Rumah > Blogroll, Khas > Petua buat BLOGGERS baru..

Petua buat BLOGGERS baru..

Hai dan Assalamualaikum.. (Ewah, macam formal pulak..hehe)

Well, aku tahu yang aku pun bukannya lama dalam dunia blog ni, sejak April 2007 dulu.. Itu pun tiba2 nak buat blog sebab x-roomate aku dulu, Bat Infomalaya bagi aku inspirasi nak create blog BS: Bilik Sebelah ni.. Dulu seorang, dan sekarang ini berdua bersama Avatar Aang.. huhu..

Sekarang, aku nak bagi tips, macam mana nak naikkan blog hits korang.. Maybe tak la banyak untuk sehari, tapi dalam 100 – 200 lbh tu ok la kan..

Tip2 nya ialah:

1. Rajin Komen dan Melawat Blog
Korang kene la rajin untuk:

  • Balas komen pengunjung2 yang baik hati nak bagi komen.
  • Update blog, sekurang2 nya seminggu sekali.
  • Lawat blog2 orang jugak.. Terutama blog pengkomen anda.. Win-win situation la ni..  Diorang komen, anda balas balik.. Kan?
    • Sebagai permulaan, korang masuk blog yang anda jumpa, then komen la mana2 post yang menarik.. Then, tengok blogroll diaorang, masuk dan komen lagi.. Macam chain comment la ni.. (haha..macam downline pulak..) So, makin ramai yang anda komen, makin ramai la yang akan masuk blog anda.
  • Lawat la “Blog of The Day“, kalau boleh hari2.. Dalam ni, korang akan jumpa 100 blog2 dan post2 yang popular untuk hari tu.. So, takkan tak ada post yang menarik hati korang nak baca kan? Betul? Baca dan komen ok?

2. Jangan Skema!

  • Ini yang aku tak suka.. Entri2 skema.. Kalau pakai bahasa baku, lagi parah.. Bukan ape, 99% (Statistik aku.. hehe) pembaca dalam dunia blog, tak suka ayat skema.. Make it santai ok.. Macam sembang2 dengan kawan je gaya penulisan tu.. Baru orang nak baca..

3. Jangan Tulis Panjang-Panjang!

  • Jangan la tulis panjang2.. Bila panjang, orang tak nak baca.. Make it short, but compact..
  • Kalau boleh, buat point2 macam entri ni hah..
  • Nak lagi menarik? Gunakan warna2.. Highlight mana yang anda ingin tegaskan..

4. Guna Theme yang Senang tapi canteek!

  • Aku prefer theme two column. Sebab, orang boleh view entri2 kita dan boleh tengok kat tepi2 sidebar tu, komen2 orang lain, post2 menarik, dan kategori.. Ia jugak memudahkan kita..
  • Tak payah nak letak banyak animasi kat sidebar tu.. Kadang2 orang lambat nak bukak kalau2 internet dioarang slow.. Jadi, dah lambat, orang malas nak masuk lain kali..

5. Guna Gambar La Sikit..

  • Hey, cara nak tarik orang baca ialah gambar.. Gambar menarik, jadi orang akan cuba nak baca.. Gambar tu biar la berkaitan.. Kalau pelik dan unik, lagi bagus.. Tapi jangan letak banyak2 ek.. Dan jangan besar2 sangat.. Sedang2 je saiznye dah cukup.. Senang nak load..
  • Kalau tak ada akaun flickr, buat satu.. Upload gambar melalui tu.. Mudah dan senang..

———————————————-

Ok lah, mungkin tu aje kot tip2 yang aku boleh bagi, kalau ada yang lain aku update lain kali.. Bagi yang dah baca, apa kata anda aplikasi tip yang pertama, iaitu rajin komen.. haha.. Komen sekarang kat entri ni!!

Categories: Blogroll, Khas
  1. Aki
    Mac 9, 2009 at 10:19 am | #1

    Thanks for the tips Khairuddin! Sgt berguna untuk blogger baru cam saya nie…

    • Mac 9, 2009 at 7:35 pm | #2

      U r welcome aki..

      Mari kita berjuang di dalam dunia blog.. Ok?

