Rumah > Semasa > Apa Boleh Buat Dengan 200 Juta?

Apa Boleh Buat Dengan 200 Juta?

Oh KL!

Oh KL!

Semalam, 1 Ogos 2009, Bandaraya Kuala Lumpur telah dikerumuni beribu-ribu orang untuk membuat demonstrasi berhubung ISA.. Ada yang menyokong, dan pastinya ada yang membangkang.. Aku tak nak komen apa2.. Aku pun tak sokong sapa2.. Baik pro, baik anti..

Tapi berdasarkan pengalaman rakan ku, yang niatnya nak shopping di KL, melihat demonstrasi ini sebagai satu yang seronok dan sesuatu yang baru bagi beliau.. Memang kecoh, dan kesian pada semua yang ada disitu.. Beliau yang nak pergi ke SOGO (pada salah hari), tidak dapat mencari kasut idaman.. hehe.. Sebaliknya terkena gas pemedih mata buat pertama kalinya.. hehe…

Dan, mengikut berita TV3 hari ini, total kerugian kerana demonstrasi ini dianggarkan mencecah 100 hingga 200 juta ringgit!

wow! Tapi, jumlah itu masih sedikit jika dibandingkan dengan harga perpindahan Cristiano Ronaldo dari Manchester United ke Real Madrid.. Hehehehe.. Mungkin boleh beli beberapa kelab EPL la kot..

Dengan 200 juta, kita boleh beli:

  • 20 juta top-up RM10
  • 2 juta top-up RM100
  • Sedekah RM1 juta pada tiap sorang fakir miskin di KL yang mungkin seramai 200 orang.
  • Bina separuh stadium.
  • Beli 1000 unit Mitsubishi EVO atau Subaru Impreza
  • Beli 4000 unit Saga BLM.
  • Beli 30770 motosikal yamaha 135 LC.

Huh.. Kalau la betul KL rugi banyak ni semalam, aku rasa pada hujung2 minggu sebelum ini, pasti peniaga kat KL dah kaya gile.. Yela, lebih 200 Juta mereka dapat pada tiap minggu.. hehehe..

Heh. Kata PM kat berita, napa tak wat demonstrasi kat stadium selangor? hehe..

[ * * ]
–(–)–

P/S: Ini bukan post politik. (“,) BS bukan blog politik ek.

Categories: Semasa
  1. Ogos 2, 2009 at 9:38 pm | #1

    haha.. memang rugi.. hmm.. pe kejadahnya berdemonstrasi kat jalanan? aku pun xdela fanatik politik, tapi sbg orang muda, pelapis negara, apa yang aku nampak demonstrasi jalanan ni cuma politik murahan. huhu.. cuma menyatakan pendapat di sini..hehehe~

    • Ogos 2, 2009 at 10:24 pm | #2

      mmg ye ada rugi.. tapi takkan la sampai 200 juta.. bukan xda sale langsung kat jalan TAR tu..

  2. Ogos 2, 2009 at 11:04 pm | #3

    200 juta tu hari sabtu je bro…… + hari ahad mau 500 juta…..
    hmmmm….. RM ke Yen?

    RM 200 juta boleh makan tengah hari + ais kosong 44,444,444 kali oooo….

    • Ogos 3, 2009 at 12:23 am | #4

      betul2.. hari raya mau 1 bilion.. rupiah.. haha..

      Hmm, kalau makan big mac, boleh 20 juta kali oooo… haha..

  3. E
    Ogos 2, 2009 at 11:26 pm | #5

    berdemo buat penat jek.kerajaan bukan boleh runtuh!!!silap2 kena tangkap.200 juta banyak tuh..

    • Ogos 3, 2009 at 12:30 am | #6

      nak mansuh ISA.. kene tangkap, masuk ISA.. yang sokong, yang bangkang.. baik duduk rumah, tgk spongebob.. hehe..

  4. Ogos 3, 2009 at 12:38 am | #8

    ade logik ade xlogiknye benda berjuta2 ni..kerugian 2 boleh dikira dari bermacam aspek..termasuk harta benda@asset kat kawasan 2..bukan keuntungan peniaga je :)

    ayat last 2 sangat aku sokong :)

    tapi tajuk 2 mcm nak bagi hit percuma je kat blog ni :) hehehehe

    • Ogos 3, 2009 at 1:05 am | #9

      Mmg la, tapi tak ada pulak la banggunan terbakar, kereta terbakar mcm kat luar negara.. cuma dalam berita semalam yang pecah tong air je.. tu pon dengar cerita (dari saksi kejadian), yang pecah tu sebab gas pemedih mata tu masuk dalam tu.. hehehehehe.. sapa yang baling ek?

      so, kerugian tu, adalah mainly dari penjualan la.. huhu.. (pada firasat aku la bro)..

      ermm… aku pun sokong apa yang ko sokong..

      err… hit percuma? hehe.. dh 138k bro.. cukup la kot.. nak 200juta hit ke? haha..

  5. shafifah
    Ogos 3, 2009 at 3:52 pm | #10
  6. Ogos 3, 2009 at 9:48 pm | #12

    ya…setuju dengan BS. RM dua juta tu tersangatlah banyak. kalau dibahagi dua BS dgn Q masih tak abis makan. jadi marilah keramai-ramai berniaga di depan masjid jamek. hahaha…

  7. Ogos 3, 2009 at 9:53 pm | #17

    adoi..nyusahkan ler demonstrasi nie..nak naek lrt dri masjed jamek pon x bley..kena pergi kl sentral lak nek ktm..dah ler x tau sgt area kl nie..nasib baik ada kawan b’pngalaman tunjukkan arah…

  8. Ogos 4, 2009 at 11:35 am | #23

    suma salah…haha..pergi klcc,balik turun kl sentral sbb x ley turun masjid jamek..pas2 nek ktm pergi salak selatan kot..pas2 nek lrt gi BTAR…

  1. No trackbacks yet.