Rumah > Dakwah, Renungan > Poco-Poco dan Salib?

Poco-Poco dan Salib?

sekadar hiasan

sekadar hiasan

Korang kenal kan tarian POCO-POCO? Ala, tarian yang datangnya dari Indonesia tu, dan tarian yang popular kalu ada ape2 aktiviti fizikal kat sekolah, camping atau kat majlis2.. dulu, aku ada la jugak buat post tentang poco2 ni.. klik link ni [poco-poco]

Hmm, tarian poco2 memang mengasyikkan.. lagunya best dan rancak.. tariannya pun bagus sebagai senaman.. Tapi, aku pernah terbaca, kat blog mana ntah yang cakap pasal poco2 dan salib ni..

Bila aku fikir2 balik, ada betulnya jugak.. Hmm, kita ke-depan, ke-belakang, ke-kiri dan ke-kanan.. Sume tu akan buat huruf  “+”.. ataupun secara biadapnya, membuat bentuk salib!

Sekarang ni, sebagai orang Islam, tak apa ke kita menari2 poco2 ni? Sebab kita dah tahu yang tarian ni MUNGKIN akan menyebabkan kita menari dan membuat SALIB?? Salib = Kafir.. Kan??

So, harap2 ada orang yang arif dapat memberi pendapat dalam hal ni.. Jadi, bagi korang yang baca entri kali ni, fikir2 kan lah ye.. Aku tak mahu buat fitnah, aku cuma nak mintak pendapat korang ajer..

Kalu korang nak menari jugak, well.. its up to you! Kalu tak nak, its up to you too..! ok?

Kalau korang nak sebarkan, sebarkan je lah.. Tapi, jangan nak membuat propaganda yang mengaitkan aku.. hehe..

Update (27 Feb 2009):
Menurut Elizabeth, poco2 ini ditarikan di gereja-gereja di Indonesia??Hmm.. Bukti apa mahu lagi?

Categories: Dakwah, Renungan
  1. ibnuimam
    Februari 21, 2009 at 12:38 am | #1

    Tarak papa lah… boleh aku rasa… x sama macam yoga. Yoga melibatkan spiritual… Poco2x lebih pada fizikal saja… tu pendapat aku

  2. Caunselor
    Februari 21, 2009 at 1:28 am | #2

    Good Evalution! Tahniah atas pemikiran anda~ Wish you a happy life after…

  3. Februari 21, 2009 at 10:35 pm | #3

    @ibnuimam: apa2 saja pendapat, diterima.. ok? huhu.. Aku tahu, selagi tak keluar dalil dan fatwa yang sah, kita tak leh la pandai2 nak sabitkan hukum.. Betol?

    @Caunselor: Sume ni bkn dari aku.. Aku pernah baca kat blog mana ntah.. Semalam tibe2 je nak wat post pasal ni.. huhu.. Thanks for your wish..

  4. zatioko
    Februari 22, 2009 at 12:43 am | #4

    oh saya baru tau pasal movement dalam poco-poco ni.

    very informative blog. kekalkan.

    sekian.

  5. Februari 22, 2009 at 1:51 pm | #5

    saya taktau pasal tarian ni.. tapi seriously bila sebut pasal poco-poco,saya otometik teringat blog ni sbb penah wat entri pasal tu. hehe

  6. ara
    Februari 23, 2009 at 1:13 pm | #6

    Salam..
    thnks ur information.. sy pn rs plik gk.. ble pk2 blik,mmg btol cm salib..
    lg 1, sy pny kwn ckp die ad t’bc dlm etrnt, tarian ni 1 dakyah kristian..

  7. Februari 23, 2009 at 5:04 pm | #7

    @zatioko: baru tahu? pernah x menari poco2?

    @ixora: huhu.. kalu sy teringat pasal rama2, sy mesti teringat pasal ixora.. tak tahu kenapa.. haha!

    @ara: yeke? hm… tak tau nak cakap.. kalau la betol, mintak simpang la..

