Ilmu Hitam

Lilin dalam kegelapan

Pinjam dari: iluvislam.com 

Ilmu Hitam adalah ilmu yang di laknat oleh Allah s.wt. Namun, ilmu ini masih tetap dipelajari dan digunakan oleh kebanyakkan masyarakat di dunia ini termasuklah di negara Malaysia. Walaupun negara itu negara berteknologi, negara kelas pertama mahupun negara yang sudah lama merdeka sekalipun, masih banyak ilmu hitam yang diamalkan oleh penduduk mereka. Malah, orang yang menganggap diri mereka “moden” pun masih lagi percaya tentang ilmu hitam.

Lazimnya, orang yang ingin meminta pertolongan secara salah ini akan berjumpa dengan dukun mahupun bomoh (Degawan dalam Susuk.. Hehe). Mereka percaya, yang dukun dan bomoh ini mempunyai kuasa yang dapat membuatkan hasrat mereka tercapai. Kebanyakkannya kerana niat dan hasrat yang jahat terhadap orang lain seperti dengki dan juga kerana kepentingan diri seperti nak menang judi atau nombor ekor.

Menurut wikipedia.ms:

Dalam budaya orang Melayu, ilmu hitam merujuk kepada ilmu ghaib yang digunakan bagi menjatuhkan orang lain bagi kepentingan diri sendiri. Ilmu hitam merangkumi yang diamalkan ada berkait rapat dengan jin atau makhluk halus.

Mengikut ulama, pengamalan ilmu yang tidak berlandaskan yang Maha Esa boleh membawa kepada syirik. Ini bererti sebarang bentuk sihir adalah dilarang muthlak.

Bagaimanapun menurut pandangan barat, kaitan antara ilmu hitam dan ilmu putih terbahagi kepada beberapa teori, antaranya adalah teori Kesemuanya sebagai Satu (All as One), teori Tiada Kaitan (No Connection), dan teori Berasingan tetapi Sama (Separate but Equal).

  • Kesemuanya sebagai Satu: Semua bentuk sihir adalah jahat, atau ilmu hitam. Ugama yang memegang pendapat ini merangkumi sebahagian besar ugama utama Islam, Kristian, agama Yahudi, Buddha dan Hindu. Pandangan ini biasanya mengaitkan ilmu hitam dengan Satinasme.
  • Tiada Kaitan: Ilmu hitam dan putih adalah bentuk sihir, tetapi asalnya berlainan, dan terhasil dengan cara yang berbeza, walaupun menghasilkan kesan yang serupa. Kedudukan ini adalah yang paling sering ditonjolkan dalam careka, termasuk sebahagiannya dalam siri Harry Porter.
  • Berasingan tetapi Sama: Sihir hitam dan putih adalah perkara yang sama, dibezakan oleh matlamatnya. Di bawah pendapat ini, mentera yang sama boleh menjadi hitam atau putih; ianya ditentukan oleh hasil akhirnya. Kebanyakan ugama lain memegang pendapat ini, termasuk juga cereka lain yang tidak menurut teori semuanya sama.

Jika seseorang itu disyakki terkena buatan orang ataupun ilmu hitam ini, janganlah pula anda pergi mendapatkan khidmat bomoh dan dukun yang tidak boleh dipercayai ketaqwaannya kepada tuhan. Kerana, samalah kita dengan orang yang mengamalkan ilmu hitam itu walaupun kita hanya hendak meminta pertolongan dari mereka untuk membuang ilmu hitam tersebut. Ini lah yang sering orang Islam terlupa mahupun buat2 lupa.

Mintalah pada Allah, rujuklah pada Ustaz dan Ustazah yang mahir. Pastikan mereka tidak tersimpang sikit pun. Supaya kita juga tidak mendapat salah satu dosa besar, iaitu syirik kepada Allah s.w.t.

Amalkanlah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas, supaya kita selalu dilindungi dari orang yang dengki terhadap kita.

~wallahua’lam

P/S: Jika post ini ada sesuatu yang menyimpang ataupun salah dari sudut Islam, anda digalakkan memperbetulkannya.

About these ads

Posted on September 27, 2007, in Dakwah, Ilmu, Khas and tagged . Bookmark the permalink. 21 Komen.

