Panduan membeli HP

Handphone

Hmm, ni ada beberapa tips berdasarkan pengalaman aku sendiri yang aku ingin kongsi dengan korang sumer..

Bagi sape2 yang rasa2 nak beli HP baru tu, korang dinasihatkan mengikut tips2 yang diberikan ni.. Sebab, sume ni perlu demi mengelakkan anda ditipu oleh penjual yang tidak bermoral..

Tips:

1. Kenalpasti tempat atau lokasi pembelian HP anda
Contohnya, kat KL ni, ada banyak tempat untuk kita membeli HP.. Seperti di Sungai Wang, Lowyat, Kotaraya dan Pertama Complex.. Korang kene la bijak memilih tempat2 jualan HP ditempat korang.. Kerana, berdasarkan pemerhatian aku, tempat2 yang lain menyajikan harga HP yang berlainan.. Tapi korang kene hati2 jugak, tempat yang murah tak semestinya bagus.. (Contoh di Pertama Complex, harga HP disitu memang murah, namun kebanyakkan rakan2 saya cerita yang disitu jual HP rekon, dan bile rosak diaorang xmau tanggung walau masih dalam warranty..) So, korang kene bijak dan banyak bertanya orang.. Jangan bodoh sombong dan berani tak bertempat..

Carilah tempat yang ada kedai HP yang banyak, kelebihan2 yang anda boleh perolehi ditempat seperti ini ialah:
a) Dapat harga yang murah dan berpatutan. Kerana persaingan banyak.
b) Dapat mensurvey HP dalam pelbagai jenama dan model.

Tips kedai yang “meyakinkan”:
a) Ramai pengunjung.
b) Tempat tetap:
– Pilih kedai yang shop-lot.
– Jika ingin membeli di tepi2 koridor shopping complex, pastikan anda betul2 yakin.
c) Penjual yang boleh berkerjasama (tak sombong bila bertanya)

2. Kenalpasti dan pilih HP baru anda.
Terdapat pelbagai cara untuk anda memilih model2 HP kesukaan anda.
a) Bertanya kepada kawan2 yang lebih arif @ yang selalu menukar HP.
b) Cuba dan lihat HP rakan2 anda yang sedia ada.
c) Survey HP dipelbagai pusat2 beli belah. (dapatkan pamphlet HP)
d) Pergi ke laman2 web perbandingan HP (Handphone compare) , contohnya di:

Mobile88.com (Klik link)

atau dilaman web rasmi pembuat telefon terpilih:

Nokia (Klik link)
Motorola (Klik link)
Sony Ericsson (Klik link)

 

3. Kenalpasti ciri HP yang anda ingin beli.
Sebelum memilih pelbagai jenis HP yang terdapat dipasaran, anda hendaklah menetapkan ciri2 pilihan yang anda inginkan seperti:
a) Jenama dan Model
b) Tahun / Market status
c) Set HP Original / set AP (Sila berhati2 dengan set HP recon)
d) Kos / Harga
e) Kelebihan HP
– Camera (Berapa megapixel)
– Screen Display (Colour atau x)
– Ciri Hiburan (Poliphonic, True tone, Radio, pemain video dan MP3)
– Memory (Build-in atau card)
– Design*
– System telefon
– Bluetooth, Infrared, JAVA, WIFI, EDGE, 3G, dan USB port

*Design lawa tak semestinya HP tu bagus.

