Rumah > Merapu Post, Video > Dulu lain… Sekarang lain…

Dulu lain… Sekarang lain…

Hmm..tajuk ni mengingatkan aku pada lagu nyanyian S.M Salim yang berbunyi lebih kurang begini..’dulu lain, sekarang lain, dulu bujang, sekarang sudah kahwin..’ hehehe..itu sahaja la beberapa patah perkataan yang aku ingat.. ^_^ apa yang lain?Hmm..persoalannya betul ke sekarang ni dah banyak perbezaan dengan masa dahulu?..setelah aku ‘jalan-jalan’, aku temukan banyak isi yang boleh dimasukkan dalam post ni..banyak benda-benda menarik yang boleh aku masukkan tapi tak cukup tangan la rasanya untuk menulis..jadi aku buat kesimpulan mudah berkaitan dulu dan sekarang..aku nak menceritakannya dalam konteks Malaysia sahaja kerana kita pun sudah hampir 50 tahun merdeka jadi apa salahnya kita bincangkan-bincangkan dari aspek negara sendiri.. ^_^

Kuala Lumpur: dulu dan sekarang
courtesy http://www.youtube.com

Dulu nak jumpa bangunan tinggi-tinggi punya la susah, sekarang ni senang je..dulu nak jumpa jalan berturap susah, sekarang nak jumpa jalan batu kerikil pun susah..dulu nak jumpa kenderaan berenjin punya la susah, sekarang kat depan rumah pun dah nampak.. Dulu ramai yang bekerja kat terik mentari, sekarang ramai bekerja ditarik menteri..dulu belajar tak penting, sekarang pelajar melenting-lenting..dulu barang murah, sekarang pelanggan marah-marah..

Kalau kita ikutkan memang banyak dah berubah antara dulu dan sekarang..ada yang berubah kepada kebaikan, dan ada pula yang berubah menuju keruntuhan..kalau kita rujuk media massa sekarang ni banyak isu hangat yang dahulu sukar untuk kita percayai, tetapi sekarang dah menjadi-jadi..

Hmm..apakah perubahan yang saudara-saudari nampak sekarang ni?..apa pula respon anda terhadap perubahan-perubahan ni? renunug-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah..

Categories: Merapu Post, Video
  1. rukia haziqah
    Ogos 7, 2007 at 10:04 pm | #1

    mmg x dpt dinafikan..byk bnda yng berubah seiring ngn mase yng bergerak..suma 2 ak ley trime ttp ini yg ak xley nk trime.NASI ECON NAIK 50 SEN..ridiculous..bulls**t.
    klau bnda 2 naik,cmne ngn bnda lain..tol x bro??hehe (klau ak nye 2 stil naik,mknanya ak sehat,hahaha)

  2. avataraang
    Ogos 7, 2007 at 10:22 pm | #2

    @rukia haziqah: hmm..nak wat mcm mne..kalau rasa harga nasi econ 2 x bersesuaian jgn la makan, kita makan benda lain..hmm..kalau benda 2 naik, maknanya rukia haziqah masih functional la..hahahaha :D

  3. Ogos 7, 2007 at 11:44 pm | #3

    elaun PISMP je tak naik2.. hahaha.. s**ks!

  4. avataraang
    Ogos 7, 2007 at 11:53 pm | #4

    @al-Marbawi: btl 2..ish3..sakit hati mcm ni.. :)

  1. No trackbacks yet.