Arkib

Archive for September 2007

Kuih puasa..Kuih raya..

September 28, 2007 avataraang 18 comments

Hmm..pejam celik pejam celik dah nak masuk hari ke-16 kita puasa..kalau solat terawih malam semalam dah mula baca doa qunut masa solat witir..hehehe..berbalik kepada tajuk kita hari ni..kuih puasa dan kuih raya..ade ke kuih puasa? kuih raya tu biasa la dengar..^_^

 kuih puasa

Sebenarnya kuih puasa yang aku maksudkan di sini adalah kuih yang di jual di bazar-bazar ramadhan..^_^ kalau kita pergi bazar ramadhan memang macam-macam kuih yang boleh kita lihat di jual untuk juadah berbuka puasa..daripada yang biasa kita jumpa seperti karipap sehingga la yang kita susah kita jumpa pada bulan-bulan yang lain seperti kuih..kuih..kuih..(aku xtau nak sebut kuih apa sebenarnya..hehehe ^_^) tapi memang ada la kuih-kuih yang jarang kita temui pada hari-hari biasa dan hanya di jual pada bulan ramadhan..ada satu artikel daripada berita harian yang mencerita kuih-kuih puasa ni.. Read more…

Categories: Merapu Post, Pengarang, Semasa

Ilmu Hitam

September 27, 2007 En. Bilik Sebelah 19 comments

Lilin dalam kegelapan

Pinjam dari: iluvislam.com 

Ilmu Hitam adalah ilmu yang di laknat oleh Allah s.wt. Namun, ilmu ini masih tetap dipelajari dan digunakan oleh kebanyakkan masyarakat di dunia ini termasuklah di negara Malaysia. Walaupun negara itu negara berteknologi, negara kelas pertama mahupun negara yang sudah lama merdeka sekalipun, masih banyak ilmu hitam yang diamalkan oleh penduduk mereka. Malah, orang yang menganggap diri mereka “moden” pun masih lagi percaya tentang ilmu hitam.

Lazimnya, orang yang ingin meminta pertolongan secara salah ini akan berjumpa dengan dukun mahupun bomoh (Degawan dalam Susuk.. Hehe). Mereka percaya, yang dukun dan bomoh ini mempunyai kuasa yang dapat membuatkan hasrat mereka tercapai. Kebanyakkannya kerana niat dan hasrat yang jahat terhadap orang lain seperti dengki dan juga kerana kepentingan diri seperti nak menang judi atau nombor ekor. Read more…

Categories: Dakwah, Ilmu, Khas Label:

Microsoft Office 2007:review

September 25, 2007 avataraang 8 comments

mic office2007

hmm..hr ni aku cuba menceritakan pengalaman aku sikit setelah menggunakan Microsoft Office 2007 yang baru masuk hari ke-3..semasa penggunaanya..aku berasa seronok sangat ^_^ macam aku kat dimensi baru..hehehe ^_^ maybe MO2007 dah direalesekan pada awal tahun ni, tapi aku tengok masih ramai yang belum menggunakanya..ok la..aku cerita serba sedikit ape yang aku dah rasa.. Read more…

Categories: Ilmu, Komentar, Pengarang, Semasa

Kejarlah kalau boleh..

September 25, 2007 En. Bilik Sebelah 4 comments

*Specially dedicated to MUSLIMIN and MUSLIMAT*

Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal ni. Kalu ikut tajuk “kejarlah kalau boleh” ni, macam nak suruh kita main Police and Thief la pulak kan.

Post ini adalah di-inspirasikan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Apa kene mengena kejar mengejar dengan bulan Ramadhan? Ada la sikit, tapi semua ni adalah secara umum kepada kita sebagai umat Islam di muka bumi ciptaan Yang Esa Lagi Maha Berkuasa ni.

Bagi pendapat aku, hidup sebagai umat Islam ni macam bermain kejar2 la jugak. Kenapa aku cakap macam tu?

Read more…

Kena ‘tol’ masuk KL..

September 23, 2007 avataraang 12 comments
Categories: Merapu Post, Semasa

Usop Sontorian, anak jati Johor

September 15, 2007 En. Bilik Sebelah 38 comments

Hmm,Usop Sontorian, aku pasti dan pasti sesangat sebilangan besar korang sume pernah tengok siri animasi pertama buatan Malaysia iaitu Usop Sontorian. Masa kecik2 dulu aku minat giler cerita ni. Yela, budak2.. Ni dah besar pun masih lagi minat dan berharap la sangat2 yang Usop Sontorian and the geng kembali mengegar di peti televisyen seluruh Malaya. Dari asyik tengok Sponge Bob je kan, baik tengok Usop Sontorian.

Untuk pengetahuan anda bagi yang tak tahu, siri animasi Anak-Anak Sidek dah pun ditayangkan semula. So, jangan lepaskan peluang anda ya! (Nanti aku check siaran TV mana, hari apa dan pukul berapa ya!)

