Assalamualaikum semua…
Pertamanya, saya ingin memohon kemaafan daripada MR BS dan Avatarang kerana sudah lama sangat menyepi …Kini saya sudah kembali…
Maaf juga kepada pembaca kerana lama menyepi tanpa post2 yang terbaru. Maaf, maaf dan maaf. Maaf kerana saya terlebih bagi tumpuan untuk blog kelab yang saya sertai iaitu Kelab Asy-Syakirin sehinggakan terlupa tugas saya disini.
Terima kasih kepada Avatarang dan MR BS yang masih tidak berputus asa untuk menghidupkan blog ini. Abang-abang sekalian, adikmu dah kembali dari tidur yang amat panjang hehe…
Perkembangan terbaru? Hurm ,nantikan kemunculan album single terbaru saya yang berjudul bunga yang layu kembang semula….haha, macam artis ja. Percaya? Sorang-sorang kena kelentong. Suara saya nie x der la sedap macam Siti Nurhaliza tue, cukuplah buat album dalam bilik ja. Alhamdulillah, berjaya melepasi tahap pra ijazah dan kini sudah hamper ke penghujung semester 1 ijazah perguruan. Menjawab soalan Avatarang dalam postnya tempoh hari, saya masih bergerak secara solo lagi..hehe.
Akhir sekali kepada peminat a.k.a stalker bilik sebelah, nantikan post saya yang seterusnya…
wah….adik sorg ni da semakin besar ye…da hbs pra pn…tp bdan tu je akak tgk x besar…makan byk sikit ye cyg….hehe ^_^
Tahniah dik… Bak orang kata, belajar kat maktab ni senang je.. “kalau lembu masuk pun, boleh lulus…” tu yg senior dulu2 MPTKL yang ckp.. hehehe..
Ape pun, belajar sungguh2.. spy xmenyesal nanti.. dapatkan yang tertinggi k.. i always pray for u both, my brother and sister.. (“,)
semoga blog ni sentiasa segar….