      • Aki
        Mac 9, 2009 at 9:50 pm | #3

        InsyaAllah.. berjuang dengan niat nak berkongsi cerita dan ilmu… hehe….

  2. Mac 9, 2009 at 2:38 pm | #5

    yela aku komen la ni…
    koooooommmmmmeeeeeennnnn…
    hahaha

  3. Mac 9, 2009 at 2:57 pm | #7

    aku tambah lagi tips…haha..

    buat tags word yang memang menjadi carian orang..haha..aku tau, tapi malas nak tulis kat sini..haahaa..

    • Mac 9, 2009 at 4:37 pm | #8

      contoh tag 2 ape? heheheheh :)

      • Mac 9, 2009 at 7:50 pm | #9

        @zuriaf: maksud ko, label ke??

        @avataraang: tag tu macam mane ntah.. susah nak explain.. hehe..

    • Aki
      Mac 9, 2009 at 9:53 pm | #10

      Ala upin ipin…. “Betul Betul Betul!”

      Tag tuh mmg penting!

      • Mac 10, 2009 at 11:00 am | #11

        Penting jgk.. tapi tengok le tag ape.. hehe..

        Macam kat sini, yang popular mestilah tag “lucah”.. ceh..

        • Mac 10, 2009 at 4:53 pm | #12

          biasa la 2 bro..bukan bro dah penah cube ke tag 2..hehehehe

          • Mac 10, 2009 at 9:13 pm | #13

            pernah.. sbb tu stat blog banyak ni.. hehe..

            • Aki
              Mac 11, 2009 at 1:16 am | #14

              Haha… Aki pun nak ‘bubuh’ perkataan2 seksis lah.. mesti melonjak naik hits kotakitam tu nanti!

  4. Mac 9, 2009 at 4:47 pm | #15

    nasib baik aku komen…

  5. Mac 9, 2009 at 5:20 pm | #20

    Jadi awak gunakan tips ini melawat blog saya? urm~ :)

    • Mac 9, 2009 at 7:51 pm | #21

      yup.. sy masuk kat blog of the day.. dan nampak pasal post anda.. tajuk menarik, so sy klik la…

  6. Bat
    Mac 9, 2009 at 8:29 pm | #22

    Semua aku dah buat, tapi bab komen tu, domain infomalaya dot com dah kena blacklist dengan akismet.

    Sebab tu la aku suka komen tak letak URL, tapi eh, aku kan ada domain lain, lepas ni kena letak la url blog aku.

    p/s: Okeh, dah letak url, haha

    • Mac 10, 2009 at 10:48 am | #23

      Letak URL senang la skit aku nak masuk tgk update blog ko bat.. malas gak nak taip address je.. hehe..

  7. Mac 10, 2009 at 7:53 am | #24

    aku skema dan suka tulis panjang2.
    huhu..

    • Mac 10, 2009 at 10:50 am | #25

      Jangan la skema dan panjang sgt.. yang penting, apa yang nak disampaikan tu ada.. hehe..

      wat la ayat yang santai.. ok? huhu.. tapi blog nurnana best ape?

      • Mac 10, 2009 at 11:05 am | #26

        oh, tq. kau rajin betul komen kat blog aku, aku perasan tu.

        tapi, aku jarang boleh lompat blog org lain. kalau surf dr rumah, boleh la. masalahnya aku jarang ada masa bila kat rumah.

        hihi.

        • Mac 10, 2009 at 11:20 am | #27

          Eh nurnana.. tak la skema pun..

          entri2 kau dah berjaya tarik perhatian aku nak baca walaupun panjang.. sbb ia best.. tajuk tu best.. Tgk kat BOTD, hari ni ada entri nurnana kat tangga 12..

          Hmm, ala, tak pe tak jenguk.. tapi kalu ada masa, komen la kat blog orang.. hehe.. Hmm, aku tak la rajin pun, kebetulan je.. sbb ada entri best..

          Yang lain, tiru macam nana.. huhu..

        • Mac 10, 2009 at 11:23 am | #28

          wah rajin nya kau tgk BOTD.
          aku tgk yg kuar dashboard je. tu pun smp no 10.

          nombor 12, owhh.. tak sangka pulak.

          byk nye pujian kau. teruja pulak. haha.(lupa diri).

          • Mac 10, 2009 at 11:38 am | #29

            Haha.. tgk BOTD lagi best.. dh bosan dengan blog yang asyik dapat ranking 1st.. (Faham2 je la sapa..)

            Yang dapat 11-100 lagi banyak menarik minat..

            Hmm, pujian tu xpe.. Tak salah nak puji kan?? hehe..

  8. Mac 10, 2009 at 8:44 am | #32

    Bagus ni khai… aku punya blog ok, ok je….ni komen nak tarik perhatian la ni…hahahah

    • Mac 10, 2009 at 10:55 am | #33

      huhu.. nak tarik perhatian?? Aku faham.. Ko nak aku masuk blog ko jugak kan?? haha.. nanti2.. tunggu aku ada masa panjang skit k?? hehe..

  9. kacang86
    Mac 10, 2009 at 11:39 am | #36

    hahaha…. ak pon nk komen gak lar… tuils jgn SKEMA ek? tulis santai kn?….. hrmm…. SANTAI……. dh tilis dh… padat, santai dan x pnjg… hahaha

    • Mac 10, 2009 at 1:57 pm | #37

      haha.. en kacang, apsal xletak link nama tu spy senang kami ke blog anda?

  10. 9w2sdm
    Mac 10, 2009 at 2:01 pm | #38

    trima kaseh kwn…info yg berguna…73

  11. fazilyahaya
    Mac 10, 2009 at 4:25 pm | #40

    Tq bs… berguna sangat untuk orang yang baru macam aku

    • Mac 10, 2009 at 9:10 pm | #41

      Ala, petua ni pun bknnye ada rujukan.. cme berdasarkan pengalaman.. ape pun, moga berjaya.. hehe..

  12. fazilyahaya
    Mac 11, 2009 at 9:51 am | #42

    pengalaman kan guru yang terbaik… hehe

  13. Mac 11, 2009 at 1:29 pm | #44

    Bagus penerangan bakal cikgu nih! Oooo, dah tahu dah!

  14. Mac 11, 2009 at 4:13 pm | #45

    Apa yang dah tau nye nurul??

  15. hazri87
    Mac 11, 2009 at 8:28 pm | #46

    aku komen skrg, hehehe…errr, tp ayat blog aku skema la pulak, hahaha… terpengaruh dgn gaya otai2 bloggers cam bluehikari, fajaril dll… :)

    • Mac 11, 2009 at 9:03 pm | #47

      Xpe la, kalu entri best, skema pun xpe.. nanti komen, letak la link ke blog.. kalu x, mcm mana aku nak masuk… wawa..

      • hazri87
        Mac 11, 2009 at 10:07 pm | #48

        erm, ko kn penah singgah tongkangbocor, hehehe…aku dlm usaha nk kmpl smla entri dr mula menulis utk dijadikan e-book, hehehe…utk koleksi peribadi…dan klu ada yg sudi membaca…

  16. Mac 11, 2009 at 11:33 pm | #50

    uik din… klu ko snang2 dtg r singgah kt blog aku.blog aku kecik n simple je. bru nk develop.
    ko dh siap blog robotic?

    • Mac 12, 2009 at 9:42 am | #51

      udah.. blog robot kami slalu update.. huhu.. kimi2.. ada blog lain rupenye..

  17. Mac 12, 2009 at 7:45 am | #52

    Wah,ribu riban orang komen entri ni! huhu. buat saya rindu Fly Over Me je..

    erm,saya dah kurang ‘berselera’ nak berblog. tambah2 pulak dah 2 minggu internet slow nk m*mpos.. nak masuk blog sendiri pun susah. blog orang apatah lagi la.

    tips no 1 tu memang betul. sebab dulu saya pun buat cmtu. skrg dah malas. asyik sebelah pihak je yg komen tak adil la. sekarang saya fokus pada orang yg rajin singgah blog saya je. senang cerita.

    • Mac 12, 2009 at 9:41 am | #53

      Betul2.. dh kami takkan lupe lawat blog cik ixora tau.. huhu.. cme komen je la.. kat entri yang mana kami rasa best.. huhu..

      aduhai. npe la FOM tu diwat private kan.. kan dh xramai masuk..

    • Mac 12, 2009 at 9:42 am | #54

      ixora, tak komen tak semestinya tak melawat.
      igt tu.