Setelah anda mengetahui beberapa jenama dan model HP yang anda berkenan, anda perlulah memilih kedai yang anda rasa betul2 yakin. Dan, sekarang anda akan berinteraksi bersama tauke kedai tersebut. Ada beberapa tips / soalan yang perlu anda ajukan kepada penjual HP iaitu:

1. Harga yang ditawarkan.
– seelok2nya anda menawar harga terendah dan yang termampu oleh anda, jual mahal sikit!
– Jangan beritahu bulat2 budget anda. Ini kerana, apabila pihak penjual tahu budget anda, mereka akan susah nak kurangkan harga. Cuma beritahu dalam lingkungan harga (contoh: RM450-RM500)
2. Warranty yang diberi:
– Jenis warranty (Shop-warranty dan Factory-warranty)
– Tempoh warranty
– Warranty cover (LCD, Speaker, Software, Bateri atau Full-cover)
3. Eksesori yang disediakan (Headset, Charger, USB cable, CD installer)
4. Memory HP
– Jangan pentingkan harga sahaja, ada penjual yang menaikkan sedikit harga namun menawarkan memory card yang lebih besar kapasitinya. Lebih untung!
5. HP set: set original / set AP / 2nd hand / recon.
6. Kelebihan HP dan kekurangannya**

** Sila jangan percaya 100% apa yang diberitahu oleh pihak penjual.

Sebelum anda membawa pulang HP berkenaan, sila check sebanyak mana yang mungkin dalam dan luar HP anda seperti:
1. Keadaan HP (Calar, warna, mutu skrin, dan bunyi)
2. Test HP (SMS, in dan out-call, on button, keypad)
3. Pastikan dibahagian dalam HP, terdapat sticker “VOID”.
– Dikhuatiri jika tidak ada sticker ini, bila ada masalah, pihak penjual akan menuduh kita telah mengubah suai atau membuka HP tersebut secara tidak sah.
4. Cap SIRIM, Barcode, tarikh dikilangkan
5. Nombor E-MEI HP tersebut.
– Minta penjual menunjukkan nombor E-MEI melalui HP dan pastikan ianya sama seperti yang tercatit dibelakang HP anda.
6. Periksa perkakasan dan eksesori yang diberikan.
– Check charge berfungsi atau tidak.
– Check memory adakah betul.
– Check headset dan lain2.

Sebelum anda membeli, anda dinasihatkan supaya berjalan2 seketika. Buat lah apa2 alasan seperti ingin mengeluarkan wang di ATM dan sebagainya. Rational dari tindakan ini ialah:
1. Anda boleh mensurvey model HP yang sama di kedai lain.
2. Mungkin anda dapat melihat model yang lebih bagus dari pilihan anda tadi.
Jika ini berlaku, jangan datang semula ke kedai yang anda pergi tadi. (Pastikan anda tidak membayar deposit dahulu atau meninggalkan barangan anda)

Mungkin tips ini tidak lengkap, sebarang penambahan amatlah dialu2kan.. (“,)

Disini ada sedikit info tentang petua membeli HP yang saya dapati dari blog rakan saya:

Petua membeli telefon bimbit (klik link)

 

 

About these ads

Posted on Julai 17, 2007, in Ilmu, Semasa. Bookmark the permalink. 24 Komen.

  1. Oo.. modified aku punya entri.. huhu… link la ke blog aku.. ohh.. dia sorang je… mana adil..!

  2. Mr.Bilik Sebelah

    @al-Marbawi: Eh2, mana ada.. Aku x tau pun ko ada post mcm ni..

  3. hmm..Mr.Bilik Sebelah nape entri anda ade je bau2 bacang dgn entri al-Marbawi..pastu komen nye berlambak2 plk 2..entri aku plak asyi xberkomen je..sedih aku..tapi xpe aku nak ckp aku xnak bli hp..hehe..tapi bagus untuk org2 yang nak bli hp la kan.. :)

  4. Mr.Bilik Sebelah

    @avataraang: aku xtau la.. Sumpah!

  5. brgune entri nih, tp dh lambt aku dah trtpu dlu time bli hp, bru nak wat entri nih huh…..

  6. Mr.Bilik Sebelah

    @zieziezirafah: ala, jadikan ianya pengalaman anda.. Berguna tu..

