Arkib
1000 kemaafan & hepi birthday BilikSebelah.wp
Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung biliksebelah.wp..aku selaku penulis kedua bilik ni meminta maaf kerana telah lama tidak mengirimkan apa-apa entri baru..bukan aku tak nak tapi bermacam-macam halangan yang menyebabkan aku tidak dapat mengahantar entri tersebut..memang orang kata mencari alasan tu lebih mudah tetapi aku terpaksa letak juga alasan sebab kita buat sesuatu tu mesti ada alasan.. ^_^ Read more…
citcat.com: review
Salam dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung biliksebelah.wp..alhamdulillah hari ini aku diberi kelapangan dan sedikit ruang untuk menulis sesuatu dalam blog ini.. ^_^ apa yang aku ingin ceritakan hari masih ada kaitannya dengan KLIBF2008 yang masih berlangsung sekarang sehingga 13 April 2008..aku mendapat maklumat berkaitan informasi yang bakal aku sampaikan ini di gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia.. ^_^ aku harap informasi yang bakal aku sampaikan ini dapat dikongsi dan memeberi manfaat kepada semua pembaca@pengunjung biliksebelah.wp.. ^_^

Sama ada anda tahu atau tidak..citcat.com telah dilancar lebih setahun yang lalu..apa yang ada dalam citcat.com ni? laman untuk kita bersembang secara maya ke? jika anda berpendapat sebegitu ternyata anda salah..citcat.com merupa sebuah laman web memberikan kemudahan kepada pengguna internet untuk mengakses laman-laman web yang menggunakan bahasa asing terutama bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar..apabila anda menggunakan citcat.com, anda boleh menukar bahasa penghantar laman web tadi kepada bahasa lain sebagai contoh bahasa melayu..bukankah itu sesuatu yang menarik? ^_^ di dalam citcat.com ini terdapat 4 zon utama yang boleh anda akses dan ia menyediakan kemudahan yang berbeza..4 zon tersebut adalah zon hijau, zone jingga, zone merah jambu dan zon biru.. Read more…
buku memberi kuasa..
Selamat sejahtera dan selamat bertemu kembali kepada pengunjung-pengunjung biliksebelah.wordpress..bertemu sekali lagi kita dalam entri terbaru blog ini..ahri ni aku nak bercerita sesuatu berkaitan buku.. ^_^ walaupun aku ni bukan seseorang yang minat sangat terhadap buku, tapi aku berminat untuk bercerita sesuatu yang telah aku alami dan aku rasai.. ^_^

Kita berbalik kepada tajuk hari..’buku memberi kuasa’..tajuk di atas merupakan slogan untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008@KLIBF2008..slogan sebenarnya ‘book empower’ menyatakan bahawa dengan buku, kita akan mendapat satu faedah yang hanya pembaca yang tahu..buku merupakan bahan yang boleh kita gunakan untuk bermacam-macam perkara terutamanya untuk mendapatkan ilmu..walaubagaimanapun kita tidak boleh hanya mengharapkan buku sahaja, kita juga harus berguru kerana tanpa guru kita mungkin sesat semasa mencari ilmu (promote cikgu-cikgu ni)..^_^

Letih + sedih = entri baru
Selamat bertemu kembali kepada semua pengunjung yang dihormati..aku menyusun sepuluh jari sekiranya aku dan mr. bilik sebelah sudah lama tidak meng’update’ blog ni..bukan kami sudah melupakan blog ini tetapi disebabkan halangan-halangan tertentu kami terpaksa meninggalkan sementara blog ini.. ^_^ sedih sangat bunyinya permulaan entri aku kali ni, tapi nak buat macam mana memang aku berasa sedikit sedih kerana tidak dapat mengemas ‘bilik sebelah’ yang aku sayangi ni..hehehehe ^_^
Sebenarnya aku sendiri pun tak tau apa isi yang aku nak selitkan dalam entri kali ni, tapi aku tetap mahu juga menulis untuk memuaskan hati pengunjung-pengunjung yang senantiasa mengunjungi blog ini walaupun kami tidak mengemasnya..bersepah-sepah dah bilik ni.. bermacam jenis sampah dah ada..hehehe ^_^

Kalau dikaitkan dengan tajuk..aku cakap letih sebab minggu ni merupakan minggu aku dan mungkin juga untuk mr. bilik sebelah untuk menghantar tugasan-tugasan yang cukup banyak..adat sebagai pelajar, memang banyak tugasan yang kita perlu selesaikan terutama dah nak habis-habis semester ni..dah dua tiga hari aku bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan-tugasn yang ada..mungkin anda akan berfikir aku buat tugasan pada saat akhir, tapi sebenarnya tidak..tapi memang pun..hehehe..^_^
berbalik kepada tajuk..aku menyatakan aku sedih..memang aku berasa sedih kerana, aku tak dapat menunaikan tanggung jawab aku sebagai pemilik bilik ini..aku tak dapat untuk mengemas bilik ni..orang datang tengok bilik bersepah-sepah aku rasa malu pula..hehehehe ^_^
Ok lah..sampai sini je aku nak melalut..kita jumpa dalam entri berikut..dengan informasi yang lebih menarik..hehehe..kami tulis, anda komen.. ^_^
Sekian…





Komen terbaru