Demam Ramadhan..

2008 September 7
by avataraang

Salam..

Bertemu lagi kitadi biliksebelah.wp. Mungkin belum terlambat lagi bagi aku untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Entri aku hari ni juga berkaitan bulan Ramadhan ini. Masih ingat lagi tak cerita kartun yang hanya ditayangkan pada bulan Ramadhan yang lepas? mungkin anda ingat dan mungkin juga tidak. Kepada yang ingat mungkin perkataan “upin & ipin” telah terbayang di dalam fikiran anda.

upin & ipin

Entri kali ni berkaitan Upin & Ipin, mungkin ada yang masih tak tau lagi siri kartun pendek Upin & Ipin ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan ini. Hari ini sudah masuk hari ketiga siri kartun itu ditayangkan. Kepada masih tidak tahu, waktu tayangannya adalah pada pukul 7 malam di saluran Tv9, Dekat Di Hati ^_^.

Cerita Upin & Ipin ini kesinambungan daripada 6 episod yang lepas. Sambungan siri kartun ini adalah sebanyak 12 episod dan ini bermakna tiada episod berulang seperti tayangan pada Ramadhan lepas. Kali ini, Upin & Ipin bersama rakan-rakannya sudah pun melangkah masuk ke alam persekolahan, iaitu prasekolah. Jalan ceritanya masih berkaitan Bulan Ramadhan.

Mungkin aku agak lambat untuk memberi tahu kepada anda semua berkaitan siri kartun ini kerana sudah 3 episod ditayangkan tetapi berita baiknya kepada yang telah terlepas menonton 3 episod awal ini, anda boleh menyaksikan episod-episod tersebut di laman sesawang rasmi Upin & Ipin.

Ucapan aku, selamat menonton cerita ini. Rugi kalau tak tengok. Setahun sekali saje. ^_^

8 Responses leave one →
  1. 2008 September 8

    aku addict giler ngan citer neh :)

  2. 2008 September 8

    Cerita ni cuma 5 minit je. penat saya tunggu depan tv awal2.. haha

  3. 2008 September 8

    Ermm.. tak sempat nak tengok, coz berbuka bkn didepan TV.. Surau tak da TV.. Isk3..

  4. 2008 September 9

    oh,berbuka kat surau? alhamdulillah :)

    takpe.. tak rugi pn tak tengok. cuma lima minit lebih je cerita tu. saya sempat tengok sebab pegi berbuka kat rumah kawan :)

  5. 2008 September 9

    @mr. bilik sebelah: sedih plk bunyinye..huhuhuhuhu :D

    @!x0r@: rugi la..hehehe.sape kata xrugi :P

  6. 2008 September 9

    tak puas la tengok cite upin n ipin ni. sekejap sangat…

  7. 2008 September 9
    rean permalink

    hehe..rean sempat tgk epi 3 je..epi 1 n 2 xsempat..
    hehe..rean bukak tv kul 7.15..tau2 je cite kluang man..
    hehe..sedih sungguh :)

  8. 2008 September 13

    @kepada sume: Download ler kat you tube cite ni.. Gune youtube downloader..

    @avatar: bro, nape lama tak post ape2?

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS