Rumah > Ilmu, Kesihatan, Renungan > Lidah: lembut tapi tajam

Lidah: lembut tapi tajam

Lidah: menurut Kamus Dewan

Bahagian di dalam mulut yang boleh digerak-gerakkan (digunakan sebagai alat untuk merasa, bercakap, menjilat dll)

Lidah: anatomi

Pada lidah terdapat tunas-tunas rasa. Spesifiknya pada hujung lidah terdapat tunas rasa manis , hujung kanan dan kiri lidah terdapat tunas rasa masin, kanan dan kiri lidah terdapat tunas rasa masam, pangkal lidah terdapat tunas rasa pahit manakala di tengah-tengah lidah terdapat tunas lidah yang agak umum.

Lidah: kekuatan

Secara fizikal: hampir tiada penyakit yang dapat menjangkiti lidah. Tiada tulang yang menyokong lidah kecuali pada pangkal lidah.

Secara bukan fizikal: lidah mampu menguris hati melalui kata-kata dan perlakuannya.

Lidah: kelemahan

tidak mampu bertahan sekiranya terkena air@makanan panas. Tunas rasa tidak berfungsi secara baik sekiranya berada dalam keadaan selsema.

Lidah: nasib

Menurut cerita yang telah didengar ketika zaman sekolah dulu. Semasa kita dipertimbang pada alam akhirat, mulut kena tutup tidak boleh berkata-kata. Maka secara langsungnya lidah tidak berfungsi lagi.

Setelah mengamati hujah-hujan(macam la hujah yang berbukti) ^_^ dapat aku simpulkan lidah terutama lidah manusia ni amat hebat kerana tanpa lidah kita tak mampu berkata-kata secara sempurna. Kita boleh lihat anak-anak kecil yang masih tidak dapat menggunakan lidah dengan betul akan pelat berkata-kata. Lidah juga penting untuk merasa makanan yang kita makan. Kalau tak dapat merasa makanan kita mungkin hilang selera. Namun kita harus ingat “yang manis tak selalunya baik, yang pahit tidak selalunya jahat” maka makan tu kena selalu beringat, jangan fikir sedap je kita nak makan, sekali-sekala yang tak sedap tu baik jugak untuk diri kita. Lidah juga hampir kalis penyakit (setakat pandangan aku la, kalau ade hujah yang terbukti sila betulkan ya ^_^) kita boleh lihat pada perokok, gigi mereka boleh rosok, gusi mereka boleh bernanah namun lidah mampu bertahan dari kedahsyatan asap rokok tu. Aku rasa cukup la ulasan aku.

p/s: sori kepada owner gambar, aku gne xcakap die ^_^

***sekian***

Categories: Ilmu, Kesihatan, Renungan
  1. rean
    Oktober 25, 2009 at 10:30 pm | #1

    lidah rean xbleh wat gulung2 la..hehehe :P

  2. rean
    Oktober 25, 2009 at 11:45 pm | #3

    hehehe..lidah pun kena bedung ye..xtau plak rean.. :)
    lidah faiq tu leh gulung x? hehe

  3. Oktober 26, 2009 at 12:03 am | #4

    @rean: xtau ke..kesian2..hehehe..lidah faiq ke..tnye la die..jgn tnye avatar..

  4. Oktober 26, 2009 at 9:25 am | #5

    “lidah mampu menguris hati melalui kata-kata”

    betul lah tu.

    • Oktober 26, 2009 at 1:15 pm | #6

      jadi berhati2 la semasa berkata2..bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur..terlajak bahasa buruk padahnye..hehehehe..

      • Oktober 26, 2009 at 1:17 pm | #7

        hahaha, tapi betul la.

        sekali org terguris dgn kata2 kita, selamanya ia berparut di hati.

        • Oktober 26, 2009 at 4:44 pm | #8

          100% agree..hehehe..mak kata “kerna pulut santan binasa, kerna mulut badan merasa”..hehehehe

          • Oktober 26, 2009 at 4:53 pm | #9

            sebab tu la mungkin, ramai org diseksa di neraka hanya kerana kelancangan mulutnya.

            lidah terlebih tajam, barangkali.

  5. khayaruddin
    Oktober 26, 2009 at 9:52 am | #10

    sekiranya dapat diperhalusi lagi perkaitan makanan dan tunas rasa pada lidah lagi baik dan jitu fakta ini

    • Oktober 26, 2009 at 1:16 pm | #11

      cadangan yg baik namun penulisan ini hanya luahan idea..sekadar bacaan ringan..fakta boleh di cari dari tempat lain..terima kasih.. :)

  6. Oktober 26, 2009 at 2:07 pm | #12

    huh..gne bahasa halus lg berseni..mesti kakak2 ngan abng2 nie bm dpt A1…

  1. No trackbacks yet.