Rumah > Ilmu, Renungan > Nafsu melebihi akal..

Nafsu melebihi akal..

Pernahkah anda mendengar kata-kata ini:

“Sesungguhnya kaum lelaki dikurniakan oleh Allah dengan sembilan akal dan satu nafsu, manakala kaum wanita pula telah dikurniakan oleh Allah dengan satu akal dan sembilan nafsu”

Sebenarnya hari ni aku nak mengaitkan perkara diatas dengan daya ingatan kita..tujuan aku menulis artikel ini untuk menyatakan hubungan antara sembilan akal lelaki atau satu akal wanita dengan kekuatan daya ingatan seseorang..

Pernahkah anda mendengar seseorang berkata bahawa wanita lemah daya ingatannya kerana kaum wanita hanya mempunyai satu akal? pernahkah anda pula mendengar bahawa kaum lelaki mempunyai kekuatan ingatan kerana mempunyai sembilan akal? bagi diri aku sendiri mungkin perkara ini pelik dan tiada kaitan langsung antara satu sama lain..benarkah kaum lelaki mempunyai daya ingatan yang lebih kuat berbanding kaum wanita?

hmm..setelah puas aku meninjau-ninjau sekitar laman-laman web,tidak ada satu laman web pun yang menerangkan atau menunjukkan kajian atau sebarang artikel bahawa kekuatan daya ingatan lelaki berkaitan dengan sembilan akal yang dikurniakan oleh Allah kepada kaum lelaki..begitu juga terhadap kaitan satu akal dan kekuatan daya ingatan wanita..sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepada manusia akal fikiran yang sama..tidak ada bezanya antara kaum lelaki dan kaum wanita..kekuatan daya ingatan bukan berkaitan jantina tetapi berkaitan cara kita mengendalikan akal fikiran kita sendiri..

 

Sebenarnya ayat berkaitan kaum lelaki mempunyai sembilan akal dan satu nafsu manakala kaum wanita mempunyai satu akal dan sembilan nafsu lebih menjuruskan kepada perbezaan timbang-tara pemikiran antara kaum lelaki dan kaum wanita..kata-kata ini sering digunakan untuk menunjukkan sifat kepimpinan seorang lelaki untuk membuat keputusan yang bernas..kata-kata ini juga sering digunakan untuk menunjukan kaum wanita agak sukar dalam membuat keputusan yang bernas berbanding kaum lelaki..

Oleh yang demikian aku menyangkal sama sekali bahawa kaum wanita mempunyai kekuatan daya ingatan yang lebih lemah berbanding kaum lelaki berdasarkan kata-kata:

“Sesungguhnya kaum lelaki dikurniakan oleh Allah dengan sembilan akal dan satu nafsu, manakala kaum wanita pula telah dikurniakan oleh Allah dengan satu akal dan sembilan nafsu”

Kekuatan daya ingatan seorang lelaki atau seorang wanita lebih berkaitan dengan cara daya ingatan itu digunakan..

 

*post ni aku tulis kerana aku ingin menerangkan kepada rakan aku yang menyatakan daya ingatan seorang wanita lebih lemah berbanding daya ingatan seorang lelaki disebabkan kata-kata di atas..

*jika apa-apa yang aku tulis tidak benar, aku dengan hati terbuka menerima sebarang pembetulan..walaupun dari permulaan post aku ni sudah sememangnya salah..^_^

Categories: Ilmu, Renungan
  1. Oktober 30, 2007 at 5:41 pm | #1

    Jika daya fikiran seorang wanita itu lemah, bagaimana pula mereka bisa mengingati sesuatu perkara penting bahkan perkara remeh sekalipun?

    Justeru,saya bersetuju dgn kamu bahawa kekuatan daya fikiran seseorang itu berkait rapat dgn cara daya ingatan itu digunakan.

    Sekian utk komen kali ini.ha ha ha..

  2. Oktober 30, 2007 at 7:14 pm | #2

    @ixora: seorang gadis telah mempersetujui hakikat itu..maka apa yang aku katakan adalah benar kerana telah diundi seorang gadis..thankz cik ixora.. :)

  3. Saladin Convoy
    Oktober 30, 2007 at 9:53 pm | #3

    Di samping itu, seseorang wanita juga lebih tekun membaca dan menelaah dan menghafal, maka sebab itulah didapati mereka boleh mengingat fakta untuk menjawab peperiksaan melebihi lelaki yang secara normalnya lebih malas daripada wanita dalam aspek sedemikian. Ya, ini aspek yang amat penting dalam sistem pendidikan kita yang TERSANGATLAH berorientasikan peperiksaan dan penghafalan fakta (sebab tu ramai wanita di pusat pengajian berbanding lelaki, ya ka?).

    Dan benar, wanita emosional dan lebih suka menggunakan emosi dalam membuat keputusan, sedangkan lelaki rasional dan lebih suka menggunakan… errr… “rasi” dalam membuat keputusan… ada ka perkataan “rasi”? Akal la kot, no?

    Jadi, yang dikatakan “nafsu melebihi akal” itu LANGSUNG tiada kena-mengena dengan daya ingatan seseorang. Sebaliknya lebih kepada daya fikiran seseorang itu dalam membuat keputusan.
    .
    .
    .
    .
    .
    Err… sebenarnya hamba nak tanya, kenapa akhir² ini asyik En. Avatar yang kemaskini blog ni? Mana perginya Encik Next Room?

