaa

    kiter tengok bola ni sebagai hiburan jer. kannyer da papapun. kalu hidup kita ni xdek hiburan ,nanti bosan lak.

    tul gak kata2 vistamalaya tu .main bola atau tonton perlawanan bola 1000 kali lebih baik dari gi merempit tetengah malam and ganggu orang tido!

  8. Khai
    Mei 25, 2007 at 1:45 am | #8

    Tak salah aku, agama kita sendiri tidak menggalakkan kita bersukan sampai tak ingat dunia kerana takut kita terlupa kewajipan kita kepadaNYA.. Bangun pagi kul 2-3 tengok bola boleh. Tapi solah tahajjud payah sangat.. Pas tgk bola malam2 tu pun terus tido, jadi solah SUBUH pun terlepas.. Apa nak jadi?? Apa nak jadi??

  9. Jun 29, 2007 at 8:50 am | #9

    kalau x nak dialanda kebosanan, baca la ttg agama ke, pegi kemah ibadat belajar cara rasuAllah saw hidup ke. mcm2 lagi bole buat klo rasa bosan. banyak bole belajar, mane ade bosannya. klo x nak bosan g ar exercise. aku dlu minat gak main bola. klo nk tgk cara org main bola dri professionals kat tv tgk bila ada masa je. x de la buang masa sampai x solat.

  10. Julai 18, 2007 at 5:07 pm | #10

    brsukan x slh asalkan u know d limit.jgn la smpi org azan korg still tendang bola lg.its ok 4 boys tgk or main bola.in fact, yg x tgk or x main bola 2 yg rs cam weird jew…anyway,dats my personal thoughts…u have urs too…

  11. Mr.Bilik Sebelah
    Julai 18, 2007 at 7:30 pm | #11

    @angelic: Budak laki x semestinya kene pandai main bola.. Ada yang x pandai main bola, tapi still lelaki sejati.. Mmg nk main boleh, tapi mereka alwayz over the limits.. Balik bile tgh2 azan, pas2 nk rehat lagi, nak mandi lagi sambil2 kacau kawan2.. Aduhai..

  1. No trackbacks yet.