Rumah > Khas, Pendidik @ Pendidikan > Ape barang jadi Cikgu?

Ape barang jadi Cikgu?

Selamat Hari Guru buat guru-guru diMalaysia ini..

Aku tak mahu menulis panjang, kerana aku pun sibuk.. Ingat Hari Guru ini, cikgu boleh cuti2 senang hati ke?  Cikgu kene pergi sekolah hari sabtu dan ahad tau sebab nak arrange sambutan hari guru.. ceh, nak sambut untuk diri sendiri pon kene wat sendiri.. hehe..

Ehmm.. Kepada guru-guru yang garang di sekolah tu, tengok lah video ni.. Agak2 korang dapat x hadiah tahun ni? hehe..

Hmm, apa la yang nak dibanggakan sangat jadi cikgu ni.. Selalunya…

  • Orang akan pandang ‘cikgu’ ni keje yang tak best..
  • Orang akan pilih jadi cikgu, bila keje lain dah tak da.. (K*LI).. Dh terdesak la..
  • Gaji ciput..
  • Keje berlambak..
  • Ingat leh balik kul 1, tapi kene jgk balik kol 3-4..
  • Sabtu Ahad kene datang…
  • Bila marah murid, mak bapak datang marah kita balik..
  • Bila murid pandai, kita tak dapat ape pun.. Puji pon xda..
  • Bila murid bodoh, kita yang kene salah..
  • 80% cikgu.. setakat bawak keta Proton dan Perodua je.. Nak bawak Honda, BMW, Mers.. Hmm.. Yillek..

So.. Apa barang jadi cikgu? Nak kata kaya? tak ada.. Tensen, darah tinggi semua tu ada la.. Kan?

Ape pun, korang sendiri fikir la.. Ek? Yang jadi doktor, Majistret, Jurutera, Penggali Kubur, Tukang Sapu.. Semua tu belajar dari guru.. betol?

Orait, sebagai hadiah Hari Guru, aku selitkan video ni..

————————————-

  1. Mei 17, 2009 at 7:56 pm | #1

    anda cikgu KPLI ke KPLSPM?
    :D

    selamat hari guru juga lah.

    • Mei 17, 2009 at 8:01 pm | #2

      Sye KPLSPM atau lebih dikenali PISMP batch 1.. Paaaaaling senior.. haha.. Tahun ni grad la.. InsyaAllah..

      • Mei 17, 2009 at 8:23 pm | #3

        senior tapi bukan anak KPM..hehehe..anak QUT..hahaha..jgn mrh bro :)

        • Mei 17, 2009 at 8:38 pm | #4

          Ehey.. KPM yang pilih QUT tau.. Bukan kami.. Kami tak kisah pon OUM ke ape ke.. Huhu..

          Anyway, ada pro and kon dengan U luar negara ni..

          “Hujan Emas dinegeri Orang.. Hujan Batu dinegeri Sendiri.. Lebih Baik Hujan Emas.. Tapi Batu pon OK..” Haha..

  2. Mei 17, 2009 at 8:38 pm | #5

    aku cuma mahu menyambung legasi cikgu-cikgu2 yang pernah mengajar aku dulu..heheheheh..jadi guru la pilihan aku..hehehehe

    • Mei 18, 2009 at 7:38 pm | #6

      Owh.. Bagus la.. Dulu aku tak nak jadi cikgu.. Tapi sekarang, itulah jiwa aku.. Huhu..

  3. Life Of AKU The Episode
    Mei 18, 2009 at 12:11 am | #7

    Selamat hari guru ….

    ” apabila mati anak adam, maka terputuslah amalannya, melainkan 3 perkara :

    1- sedekah jariah
    2- ilmu yang bermanfaat
    3- anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya

  4. rean
    Mei 18, 2009 at 10:12 am | #9

    Guru…dlm ajarnya ada harapan, dlm tegurnya ada doa, dlm marahnya ada syg, dlm tawa ada mesranya, dlm diam ada bijaksana, dlm tangannya kita terbina.
    Tp hatinya tiada siapa pun bertanya.
    Berbahagilah menjadi seorang guru….
    Moga syurga buatmu..
    Selamat Hari Guru :)

  5. rean
    Mei 19, 2009 at 9:53 pm | #11

    sama2 mr.bs..hehe..rean xda apa nak komen utk post kl ni..cuma berharap jgn ada yg pndg reandah pd profesion perguruan ni :)

    • Mei 20, 2009 at 9:10 pm | #12

      Kebanyakkan orang pandang guru sebagai kerja yang tak best.. Tu hakikat.. Tapi bila dah jadi guru, baru diaorang akan tau, guru itu mulia..

  6. Mei 20, 2009 at 2:08 am | #13

    sabar… redhajadi guru. kerja yang mulia

  7. lingelizabeth
    Mei 21, 2009 at 3:33 pm | #15

    btol2x
    parents datang bila x puas hati
    tp perangai anak sendiri x tahu teruk mcm maner
    ish ish ish

  8. Mei 24, 2009 at 10:58 pm | #16

    Artikel yang menarik…Selamat Hari Guru….

    ————————————————-
    Ikhlas dari :
    Kalam Abu Musaddad
    http://ibnismail.wordpress.com

  9. Julai 4, 2009 at 5:43 pm | #18

    menarik site nie….

  1. No trackbacks yet.