  4. Oktober 30, 2007 at 10:45 pm | #4

    salam kenal! From http://pcmavrc.wordpress.com

  5. Oktober 30, 2007 at 10:59 pm | #5

    @Saladin Convoy: ’seseorang wanita juga lebih tekun membaca dan menelaah dan menghafal..’ betul sangat la 2 en saladin, kita org lelaki memang malas skit..hehehe..
    ‘“nafsu melebihi akal” itu LANGSUNG tiada kena-mengena dengan daya ingatan seseorang’ sekali lagi tepat untuk en saladin..

    en. Bilik Sebelah agak sibuk dengan tugas2..en Bilik Sebelah ada komitmen lain selain blog ni… ;) nampakna dah ade org rindu en Bilik Sebelah..hehehehe

    @benbego; ada eloknya salam perkenalan anda diletakkan dalam blog ship kami… :)

  6. Oktober 30, 2007 at 11:29 pm | #6

    Salam En. Biliksebelah!

    thank for viewing my blog… but I can’t get your message! I mean What do you mean by ‘Blog anda sangat kreatif?’

    Encik… di dunia iniew! Tiada manusia yang dangkal, cuma mereka tidak mahu membuka minda untuk penerimaan dinamik!…

    pst:- blog adek biasa saja – ‘rendah diri’

  7. Oktober 30, 2007 at 11:55 pm | #7

    @Anouhea Audiya: hmm..seeloknya comment ni terletak pada blogship.. :) thankz viewing our blog miss Anouhea Audiya..

  8. rean
    Oktober 31, 2007 at 6:17 pm | #8

    Hmm..sape kwn en. avatar yg dimaksudkan..hehe..
    hmm..kat sini..sy nak bg persoalan sikit..
    nape lelaki xperlu bersusah payah mengulangkaji pelajaran mcm perempuan..tapi akhirnya,keputusan lelaki 2 lebih baik..sy ckp berdasarkan pengalaman sy yg menuntut di universiti 70% daripadanya kaum adam :)

  9. Oktober 31, 2007 at 8:17 pm | #9

    @rean: sekarang sy nak menegaskan bahawa cara kita mengunakan akal fikiran 2 menentukan kekuatan daya ingatan kita..sy akui bahawa kaum lelaki agak malas dlm bab2 mengulangkaji pelajaran ni, tapi mungkin pelajar lelaki memberikan sepenuh perhatian mereka semasa kuliah..macam mana rean boleh mengatakan pelajar lelaki tidak susah payah dalam melakukan ulagkaji..ada rean tengok sendiri bagaimana pelajar lelaki mengulangkaji? bagi sy yang masih belajar n tinggal di asrama melihat sendiri bagaimana kawan2 sy mengulangkaji pelajaran..mereka tetap bersusah payah juga semasa mengulangkaji..pelajar lelaki ni lagi suka mencari penyakit dengan mengulangkaji pada saat akhir..tidak seperti pelajar perempuan yang mengulangkaji lebih awal..mungkin itu sebabnya rean mengatakan pelajar lelaki tidak bersusah payah berbanding pelajar perempuan..

    mintak maaf la..panjang lebar komen aku hari ni..hehehe ;)

  10. rean
    November 3, 2007 at 12:08 am | #10

    Hmm..sy tetap xpuas hati en. avatar..klu betul cakap en. avatar..budak lelaki ske cari penyakit..dgn studi saat akhir..tp bleh skor..n bagi pelajar perempuan perlu studi dari awal untuk skor..rasanya apa sebab benda ni terjadi ye..n pasal menumpukan perhatian..rasanya..pelajar perempuan pun xkurg bagi perhatian jgk..jadi xbg tumpuan dalam kelas bukan la punca nya jgk.. :)

  11. November 4, 2007 at 6:13 pm | #11

    @rean: berkaitan studi awal n studi lmbt 2..pokok pangkalnya masih berkaitan dengan cara bagaimana ingatan 2 digunakan..mungkin kerana malas, kaum@pelajar lelaki sejak kecil lagi sudah dilatih dan terlatih untuk studi pd saat2 akhir, maka input yg mereka dapat adalah hampir 100% dan kaum@pelajar lelaki xdpt input 100% jika mereka studi awal..nampak x disitu betapa pentingnya kita mencorak ingatan kita bagi mendapat kekuatan akal yang kita mahukan..ok..tumpuan dalam kelas bukan salah satu punca untuk berjaya dalam exam..tapi bagi sy itu la salah satu punca kejayaan sy :P :)

  12. rean
    November 4, 2007 at 6:52 pm | #12

    Hmm..ye la en.avatar..mgkn betul jgk apa yg en. avatar katakan..saya dgn ini bersetuju dgn apa yg dikatakan..hehe..thankz ye..sy sengaja nak menguji sejauh mana en. avatar berpegang dgn kata2 en. avatar..hehe..nice post..hmm..sy tau en. avatar berjaya sebab bagi tumpuan dalam kelas..sy doakan semoga en. avatar terus berjaya :)

  13. November 4, 2007 at 10:43 pm | #13

    @rean: terima kasih kerana mengundi bagi kaum wanita..thankz 4 the wish ;)

  1. No trackbacks yet.