H1N1…

memandangkan jiran sebelah kami iaitu IPGM Ilmu khas telah diserang oleh wabak H1N1,maka saya rse saya ptt menulis entri tentang tanda2 H1N1…bkannya apa,sebagai langkah berjaga2 ler katakan..
tanda2 anda dijangkiti H1N1..
Berikut adalah tanda-tanda anda telah dijangkiti H1N1..
1.) Badan rasa lemah, berat badan naik, dan tubuh bertukar pink.
2.) Hidung anda semakin ke depan dan lubang hidung anda meluas sebanyak 3 kali ganda.
3.) Telinga menjadi lebar, dan anda tidak dapat berhenti makan.
4.) Anda sentisa mengeluarkan bunyi seperti ‘oink oink’ atau ‘gruk gruk’.
5.) Hingus berwarna putih berlendir pekat sentisa keluar dari mulut anda.
6.) Taring mula keluar dan membesar dari rahang bawah, bagi lelaki sahaja.
7.) Anda mula memiliki ekor berpintal.
8.) Anda ingin berkubang sentiasa.
9.) Orang yang menyentuh anda terus pergi samak.
Jika anda memiliki tanda-tanda seperti di atas, cepatlah berjumpa dengan doktor haiwan terdekat atau jabatan pertanian yang dibuka 23 jam sehari.
p/s: fakta diperoleh drpd sumber2 yg buleh dipercayai ketipuannnye..hehe
hehe..main2 saja…
nie yang btul2 punyer
Tanda-tanda H1N1 : Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti ;
-demam
-batuk
-sakit tekak
-sakit badan
-pening kepala
-sejuk dan kelesuan
-cirit-birit dan muntah
so,kalau rse2 dah ada tanda2 diatas,segerelah pergi ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan yer..jangan tunggu smpai melarat…







Komen terbaru