  8. lingelizabeth
    Februari 24, 2009 at 2:25 am | #8

    yeke?
    nant baby try cari kat tenet sejarah tarian nie.
    sebab, setahu baby la kan..
    senaman nie untuk menguruskan badan jer. hehe
    lagi satu klo poco poco dance punyer step untuk stage 2 and seterusnyer, die da x macam step poco poco step first.
    tp, apa apa pon, nant bby try cari sejarah poco poco ek

  9. ara
    Februari 24, 2009 at 12:43 pm | #9

    2la..korg tryla cr ek..
    klu btol sme 2,kte leh sebarkan pd yg xtau..
    nk dpt pahala nh sng je…tol x?:)

  10. Februari 24, 2009 at 5:37 pm | #10

    erm…bl read this entry br trprasan yg mmg the steps form cross…but then,i think it’s not all about salib..it’s more to steps..physical movement..it depends on how u interpret it..kalo kt anggap ia sekadar senaman,it wont give u any problems..tp if kt anggap ia as sumthing yg blh menjejaskan kpercayaan,u better avoid it..tepok dade,tnye selere…amin… ~

  11. Februari 24, 2009 at 8:41 pm | #11

    @lingelizabeth: ok2, cari2 dan letak link ek.. boleh khai tengok..

    @ara: betul betul betul (ala2 upin dan ipin)

    @angelic atirah: itu la sy ckp seperti di atas.. “Kalu korang nak menari jugak, well.. its up to you! Kalu tak nak, its up to you too..! ok?”

  12. lingelizabeth
    Februari 27, 2009 at 1:00 pm | #12

    orang da tgk tgk kan sejarah tarian nie. Kesimpulan dier mcm nie;
    tarian ini memang di tarikan d gereja gereja di indonesia. namun begitu, ianya kurang dipersetujui kerana (1) liriknyer dan (2) lengok tariannyer. Liriknyer klo dipahami adalah sangat mengoda. hihi dan begitu juga denga tarian lengoknyer…

    • susie
      Mac 31, 2009 at 4:29 pm | #13

      sebagai orang islam kenapa banyak yang terlepas pandang hal ini. nak buat exercise buat saja pergerakkan biasa tak perlu pakai musik dan menari di khalayak ramai. satu gerak tari berupa salib yang kedua bukan muhrim pulak tu… masyarakat islam banyakkan beristigfar… jangan terpengaruh dengan keseronokkan. nak exercise jogging pun boleh…

  13. Februari 27, 2009 at 2:43 pm | #14

    @lingelizabeth: Ahah.. Poco2 di tarikan di gereja.. Hurm.. Lirik yang menggoda.. Hurm… Ok bird, thanks for da info..

  14. Februari 27, 2009 at 7:07 pm | #15

    hmm..mungkin ada betulnye..kalau dah cik lingelizabeth tulis begitu sebagai umat ISlam kita cuba la mengelakkan dari menarinye. tapi kalau dah dalam sesuatu aktiviti menjalankan tarian ni xkan kita xnak buat pulakkan. pada aku kalau niat kita untuk bersenam mungkin tidak salah tapi kalau saja2 nak menari lebih baik xyah :)

  15. Februari 27, 2009 at 8:06 pm | #16

    @avataraang: Boleh ke macam tu bro?? Hmm.. Musykil.. Sebab tu, kalu boleh pengetahuan sebesar zarah pun kene disebarkan.. Dapat pahala..

    Moga2, kalu betul poco2 ni berkaitan dengan yahudi, kita sebar2 kan lah..

  16. bern
    Mac 3, 2009 at 12:12 pm | #17

    pendapat sy kite kene kaji suatu pkare tu dengan betul dan sohih.
    kalo btul la poco-poco nie satu dakyah kristian sebagai org islam kite kne sebarkan.benda ni sedikit sbyk bleh menghancurkan akidah umat islam masa kini.takbir!!!

  17. Mac 3, 2009 at 1:17 pm | #18

    @bern: Betul tu bern.. Harap2 post ni ada la orang tlg forwardkan kat JAKIM ke, JAIS ke.. ape2 la.. So, biar diaorang kuarkan fatwa.. Baru ramai orang pecaya…

  18. ara
    Mac 10, 2009 at 1:44 pm | #19

    kalu smthg 2 kte ragu2 & syak, ad beknya kte elakkn..
    lgpn bnd yg ragu-ragu & syak ni prkra yg mnuju kpd syubhah..
    & syubhah plak mbwa kpd haram..

    * kalu slah,tlg2 la btolkan..:)

  19. ara
    Mac 25, 2009 at 4:02 pm | #23

    korg sokg ek..?
    tq…:)
    sy pn bkny tau sgt..tp 2la pe yg sy bljr cz sal sybhah dn ragu2 nh da dtergkn pjg lebr dlm hdis..
    kalu xcy, bkakla hds 40..

  20. susie
    Mac 31, 2009 at 4:34 pm | #25

    sekarang ni… mana-mana aktiviti mesti start dengan poco-poco… tegamam juga tengok lelaki perempuan sedang enjoy buat dance ini… tak berdosa ke? tak ada orang yang nak tolong kasi tahu hukum menari poco-poco ini secara terbuka kat media? saya rasa perlu lah…

    • Mac 31, 2009 at 7:34 pm | #26

      selagi tiada fatwa mengeluarkan apa2 berkaitan poco-poconi..xkan ade orang nak percaye n amik kisah..

  21. ara
    April 13, 2009 at 2:12 pm | #27

    tme ksh en.khai..:)
    kalu lorg dpt infmac br,jgn lpe gtau ye..:)

  22. Mei 20, 2009 at 1:57 pm | #29

    Jadi haram juga kerana tarian itu biasanya bercampur lelaki dan perempuan. Yg menonton gerak “menarik” bukan mahram mengundang nafsu dihias agar “indah” oleh iblis.Pilihlah banyak lagi riadah lain yg lebih sesuai.

    Senamrobik juga jatuh haram bila berubah dari senaman kpd tarian selaian bercampur jantina… terpulang kpd sifat warak masing masing.

    • Mei 20, 2009 at 9:13 pm | #30

      betul tu zaid.. tak tau la mcm mana nak bgtau semua orang pasal ni..

  23. sekadar mencelah
    Ogos 26, 2009 at 10:39 am | #31

    jawab pasal kemusykilan poco-poco

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/5b4ef7544483cbe948257560000d75e6?OpenDocument

    jgn la gaduh2….tp kalo x buat pun bagus gak…gantikan la ngan bende la

  24. Ntah le
    Ogos 27, 2009 at 4:23 am | #32

    Erk… ntah la btol ke x isu ni… tp saye susa la nak terima kalu bab bentuk cam salib la ape la… for me… come on la.. mmg byk benda kat dunia ni yg bentuk seakan salib coz the symbol is just happen to be very familiar n mmg byk kat kehidupan seharian… kadang2 tu sampai ade org ckp huruf t tu sbnarnye tanda salib… susa la ceni sume benda pon nak kate ade kaitan ngan salib lah ape lah… kadang2 kebetulan je… xtau la… ni just pendapat je..

    • Ogos 28, 2009 at 6:43 pm | #33

      kebetulan… pernah tak dengar ayat yang orang kafir tu mmg sentiasa akan cuba menyesatkan umat islam? pernah? ha… dia mesti la takkan cuba terang2.. dia cuba mcm ni lah… then orang2 mcm kamu, cakap kebetulan je.. sampai bile??

    • Oktober 10, 2009 at 6:26 pm | #34

      kepada razy, terima kasih atas komen anda.. jika dilihat betul2, tajuk entri ini ialah “poco2 dan sabib?”.. ada tanda soal dibelakangnya.. Jadi, tujuan entri ini ditulis ialah bukan untuk mengharamkan poco-poco.. tapi sebagai salah satu persoalan yang ingin dikemukakan..

      Jawapan yang bernas dari pembaca amatlah dihargai..

  25. azha
    Ogos 27, 2009 at 9:46 am | #35

    Dalam dunia yang serba moden ini pelbagai perkara boleh jadi. Sememangnya aku sendiri pernah terbaca tentang perkara ni. tapi aku sendiri pun tak tahu sama ada boleh tau tidak kita umat islam menarikan lagi tarian poco-poco ini. dulu aku faham yang poco2 ni untuk kesihatan dan senaman jer tapi skang ni dah rasa laini..memang pergerakan nye 2 ke kiri dan kanan pastu depan belakang da ianya balik ketengah. so kalu betu lah perkiraan saya ianya membentuk simbol + (tambah) bukan salib. salib bentunynyer lain…kita sendiri maklumkan..So kat sini fikir fikirkan lah…

    • Ogos 28, 2009 at 6:41 pm | #36

      tu la yang orang kafir mahu kan orang islam fikirkan… ala, tak ada kene mengena… ala, ambik ringan je… ala… ala… ala, tak payah pk…

      bg sy la, tak ada poco2 pon xpe.. best sgt ke?