Menurut apa yang terkandung dalam wikipedia.malaysia:

Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang dan diterbitkan oleh MOY Publications Sdn Bhd.

Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli belacan asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet yang bernama Selebet.

Dan, khas buat korang sume, dari youtube.com, saya menyediakan, satu-satunya cerita Usop Sontorian yang dapat diselamatkan. Tengok la. Lepaskan rindu anda. Sokong industri animasi Malaysia! (apa yang aku merapu ni..? hehe)

Jangan marah, video ni tak habis.. Ape pun, aku harap korang enjoy..

Categories: Budaya, Khas, Video

Santapan untuk Ramadhan

September 13, 2007 En. Bilik Sebelah Tinggalkan komen

Bismillah, Assalamualaikum..

Hmm, dalam entri kali ini, aku nak kongsi sikit tentang lagu yang berkaitan Ramadhan sempena kita menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ni.

Mungkin anda semua pernah mendengar lagu ini. Aku cuba mencari video klip sebenar lagu ini melalui youtube, tapi tak ada. Namun ini yang aku jumpa. So, pakai je lah, dari tak ada kan?

Harapan Ramadhan
Nyanyian: Raihan dan Man Bai
Video Klip made by: Wildan Music Video

Lepas2 tarawikh ni, best gak kalu layan lagu ni..
Hayati liriknya, lagunya.. Ok?

Categories: Khas, Pengarang, Video

Tarawikh: Hanya 30 Hari

September 12, 2007 En. Bilik Sebelah 9 comments


Gambar dicopy dari: terlupa dah.. sory..

Dalam Bulan Ramadan ini sahajalah kita semua berpeluang untuk menambah pahala kita melalui salah satu perkara dalam Sunat Muakkad iaitu solat sunat tarawikh. Hanya 30 hari! Satu per dua belas dalam setahun. So, aku menyeru rakan-rakan ku supaya dapat menunaikan solat sunat tarawikh ini. Meskipun boleh dilakukan secara berseorangan, namun apalah salahnya jika kita membuat solat tarawikh secara berjemaah di surau dan di masjid.. Kan? Cuma 8 atau 20 rakaat sahaja..

Niat solat tarawikh (sendirian):

Niat solat sunat tarawikh sendirian

Sahaja aku Solat Sunat Tarawikh dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Niat Solat Sunat Tarawikh (Berjemaah):

Niat solat sunat tarawikh jemaah

Sahaja aku Solat Sunat Tarawikh dua rakaat (imam atau makmum) kerana Allah Ta’ala

Rajin2 lah solat tarawikh..

Update 05 Oktober 2008..
Sebelum apa2, aku telah menarik semula dan memadam kan segala kelebihan2 tarawikh yang aku letak dahulu kerana ianya telah dikatakan PALSU.. Sila klik link untuk membaca artikel berkenaan di Famili Azam Dot Com.. Aku ingin memohon maaf kepada sesiapa yang telah mengambilnya sebelum ini.. Maaf kerana menyiarkannya, kerana aku tidak tahu.. Moga kita lebih berhati2 selepas ini..

Categories: Ilmu

Selamat Berpuasa!

September 12, 2007 En. Bilik Sebelah 2 comments

Ramadhan
ambik kat: masjid.its.ac.ad

Terlebih dahulu kami di Bilik Sebelah ingin memohon ampun dan maaf oleh kerna tidak dapat menulis entri – entri yang baru buat tatapan kalian. Ini kerana kami berdua mempunyai komitmen yang lebih penting sebagai pelajar yang perlu dilaksanakan. Ape pun, kami akan cuba untuk menulis lebih banyak lagi lepas ini.

Kami di Bilik Sebelah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak kepada semua yang sudi mengunjungi blog kami yang tak seberapa ini.. ceeehhhwah.. Hmm, ape pun, kami harap muslim2 di luar sana dapatlah berpuasa cukup 30 hari.. Sebab mak kami kata, orang tak cukup pose tak leh raya.. Hahaha..

Hmm, tak ada apa yang nak di ceritakan lagi. Tulis banyak2 pun korang bukan nak baca sampai habis kan, so, SELAMAT BERPUASA! dan tunggu post terbaru tentang puasa dan tarawikh yang insyaAllah akan kami kongsi bersama kalian..

Salam dari BS, Bye..

P/S: Budak junior ada yang dah pasang lagu Raya la pulak time malam2 ni.. Aduh.. Pilu2.. Sedih..

Categories: Khas, Pengarang

Sepantas kilat: aduh letih + tension

September 3, 2007 avataraang 5 comments

Hmm..dah lama aku tak turun menulis dalam blog ni..kalau tak silap dah dekat 2 minggu aku tak menulis ^_^ Hmm..hari ni pun aku tak nak berceloteh panjang..sebenarnya minggu lepas dan minggu ni adalah 2 minggu yang tension dan meletihkan kepada aku ^_^

Read more…

Categories: Merapu Post, Pengarang