Seketika ke B.I.G
Salam pertemuan..
Bertemu lagi kita dalam entri baru. Minggu lepas aku tak dapat menjawab komen-komen pengunjung biliksebelah.wp kerana aku telah mengikuti satu program yang telah disediakan pihak institut yang wajib diikuti pelajar yang telah memasuki program Ijazah Sarjana Muda. Program tersebut adalah program Bina Insan Guru (BIG). Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam diAkademi Latihan Inovasi dan Motivasi (ALIM), Jugra, Banting. Program kali ini adalah disertai 113 orang merupakan penyertaan teramai dalam sejarah institut dan kali pertama dijalankan di Jugra,Banting.
Di dalam program, aktiviti yang dijalankan adalah LDK iaitu Latihan Dalam Kumpulan, kembara berkayak dan juga berbagai aktiviti lain. Sepanjang tempoh program ini berlangsung, banyak manfaat yang telah aku dapat.
Kawasan kembara
Aku tak tau nak cerita apa, tapi aku akan cerita sedikit perjalanan program yang telah aku tempuhi. Disebabkan program ini telah disertai 113 orang, peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan. Aku telah tercampak ke dalam kumpulan no 2. kami bertolak dari institut pada pukul 11 pagi dan tiba di Jugra pada pukul 130. Aktiviti pertama hanya berjalan pada pukul 5 petang kerana kami perlu menyiapkan tapak perkhemahan dan juga tempat memasak. Aktiviti pertama yang dijalankan adalah water confidendent. Aktiviti diteruskan dengan kuliah maghrib dan pada malamnya perasmian pembukaan diadakan secara kecil-kecilan.
Makam Sultan Abd Samad
Keesokkan harinya, aktiviti dimulakan dengan kiamullail dan kuliah subuh. Kemudian kumpulan aku menjalani aktiviti kembara. Aktiviti kembara mendaki bukit Jugra sambil membuat tugasan kecil. Kembara kami berakhir di Makam Sultan Abd Samad. Pada sebelah petang kami menjalankan aktiviti dalam kumpulan. kami ditugaskan menyediakan logo kumpulan, moto kumpulan, dan juga lagu kumpulan. Pada malam hari kami mendengar ceramah pendek. Pada hari ini atau hari kedua, kumpulan kami bertugas menyediakan juadah tengahari, minum petang dan juga makan malam.
Aktiviti berkayak
Hari ketiga, kuliah subuh memulakan hari. Kemudian kami menjalankan latihan dalam kumpulan sekali lagi. Pada sebelah petang, kami menjalankan aktiviti berkayak. Aktiviti ini dijalankan di Sungai Langat. Aktiviti agak mencabar kerana inilah kali pertama aku berkayak dalam jarak yang agak jauh. Pada malam hari, kami menjalankan aktiviti malam kebudayaan.
Hari terakhir, aktiviti terakhir adalah perasmian penutup dan pemyampaian hadiah. Kumpulan kami telah merangkul kumpulan terbaik dalam penyediaan masakan. ^_^ .Sepanjang aktiviti ini berlangsung, aku berasa sungguh seronok walaupun aktivit ini tidak sehebat cabaran aktiviti-aktivit lain yang telah aku jalani.
Bermula minggu ni, Mr.Bilik Sebelah pergi menjalankan S.B.E (school based Experience) jadi beliau tak ada selama 2 minggu. Jadi marilah kita bersama-sama merindui Mr.Bilik Sebelah. hehehehehe .
Avatar, kamu salah eja tu. should be “makam” rite? ke saya yg silap? heee..
Oh,Mr BS da pegi SBE eh? papai~
hehehhehe
wah, seronoknye. ni yang nak buat aktiviti rekreasi cepat2 ni. hehehe
seronoknya aktiviti ni..byk aktiviti luar..
xmcm BTN..asyik dgr ceramah jek..kui2..ngantuk
@1×0r@: typing error le..hehehehehe
@qdetactive: buat jgn xbuat..hehehehehe
@rean: biasa la..BTN 2 mmg membosankan walaupun blm penah g la..tp drpd org ckp pun dah tau benda 2 xbest..hehehehehe
hiyahhhh!!!!!
@lydiarayyan: chaiyok!!!!