  1. susuk??
    susuk tubuh ker susuk kerbau jantan ek
    hahaha

  2. @shaYnE wArD mALaySia: Yup..
    Susuk..
    Saka..
    Santau..
    ada lagi.. Lupe lak
    Sume tu la.. Apa2 yang melibatkan jin dan syaitan, demi kepentingan diri, kira ilmu hitam lar tu.. (betulkan jika aku salah)

    @teNgKuraK: susuk tubuh jika dia menggunakan jin atau setan, kira guna ilmu hitam jugak.. Kalu orang lain yang bagi, kira dia terkene ilmu hitam.. Susuk kerbau jantan, cuba ko try tanya kerbau itu sendiri.. wakakaka..

  3. susuk tu kiranya bawah ilmu hitam la. banyak lagi perkara selain susuk yang dikatakan ilmu hitam. susuk ni biasanya untuk perempuan nak cantik atau untuk lelaki yang nak tambah tenaga zahir dan batin. tapi setahu saya, mana ada orang yang pakai susuk ada kuasa macam Cinda tu. tu rasanya tipu je kot. selain itu, terdapat juga saka (filem Waris Jari Hantu, Jangan Pandang Belakang) dimana orang yang mengamalkan ilmu hitam ni mempunyai pendamping yang membantu menyiapkan kerja. tetapi pendamping tersebut perlu diwariskan kepada keturunannya atau seseorang yang sanggup menerimanya apabila tuannya hendak meninggal dunia. kesimpulannya, jangan la amal ilmu hitam. menyusahkan je di dunia dan di akhirat.

  4. @mohdfaizalrasid: Betul tu.. Dari cerita2 yang dinyatakan saudara itu, kita boleh lihat bahawa memang ilmu hitam ini amat menyusahkan dunia akhirat. Janganla kita bramalkannya.. kalau nak mintak pertolongan atau berhajat sesuatu, mintak lah dari Allah s.w.t. Allah paling suka hamba yang selalu dan sentiasa meminta-minta kepadaNya.. ~Wallahua’lam..

  5. susuk??eiiii takot!pls dun ty dis at home.mmg nyusahkan jew.brsyukurla dgn ape yg kt ade skang ni…alhamdulillah…

  6. @angelicatirah: Susuk..? Kalu dalam cerita entiti indon, ada jugak penampakan susuk-susuk tubuh.. Tu pun takut gak.. Huhuhu..

  7. hmm..ni cite susuk ke cite ilmu hitam..susuk 2 cuma salah satu contoh ilmu hitam je..xelok pakai ilmu2 hitam ni..kalau kita amalkan ayat2 Al-Quran kan lagi baik..wat pe la kita nak ade ilmu2 hitam ni..menyeksa diri dan keturunan je tau.. :)

  8. saya sendiri dah terkena ilmu hitam ni. Tapi sabar ajelah, mintak si penghantarnya bertaubat lah hendak-nya. tak guna nak bersedih atas kegembiraan orang lain, akhirnya diri sendiri yang binasa kerana sibuk nak jatuhkan orang lain. bukankah mendoakan kebahagiaan sesama manusia itu lebih membahagiakan diri kita sendiri dan mendapat keberkatan Allah s.w.t. wallahualam…

  9. mari..mari promosi.. susuk Degawan.. dijamin kehebatannya.. sila hubungi aku untuk berjumpa dengan Degawan.. macam2 boleh, nak susuk seri muka, nak susuk penunduk lawan, nak susuk gagah, macam-macam ada… diskaun sebanyak 40% untuk ahli berdaftar… cepat sementara stok masih ada!! :D

  10. @avataraang: betul tu bro! sokong!

    @za: Sabar la za.. Doa orang teraniaya tu memang mustajab.. Doa kan la agar yang lupa padaNya itu bertaubat.. Moga kita semua menjadi hamba yang soleh dan solehah..

    @al-marbawi: Anda tidak letak contact number anda ataupun alamat yang senang kami hubungi.. Sekian Trima kasih.. Erm, macam mana nk daftar? Ko dah daftar ke?