      • Mac 12, 2009 at 9:43 am | #55

        wah nurnana.. komen serentak kita ni ek..

      • Mac 12, 2009 at 9:49 am | #56

        nmpk sgt tak mula kerja lagi..
        huhuhu…

        • Mac 12, 2009 at 2:17 pm | #57

          peringatan=ini merupakan kotak komen bukan tmpt bak berchatting..hehehehehe :)

          • Mac 13, 2009 at 12:08 am | #58

            @nurnana: Sy baru lepas presentation tadi.. ni balik jap, breakfast..

            @avataraang: Mana ada chatting.. Kebetulan komen pada masa yang sama, di ruangan yang sama pulak tu.. huhu..

  18. Mac 12, 2009 at 3:46 pm | #59

    hahaha.. avatar dah ’sound’ nampaknya. huhu. sib baik tenet terputus pagi tadi. kalo tak, sekali dgn saya dok berbalas komen.kui3

    erm,takpe.btol gak kata kak nana tu.. tak komen tak bererti org tak singgah :)

    mr bs : nk delete asalnya blog tu tp sayang. tu yg private.

    • Mac 13, 2009 at 12:02 am | #60

      hehe..bukan ape, jelous dirang chat berdua..hehehehe :D

      • Mac 13, 2009 at 12:10 am | #61

        @ixora: huhu.. nak join boleh, lagi digalakkan.. huhu.. Hmm, jgn la delete.. dh lama tak masuk FOV.. asyik masuk kat aeropama je.. haha..

        @avataraang: aik, jeles ke bro?? hehe.. lambat tido.. esok nak pergi SBE dik oi.. bukan macam kat maktab leh masuk lewat2.. 7.20 dh kne terpacak tau.. huhu..

  19. azuaries
    Mac 13, 2009 at 12:18 am | #62

    Huh..sangat ramai pengomen ye..

    Ok, aku suka part letak2 gambar ni.

    Aku ada tips jugak, pastikan background tak byk sgt, crowded!. pening %%^&^%

    • Mac 13, 2009 at 12:24 am | #63

      Betul2.. Kalu wordpress, tema je la yang leh ubah.. Jadi, pilih tema yang bersesuaian kan??

      Tak la ramai pengkomen.. aku balas satu2.. haha.. so, separuh dari sume komen2 ni je la yang bukan aku.. huhu..

      Hmm, gambar gak penting.. Dalam blog ni, setiap entri seboleh2 akan ada gambar kat atas sekali.. mcm hiasan la..

  20. missing
    Mac 25, 2009 at 12:33 am | #64

    hi, im new here, i really am thankful when i come across this site, your tips is very helpful, i recently started a blog, dont really know how to go about, still finding a style, its hard, and you make it easier, thanks ya.. i will be ashamed to ask people to comment at my page cause i think its nothing there, maybe you can suggest more for me, cause i am very very new, i know nothing about blogging.. starting to take baby steps into this.. have a nice day.. nice blog you have here..

    • Mac 25, 2009 at 7:11 am | #65

      you are welcaome..but we hope you can put your blog URL so that people easy to visit your blog..

    • Mac 26, 2009 at 1:34 am | #66

      There is no need to shame, if you write what other interest to read, they surely will comment..

      Next time, please put your blog link at the comment area.. It is easier for others to enter your blog.. At the same time, your blog hit will increase..

      For a beginner like you, there is not essential to increase the blog hits.. Try to improve your writing, make it interesting.. And, try to make friends with other blogger.. And also, make sure your friends know your blog.. Paste your blog link on YM, or friendster if you have one..

      Ok? I looking forward to visit your blog.. (“,)

  21. suriram
    April 6, 2009 at 9:22 pm | #67

    wah…tips y best.ni y nak bg komen ni.

    • April 6, 2009 at 9:51 pm | #68

      Maaf la suriram.. Sy tak sempat le nak lawat blog sekarang nie.. hehe.. tapi takpe, lagi 2 bulan boleh..

      • April 7, 2009 at 7:37 am | #69

        jgn ckp mcm 2..insyallah sempat pnye..sori xde entri baru..tengah bergaduh dengan asigment.

  1. No trackbacks yet.