  7. Di harap pihak penerbit/penulis tidak mencampur adukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris dalam penulisan anda. Anda cuba merojakkan bahasa yang telah sedia ada. Dengan kata lain, anda cuba merosakkan Bahasa Melayu. Bahasa anda sendiri. Cth: “mensurvey”, “Design lawa tak semestinya HP tu bagus”, “terdapat sticker “VOID”…dan lain-lain…Terima Kasih…

  8. Mr.Bilik Sebelah

    @deli: ini adalah satu modifikasi dan evolusi bahasa.. Kita perlu belajar semua ini.. Kerana zaman berubah.. Lagi pun, tak salah kan? Anda pun bukan cakap guna bahasa baku pun.. (“,)

  9. aku tak praktis pun cara beli hp ni. tadi 2 hp aku digilis tayar kereta. pecah screen beb! tinggal 2 je yg selamat.

  10. Mr.Bilik Sebelah

    @ladymariah: Hmm, sume ni terpulang kepada individu.. Mungkin anda bernasib baik selama ini dalam membeli HP yang bagus..

  11. walaupun bukan bahsa baku,tp tetap bahasa melayu kan…????perubahan boleh dibuat tetapi dengan cara yg betul…jgn mencampuraduk…sesuatu bahsa tidak blh berdiri dgn sendiri, namun, sebarang penerimaan bahasa asing ke dalam bahsa melayu mestilah mendapat penerimaan secara menyeluruh dan diiktiraf…Aku hanya tolong sampaikan pesanan orang-orang yang arif dalam bahasa…mereka cukup tak suka bila kita sebagai pengguna buta bahasa mencampuradukkan bahasa inggeris dan melayu…banggalah dgn bahasa sendiri…tak sanggup bangsaku dijajah lagi…merdeka…merdeka…merdeka…hehehehehehe…

  12. Mr.Bilik Sebelah

    @deli: Nampaknya en.deli telah tersalah komen diruangan yang salah.. Namun, setiap komen anda amatlah kami hargai..

  13. @deli: komen berkaitan bahasa baku n bahasa rojak boleh di hantar pada post benda lama.. :)

  14. slh x salah…aku x kire…aku nak komen gak…hehehehe…sape suruh ko kacau aku?aku nk men tenet pun x senang…asyik smpai je ko punya msj ym psl ko punye website…hargai ke…x hargai ke…aku x kire…setakat nak ubahsuai orang punye sape pun boleh kalu rajin…hehehehehe…jgn mare… : )

  15. Mr.Bilik Sebelah

    @deli: Nape abg ku deli ni macam marah jer.. Yela2, pasni xnk promote dh kat Mr.Deli.. Xsuka la tu..

  16. Baru ja masuk sisni, sokong deli, kerana tak pa ni la bahasa melayu telah hilang. di sekolah sekarang bahsa malaysia. jadi jangan abaikan walau sesaat. sokong deli. tahniah

  17. @hizamabdullah: Terima kasih diatas komen dan sokongan anda! Tapi, berhubung bahasa baku, anda bolehlah merujuk pada entri:

    http://biliksebelah.wordpress.com/2007/04/28/bahasa-baku/

  18. thank you:)
    tak sabar nak praktis

  19. aku nak tanya sesapa yang ad pakai tel Sonyericsson Model K610i. masalah aku adalah apabila aku off tel aku di tak nak on sampai sekarang pening aku.

    dh 2 minggu dia tak bangun lg..
    tolong…..

    sesiapa saja..

  20. @rauna_83: apa kata kalau di hantar je kepada yang pakar tel 2..hehe..mungkin ade something wrong dalam tel 2.. ;)

  21. Letakla bateri kat belakang telefon bimbit awak tu. selesai kan

  22. tulisanlo kayak anjing seperti orang nya …

  23. @bardrock: huh,knape la nak cari gaduh.. Tak puas hati bawak jumpa kalu berani.. kalu setakat nak tulis2 macam ni, budak pun boleh..

  1. Pingback: Petua membeli telefon bimbit Motorola, Nokia, Sony Ericsson dan sebagainya « aL-MaRBaWi

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 66 other followers

%d bloggers like this: