Cerita Dalam Bilik
Salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung biliksebelah.wp. Dah lama sungguh rasanya aku tak menulis. hehe ^_^ tak tau la kenapa cuma tak de idea nak tulis. Ade juga orang bagi idea nak menulis tapi belum nak cuba menulis idea yang disarankan. hehe ^_^ sori ye kepada pemberi idea. Hari ni pun aku tak tau nak tulis apa. Cuma nak lepas gian menulis je. Tapi yang pasti hari ni merupakan Hari Ibu yang disambut oleh segenap pelusuk Malaysia.
Berbalik kepada tajuk, macam-macam boleh diceritakan di dalam bilik betul tak? yang dari perkara biasa, perkara peribadi dan juga cerita suami isteri. Hari ni aku cuma nak berkongsi tentang bilik yang aku sedang diami sekarang ni.
Biasanya setiap orang pasti akan ada bilik di rumah@tempat tinggal masing-masing. Ada yang berkongsi bilik dan ada juga duduk sendiri. Macam aku sekarang ni aku duduk berdua dengan roommate aku. Alhamdulillah beliau seorang yang baik hati dan aku senang mendapat roommate sepertinya (ayat penghargaan). Bagi anda yang mungkin masih menetap di rumah bersama keluarga, mungkin ada yang berkongsi bilik bersama adik dan abang@kakak. Tak kira la dengan siapa kita tingal dalam bilik, apa yang penting semoga hubungan baik antara penghuninya mestila baik. Dulu masa duduk kat rumah aku sebilik dengan abang aku. Aku rindu masa tu, kadang-kadang gaduh, suka, duka dan macam-macam aku buat dengan abang aku. I’m really miss him ^_^

Kita pergi kepada kondisi bilik pula. Seharusnya bilik kena la sentiasa bersih dan teratur. Walaupun bilik hanya tempat tidur bagi sesetengah orang, tapi definisi bilik pada aku bukan hanya tempat tidur tapi tempat berkerja, tempat makan, tempat berehat dan macam-macam lagi fungsinya. Kalau bilik tak bersih, aku rasa rimas dan tak brape boleh nak wat kerja. Aku sayang sangat bilik yang aku diami sekarang, sebabnya aku dah rasa selesa. Bukan senang nak menyelesakan diri pada tempat baru betul tak? Alhamdulillah semester depan aku tetap duduk bilik(bilik asrama ^_^) ni lagi.

Seterusnya aku nak menyentuh apa benda yang aku rasa paling bernilai pada aku dalam bilik ni. Semestinya ^aVatAr^ ( nama desktop aku) dan juga gerobok (almari dalam loghat Johor) . Kenapa benda ni penting, sebabnya tanpa ^aVatAr^ tak siap la semua tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah kepada aku, aku tak boleh menulis dalam blog ni dan banyak lagi fungsi ^aVatAr^ ni. ^aVatAr^ merupakan TV aku dan game console aku juga. Gerobok pulak sangat bernilai kerana kalau tak de gerobok, tak boleh nak simpan baju. Banyak sangat baju aku nak disimpan dalam tu. hehehehe.
Secara keseluruhannya, hargai la apa yang kita ada kerana pada kita mungkin sesuatu itu sampah tapi pada orang lain mungkin benda itu adalah emas. Mari la berkongsi tentang bilik-bilik anda pula ^_^
***sekian***
Ai, mcm perli aku je.. hehe.. mentang2 la aku kene ddk luar sem depan.. isk3..
la.. yeke bro..xtau plk..aku pun hari 2 dah nak kne duk luar..tapi alhamdullilah dapat duk dalam lagi
sabar ye bro..anda dah tahap senior, jadi elok la duk luar
jgn marah.
Lawa gak bilik ko..
_____________________
Jemput datang ke blog saya – http://sempurnahealth.wordpress.com
Your source of beauty|healthy|wealthy blog’s
thankz..insyallah kami akan singgah
cadar yang menarik…i like
thank atas pujian itu..hehehehehehe
wow..cadar polkadot. suke.. hahaha…
thank atas pujian 2..hehehe..dua sokongan kat cadar
hehe..ramainya puji cadar..
rean xnak puji sekali ke..dapat 3 sokongan..hehehehehe
hehe..nak rean puji ye..cadar avatar mmg cntk..sape yg pilih cadar tu ye..hehehe
thankz puji..avatar la yang pilih..hehehehe..
hehe..sesama..pandai avatar pilih cadar yg cantik ye..hehehe
cadar x tegang!!…
kalu kat asrama saya dulu,kalu cadar x tegang nnti warden lempar trus cadar tue dkt lantai..
cantik juga bilik nie..urm mcm nie ler kot bkl bilik saya..huhu
abg senior..ada x web mana2 yg bley sye surf utk tgk persekitaran ipgm teknik..
dah lme mencari x jmpa2..kat web ipgm ltk gmbar skit jer..
Adik boleh gne google earth.. cari Institut Perguruan Teknik.. Tak pun, ni la website “rasmi” IPGM Teknik.. http://www.ipteknik.edu.my/09/ dan ini http://mediajpp.ning.com/ .. ok?