  11. mohdfaizalrasid

    kita boleh cakap sekarang kita tak nak guna ilmu hitam. tapi pada masa depan kita tak tahu. semua ni bergantung pada nafsu. orang kuat agama pun boleh tunduk pada nafsu inikan kita yang ilmu agama sekelumit je. kadang2 kita tak nak tapi nanti ada je tukang hasut @ promoter yang memperkenalkan orang2 yang ‘pandai’ ilmu hitam ni. nak lagi best, bomoh2 @ dukun2 yang bertopengkan kopiah dan ayat2 Quran yang dah dicampur dgn jampi serapah yang syirik. Nauzubillah… Berbalik pada nafsu, nafsu la yang menjadikan kita marah seseorang, cemburu kejayaan orang dan dari situ timbul perasaan dendam. Mula la nak cari jalan nak jatuhkan orang. terus jumpa bomoh @ dukun. kiranya yang penting jaga nafsu. banyak la bersabar. biar la orang kaya, orang berjaya. kalau kita cemburu pun, buat la dgn cara yang betul.

  12. @mohdfaizalrasid: Betul tu saudara faizal, nafsu tu mengawal kita manusia yang lemah ni.. Doakan la agar iman dan taqwa menjadi pegangan kepada kita sebagai umat Islam..

  13. assalamualaikum

    bagi pendapat saya jika ilmu hitam yang diamalkan melanggar pantang ia akan beri kesan yang kuat kepada pengamalnya. kadang2 orang yang mengamal ilmu hitam selalu mengambil kesempatan kepada orang yang susah. saya doakan orang yang mengamalkan ilmu hitam ini dapat segera bertaubat kepada Allah s.w.t sebelum pintu hati di tutup

  14. jalak lenteng

    Assalamualaikum….. Pada pendapat saya, orang yang mengamal, mengupah dan yang membantu ke arah upacara ilmu hitam itu boleh mendatang syirik… Allah swt takkan mengapungkan dosa – dosa orang yang syirik padanya…. Kesian otang yang terkena ilmu hitam kerana hidupnya akan berada dalam ketakutan, tiada temteram, macam orang gila, nampak benda benda pelik pelik yang tak masuk akal… So untuk mengelak terkenailmu hitam, kita hendaklah kembali (mengamal ajaran dalam )kepada al quran dan haddis, selalu ingatkan allah swt dan pesanan nabi muhammad saw….. Ingat sebelum kena,, bila dah kena hidup akan sengsara…byeee, jumpa lagiiii

  15. @jalak lenteng: betul 2 :D

  16. seperti di malaysia di indonesia juga sama seperti di sana ilmu hitam juga masih banyak di gunakan baik itu di perkampunga maupun di kota.memang dalam agama kita terutama agama islam sihir atau teluh di larang keras oleh agama karena itu perbuatan syirik atau mempersekutukan allah swt.sekarang tinggal kita yang menjalani kehidupan ini apakah dgn cara berbuat baik atau dengan jalan bersekutu dgn setan…wallahualam bishsawab hanya kita yang bisa memilih dan menentukan jalan hidup ini….semoga kita di beri petunjuk oleh allah swt dan di masukkan kedalam golongan orang 2 beriman dan beramal saleh..amin 3*

  17. Bila dah terkena memang sengsara…..dah berbelas2 tahun saya mengalami……..cuma doa saja la hari2 yg mampu…sampai bila mampu bertahan tuhan saja yang tahu..

  18. @urthu: walaupun skrg dah masuk zaman moden, ilmu hitam tidak pernah pupus.

    @ting….: bersabarlah..ingat pada Allah yang satu. cuba la berubat jika anda mampu.

  19. You really make it appear really easy together with your presentation but
    I find this topic to be really something that I think I’d never understand.
    It kind of feels too complex and very large for me.

    I am taking a look forward for your subsequent post, I’ll try to get the hang of
    it!

  20. Hi there would you mind stating which blog platform you’re
    working with? I’m looking to start my own blog in the near future but I’m having a hard
    time making a decision between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal.
    The reason I ask is because your design and style seems different then most blogs and I’m looking for something
    unique. P.S Apologies for being off-topic but I had to ask!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 65 other followers

%d bloggers like this: