Rumah > Ilmu, Renungan > Semangat kejiranan

Semangat kejiranan

Bertemu lagi kita dalam entri kali ni.. ^_^ bersyukur aku tiba-tiba aku mendapat idea untuk menulis setelah mendengar khutbah jumaat tadi.. aku bersyukur juga tadi sebab aku tak tertidur semasa mendengar khutbah, biasanya aku dengar suku khutbah je..tapi hari ni aku dapat memberi sepenuh tumpuan untuk mendengar khutbah jumaat tadi..mungkin sebab aku tak de kelas jadi aku tak berasa ngantuk dan letih ^_^ hmm..berbalik kepada idea yang aku dapat daripada..apa idea yang aku dapat sebenarnya? hehe..

Sebenarnya khatib tadi telah mengingatkan jemaah semua tentang semangat kejiranan..hmm..semangat kejiranan kan benda biasa je..buat ape la aku nak tulis-tulis kat sini(hati kecil aku berkata ^_^)..bukan macam tu..memang selalu kita bercakap tentang jiran, tapi kita telah banyak lupa tentang hak jiran kepada kita sendiri..sebenarnya aku dah nak matikan niat nak tulis entri tentang kejiranan ni..sebabnya aku tak dapat nak lah ayat sendir..ye la cerita pasal jiran nikan benda biasa..tapi alhamdulillah setelah aku menerawang mencari teks khutbah hari, aku berjaya menemuinya pada laman web rasmi JAIS..

MEMPERKASAKAN SEMANGAT KEJIRANAN

Kaum muslimin yang dirahmati allah,

Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada allah s.w.t dengan menunaikan segala perintahnya dan menjauhkan diri daripada segala laranganya,mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan orang yang paling bertakwa disisi allah s.w.t.

Jiran tetangga adalah orang yang terdekat dengan kita.Kemesraan hubungan antara tetangga melahirkan ketenangan dan kedamaian suasana.Susah dan senang,sakit dan sihat,jika dikongsi bersama akan menambahkan kemesraan,muhibbah dan mawaddah.

Apabila dunia sudah berkembang,keadaan hidup sudah berubah,maka nilai dan budaya kehidupan turut berubah,menyebabkan semangat kejiranan makin pudar dan semangat kebersamaan dan kekitaan turut terhakis.Keadaan ini dirasai begitu parah menjarah warga kota,malah sudah mula melarat mencemar budaya murni kehidupan desa.Sepatutnya dimana sekalipun desa atau kota,tidak seharusnya dijadikan tempat berkuburnya semangat kejiranan yang cukup indah itu..

Kelesuan semangat kejiranan ketara dengan jelas apabila jiran dengan jiran sudah tidak ada interaksi (hubungan) lagi dengan alasan tidak mahu menjaga tepi kain orang,jamuan sudah tidak tersaji dalam bentuk hidangan,orang-orang berada lebih memilih hotel lima bintang untuk menjaga Prestej (taraf kedudukan) atau memilih dewan-dewan mewah semata-mata beralasan mudah dan tidak cerewet.Manakala para undangan pula, hadir sekadar memenuhi jemputan sahaja,kerana esok lusa dia pula akan membuat undangan,nanti tiada siapa pula yang datang.Kemana hilangnya rasa mesra makan sehidangan?. Kemana pula tercicirnya roh tolong-menolong kepada kebaikan yang sangat digesa penyuburannya.Allah s.w.t berfirman:

“Hendaklah kamu bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan bertakwa,janganlah pula kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas-batas ajaran allah) dan bertakwa kepada allah,sesungguhnya allah amat berat azabnya”.

(Al-Maidah ayat 2) terus membaca..


hmm..kalau anda semua membaca teks tersebut..memang banyak la peringatan-peringatan yang diselitkan..melalui semangat kejiranan ni juga banyak masalah yang dapat kita atasi seperti yang dah kita sedia maklum jenayah-jenayah yang berlaku di kawasan perumahan kita..kesesakan jalan raya dan macam-macam lagi masalah yang sering berlaku di negara kita..

Seharusnya semangat kejiranan ni tak boleh luntur dalam diri setiap manusia..hal ini disebabkan kita mesti hidup berjiran..tak mungkin kita duduk kat atas muka bumi ni seorang diri (kecuali di dalam liang lahad, tu pun kat sebelah liang lahad kita ada juga liang lahad lain) oleh itu, jangan la kita melupai jiran dan hak-hak terhadap jiran kita kerana jiran adalah orang yang paling hampir dengan kita..

Categories: Ilmu, Renungan
  1. November 9, 2007 at 11:33 pm | #1

    Bro, ingat tak gambar “Love my Neighbour” tu pernah jadi header image bilik sebelah?

    P/S: Kepada semua, sory la.. aku masih xda mood nak tulis entri ape2…
    Biar la avatar yang otaknya masih muda, remaja dan aktif tu menulis buat anda..
    Sory bro!!

  2. November 9, 2007 at 11:52 pm | #2

    @Mr.Bilik Sebelah: hmm..patut la mcm pnh nmpk je..hehehe.. gambar nama album untuk seorg penyanyi..aku petik je..xingat nak wat courtesy.. ;) xde hal la bro..mula minggu depan aku nak amik cuti..jd mungkin xdela pot dr aku lg..hehehehe :)

  3. Januari 8, 2008 at 2:29 pm | #3

    hai bro,
    hahah”
    tertarik ckit la dengan i love my neighbour 2,
    sebenarnye bf sy dak sbelah umah sy,
    bilik pon brsebelahan,
    lawak x?
    he3

  4. Januari 9, 2008 at 10:26 pm | #4

    @syasya: Huh, bilik sebelah, rumah pun sebelah dengan bf?? Macam mana nak berindu2-an ni.. Yela, asyik2 jumpa je.. Tapi mesti jimat kan kredit hp.. hehehehe…

  5. Januari 13, 2008 at 4:34 pm | #5

    @syasya:untung la bf sebelahrumah…hehehehehe :) btl x mr. bilik sebelah..

  6. Januari 13, 2008 at 8:22 pm | #6

    @Avataranng: Betul tu.. Tapi kalu skali skala jumpa rasanya itu la yang lebih baik.. Kalu jumpa hari2 kang, payah.. Sume si dia tau.. Hehehehe…

  7. rin
    Januari 26, 2008 at 12:16 pm | #7

    sy suka dgn teks ni…kna bt krngn psl jiran

  8. Januari 27, 2008 at 10:15 am | #8

    @rin: bagus la..hidup kita ni untuk berkongsi maklumat ;)

  9. ieqah….
    Mac 26, 2008 at 11:08 am | #9

    s1emagat kejiranan ni x de banyak isilah…..

  10. Julai 16, 2008 at 8:23 pm | #10

    wah………

  11. Ogos 31, 2008 at 5:41 pm | #11

    huhu…sdehnye…kne wat assignment pasal masalah kejiranan…bg r lg banyak info…dh r x brape nak reti cari kat internet ni…

  12. Ogos 31, 2008 at 11:25 pm | #12

    @nice kids: Gune jer nie.. Auta skit2 ler.. Hehe..

  13. nice_qids
    September 24, 2008 at 4:31 pm | #13

    huhu…thanks…memang guna pun…tapi x cukup la…naik cuti raya ni cikgu dah nak asigmnt nye…agak2 de maklumat kongsi la ea….tq..!

  14. September 26, 2008 at 9:36 pm | #14

    @nice_qids: ur welcome.. Happy raya ek..

  15. Oktober 8, 2008 at 9:17 pm | #15

    selamat menggunakan isi2 yang ada ye :D

  16. nurul
    Mac 11, 2009 at 2:22 pm | #16

    hidupnie kadang2 tu macam roda kadang diatas kadang2 dibawah

    • Mac 11, 2009 at 3:34 pm | #17

      betul nurul..yang penting kita kne beringat dan hargai la jiran2, kawan2 dan kenalan selain daripada keluarga kita sendiri.

  1. No trackbacks yet.