Arkib

Archive for April 2009

Kad Hari Ibu dan Hari Guru!?

Wah….. Seronok tengok blog hari ni.. Tema baru.. Jadi ada semangat baru.. Ingatkan tak nak update hari ni.. Tapi dah datang semangat, nak jugak menulis.. Ingatkan en.avatar aang dh lupekan biliksebelah ni ha.. Sekali dia tukar theme.. Huhu.. Ni salah satu theme faveret aku nih.. huhu..

Errm.. Aha, aku nak cerita skit.. Aku telah ditambah tugas lagi.. Haha.. Kali ni, aku kene reka kad untuk HARI IBU dan HARI GURU pulak.. Supaya, cikgu kaunseling boleh jual pada murid2.. huhu.. 20 sen kot satu.. black n white je.. hehe..

Aik, aku pulak kene design.. Tak pe lah, aku ambik je gambar kat internet, paste je.. haha.. Kalu kene tangkap jabatan hak cipta, naya je.. hehe.. Ah, lantak lah.. yang penting aku senang.. dah la keje bertimbun lagi ni.. Mural tak siap lagi.. Aduhai.. Kejamnya.. Read more…

Handphone Hilang!

Kepada semua kengkawan, handphone aku sudah hilang.. kat One Utama, Damansara pada hari ini, 25 April 2009 jam 2.30 petang kat toilet.. Isk3..

Tapi aku dah pergi Maxis Centre, dan aku dah dapat balik no phone aku yang 012 tu.. Walaupun dapat sekali dengan kredit yang aku baru topup semalam, tapi aku tak dapat retrieved balik no phone korang sume..

So kengkawan, plizzz la SMS aku no phone korang untuk aku simpan ek.. Kalau korang call atau SMS, aku tanya sapa ni?, korang jangan marah tau..


Isk3.. Sayang betul Motorola L7 yang aku dh pakai sejak 2005 lagi.. Sayang-sayang.. Aku doakan agar si pencurik tu disumpah menjadi lesung batu!

P/S: Aku tak tau nape aku tak dapat masuk YM dua hari ni.. Padahal internet laju.. Musykil aku.. Kene virus ke atau YM mmg problem??

Categories: Khas, Pengarang

Selangor vs Kelantan

UPDATE: Selangor menang dengan penalti 4-2 setelah seri 1-1 dengan kelantan.. Selangor menjadi juara kali ke-5 piala FA.. YES!!

———————————————————

Selangor vs Kelantan..

VS

Sape menang agak2? Dua-dua MERAH menyala nih..

Huhu.. Kat sekolah aku, majoriti guru-guru kat sana semua orang kelate.. So, confirm ah mereka akan sokong Kelantan untuk menang Piala FA esok (25 April 2009) kat Bukit Jalil.. Aku sorang je penyokong Selangor.. Huhu..

Tapi NO WAY MAN! Selangor dh juara EMPAT kali tau! Dan esok akan jadi yang kelima.. Setakat Khalid dan Indra, small matter la bg Safie Sali dengan Amri.. Haha..

Kalau la Selangor menang, confirm aku pergi sekolah Isnin ni, kibar-kibar bendera Selangor.. Hehe..

Go Go SELANGOR! Jangan kasi malu orang Selangor nih.. Kalau kalah, malu aku tulis entri macam ni.. Haha..

P/S: Buat orang Kelantan, jangan marah aa.. Ini dikatakan SEMANGAT..

Categories: Arena Sukan

Projek Mural Bermula!

Seperti yang aku cakap dulu, aku kene buat mural bertemakan robotic kat sekolah yang aku berpraktikum ni.. Disebabkan kerja yang melampaui batas-batas dan norma kehidupan, maka terpaksa lah aku menangguhkan pembikinan mural tersebut..

Tetapi.. Mulai esok, insyaAllah akan bermulalah ciptaan mural kali ke-2, yang sblm ni aku dah buat kat sekolah lain time SBE (School Based Experiences).. Nak tengok design yang aku wat?

This Mural is Copyright Protected!

This Mural is Copyright Protected!

Read more…

Cikgu Kacak yang Sibuk!

Siri Lepas Penat dan Tension!:

Mungkin aku bizi macam ni? Oh NOOO!!

Mungkin aku bizi macam ni? Oh NOOO!!

Aduhai.. Sapa kata jadi cikgu ni senang? Pagi pergi sekolah, petang wat aktiviti koko, takpun sibuk hari sukan yang bakal datang.. Malam wat lesson plan..

Jadi cikgu praktikum memang la kene buli.. Mentang-mentang la aku laki, serba boleh jadinye ye.. Tapi takpe, I’m learning through experiences.. Kan?

Hari ni aku baru lepas diobserve untuk kali keDUA oleh lecturer pembimbing aku.. Setakat ni, very Alhamdulillah.. Sangat berjalan lancar.. Terima Kasih ya ALLAH!

Hmm, berbalik pada cerita bizi aku, dulu aku dah cakap yang aku banyak kerje selain dari PNP (pengajaran dan pembelajaran) yang wajib aku buat.. Ni lah kerje luar tanpa gaji and OT (Over Time) yang aku buat di sekolah: Read more…

Selamat Pagi Cikgu Khairuddin!

Kalau lah Praktikum Boleh Rilek Macam Nie!

Kalau lah Praktikum Boleh Rilek Macam Nie!

Hahaha.. Akhirnya, tibalah masanya aku dipanggil CIKGU KHAIRUDDIN.. Ya, cikgu.. Dulu aku yang panggil orang lain cikgu, sekarang turn orang lain tabik aku sebagai guru..

Mesti korang fikir senang je nak jadi guru.. Tapi, bagi aku, kalau korang tak pernah nak mengajar, dan tak pernah nak berhadapan dengan murid2.. Jangan cakap besar.. Mengajar kalau budak2 tak faham tak guna beb.. Try dulu, then baru boleh cakap yang profesion perguruan ni mudah dan senang.. Balik cepat pulak tu.. Haha.. Kalau korang fikir macam tu, korang silap..

Opps, dah jadi cikgu suka membebel pulak aku nih.. Ok2, tak pe.. Sebenarnya, kali ni aku nak bagitau yang aku sedang berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Gombak Setia.. Alhamdulillah, semuanya best! Cikgu-cikgu ok bangat! Harap2, aku dapat banyak ilmu dari sini.. Aku akan ajar subjek Kemahiran Hidup, dan Pendidikan Jasmani.. Semester depan Math.. Aiyoyo!..

So, dari 2 hb April sampai 27 Mei 2009, bersambung pula dengan cuti 3 minggu selepas itu, ini bermakna aku akan jarang2 sangat2 menulis kat blog ni.. Harap bro avatar aang kita je lah.. Sebabnya:

  • Lesson Plan lagi penting kene wat!
  • Teaching Aid kene wat!
  • Folio kene update

Selain sebagai guru KH dan PJK, aku juga ialah:

  • Guru PENGAKAP! (aku PBSM dari kecik tau.. aiseh)
  • Guru Kelab Reka Cipta
  • Guru Kelab ROBOTIK (ooit, aku baru je belajar benda ni.. aduyai)
  • Guru Rumah Kuning (confirm johan ah!)
  • Guru Perpustakaan (Huhu.. Nasib baik ada pengalaman jadi PPS dulu)
  • Guru RMT (Rancangan Makanan Tambahan)
  • Guru Sukan ?? (Pasni baru tahu)

Sepanjang dua bulan ni, aku akan hadapi:

  • Mesyuarat guru (of course lah kan)
  • Hari Sukan (Aduyai.. first day dh suruh pilih tugas tau)
  • Peperiksaan
  • Macam2 lagi ah..
  • Relief tu lagi ler kene.. haha..

Ape pun, dah praktikum ni, bermakna zaman belajar aku makin nak habis.. Mmg happy beb! 5 tahun setengah belajar kat tmpt sama.. Huh! Okay, jumpa lagi 2 bulan akan datang.. Hehe..

Ape pon, ,sila la view video ni.. Kalau nak tahu best ke tak jadi cikgu.. Haha..