  26. Oktober 9, 2009 at 12:29 pm | #37

    Salam..Asas pengharaman biasa diletakkan pada dalil dan nas yang kukuh dan nas yang kukuh biasanya terletak pada isu akidah…Dalam hal ini isu akidah cuba diketengahkan dan saya cuba memberikan pendapat saya

    Bagi menjawab persoalan syirik, syirik ialah menduakan Allah. Dalam tarian poco2, tiada iktikad atau niat atau perbuatan yang jelas(seperti membuat cross di dada) yang menyatakan bahawa seseorang itu boleh syirik.

    Malahan pada saya harus menari tarian ini kerana tarian ini cara menarik bagi menggalakkan semua orang pada setiap golongan untuk bersenam….Berlainan dengan yoga yang mana ritual yoga itu sendiri mempunyai pendekatan berbentuk ketuhanan, yang mana yg ini baru dikatakan berkait dgn akidah.

    Menjawab persoalan ini, saya menjawab persoalan yg dicetuskan dgn beberapa qias. menjawab persoalan tarian itu digunakan semasa sembahyang org kristian, adakah penulis pasti bahawa tarian itu adalah cara mereka sembahyang? Atau tarian itu cuma seperti choir yang mencukupkan masa mereka di gereja? Jika demikian, saya ingin mengambil qias lilin di gereja…lilin popular digunakan di gereja, dan lampu tinggi(yg tergantung pada ceiling) juga dimulakan di gereja..Tetapi lilin dan lampu gantung digunakan secara meluas oleh orang Islam dan di masjid2,mengapa? Kerana tiada unsur akidah atau ibadah atau akhlak yang terlibat dengan penggunaan lilin, malah ia juga memberi faedah dan kebaikan kepada manusia. Jadi begitulah pendapat saya ttg poco2.kalau persoalan agama seperti ini timbul, saya rase penggunaan huruf T(cross) adalah lebih menyentuh isu akidah, dan bukan isu yg boleh dirungkai seperti ini. Jika kerana step itu ia haram, maka step itu boleh diubah..

    Dalam isu ini saya mengambil qias dalam isu muzik..Pada zaman jahiliah muzik merupakan satu medium yang membawa kepada kelalaian.Namun setelah Islam, Rasulullah tidak pula mencantas org2 Ansar untuk berhibur kerana Rasulullah tahu mereka suka berhibur dan Rasulullah merai’kan hiburan dengan mengubah cara hiburan itu sendiri..

    Jika hiburan yg dapat membawa kebaikan itu boleh dirai dgn cuma mengubah bentuknya, saya rasa poco2 lebih mendatangkan banyak kebaikan kerana ia satu senaman, dan ia boleh diubah cara perlaksanaannya..

    Ini berbeza dgn yoga kerana yoga adalah ibarat satu ritual…Wallahua’lam

    Saya bukan ingin membela poco2 cuma saya sedih kenapa kita terlalu mudah men”syrikkan” org lain sedangkan kita masih belum cukup ilmu ttg sesuatu…

    dan haram kepada sesiapa yang bercakap menegakkan suatu hujah tanpa dia punya ilmu ttgnya.Wallahua’lam

  27. Oktober 10, 2009 at 6:26 pm | #38

    kepada razy, terima kasih atas komen anda.. jika dilihat betul2, tajuk entri ini ialah “poco2 dan sabib?”.. ada tanda soal dibelakangnya.. Jadi, tujuan entri ini ditulis ialah bukan untuk mengharamkan poco-poco.. tapi sebagai salah satu persoalan yang ingin dikemukakan..

    Jawapan yang bernas dari pembaca amatlah dihargai..

  1. Februari 27, 2009 at 9:50 pm | #1