Arkib

Arkib Pengarang

Makanan Pantas

November 15, 2009 avataraang 18 comments

Salam kepada semua pengunjung biliksebelah.wp. Terima kasih kerna masih melawat blog kami walaupun dah lama blog ni tak di update. Aku amik kesempatan sikit nak ucapkan All the best kepada semua murid-murid, pelajar-pelajar atau penuntut-penuntut IPTA/IPTS/IPGM dll yang masih menduduki peperiksaan. Teruskan berjuang ^_^ Kepada yang telah bercuti, selamat bercuti. Jangan seronok sangat nanti kena sambung beljar lagi ^_^ Kepada yang bekerja teruskan bekerja dan kepada yang tak tau buat apa teruskan tak buat apa-apa..

Food

Entri hari ni ada kaitan dengan makan. Biasalah..hari-hari pun orang makan. Bezanya apa yang dimakan. Mewah ke, biasa-biasa ke, sedap ke, kurang lazat ke tapi yang pasti kita makan kecuali segelintir manusia yang tak dapat makan disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan ^_^ Read more…

Categories: Semasa

Tabiat lepas makan

Oktober 27, 2009 avataraang 13 comments

Salam sejahtera kepada semua pengunjung biliksebelah.wp.  Bertemu lagi kita dalam entri terbaru biliksebelah.wp. Makan..setiap manusia pasti akan makan untuk kelangsungan hidup. Tak dinafikan makanan merupakan tahap kedua untuk meneruskan survival hidup berbanding air yang lebih penting namun semasa manusia tidak berada dalam situasi survival, makanan@makan menjadi keperluan. Makan itu sendiri sudah menjadi habit@tabiat dalam kehidupan.sedar atau tidak selepas makan juga ada tabiat-tabiat@kebiasaan yang manusia-manusia sering lakukan. Antara kebiasaan tersebut merokok. Merokok menjadi kebiasaan kepada perokok-perokok selepas mereka makan. Kata perokok-perokok tegar ni, kalau lepas makan tak dapat ’sepam dua’ rasa makan tu macam tak kenyang je. Betul ke? (tanya ku pada diri sendiri). Entah la, macam tak de effect apa-apa pun sebenarnya ^_^ Pendapat daripada seorang ex-smoker macam aku ni mungkin tak dapat diterima oleh para jemaah perokok sekalian. it’s up to you. Sebenarnya tabiat merokok lepas makan merupakan satu rangsangan untuk terus merokok kerana menurut Thorndike (kalau tak silap) makan menjadi stimuli kepada perokok, responnya perokok akan merokok setelah makan. opss..terlari isi karangan pula. Aku bukan nak mengulas pasal rokok sebenarnya. Read more…

Categories: Ilmu, Kesihatan

Lidah: lembut tapi tajam

Oktober 25, 2009 avataraang 17 comments

Lidah: menurut Kamus Dewan

Bahagian di dalam mulut yang boleh digerak-gerakkan (digunakan sebagai alat untuk merasa, bercakap, menjilat dll)

Lidah: anatomi

Pada lidah terdapat tunas-tunas rasa. Spesifiknya pada hujung lidah terdapat tunas rasa manis , hujung kanan dan kiri lidah terdapat tunas rasa masin, kanan dan kiri lidah terdapat tunas rasa masam, pangkal lidah terdapat tunas rasa pahit manakala di tengah-tengah lidah terdapat tunas lidah yang agak umum. Read more…

Categories: Ilmu, Kesihatan, Renungan

avataraang kena tag oleh En. Bilik Sebelah

September 28, 2009 avataraang 14 comments

Firstly, thanks bro becuase giving me oppurtunity to answer this tag ^_^ Best juga sekali2 (jangan selalu2 la) jawab bendaalah tag ni. Tak nak cite panjangnak terus jawab je soalan-soalan terjah ni. Layan………^_^

1. Apakah yang anda lakukan 30 minit yang lalu?

Berenang atas katil

2. 2 jam yang lalu?

Tulis entri baru kat biliksebalah.wp + on9 setelah sekian lama xdapat on9 + tapi semua tu tergendala sebab tiba2 ^aVatAr^@ my PC shutdown sebab letrik putus

3. Minggu lepas?

Bercuti kat rumah + jumpe orang tersayang + jumpe kawan2 + balik kampung + beraya rumah sedara-mara, sahabt- handai + bersiar-siar

4. Tiga lagu yang anda boleh dengar berulang kali?

Sikitnya nak pilih, aku suka dengar semua lagu = cleopatra stratan-Zunea zunea, Sg Wannabe-lalala,Pesawat-Excuse Me

5. 3 binatang yang anda tidak suka?

Aku ingat bintang tadi, binatang rupenye = anjing + babi Read more…

Categories: Pengarang

keHILANGan

September 28, 2009 avataraang 19 comments

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pengunjung biliksebelah.wp amnya dan kepada bro Bilik Sebelah dan sis Zahra. Pertamanya aku nak memanjatkan kesyukuran keran setelah sekian lama aku ‘berjaya’ juga menulis entri baru dalam blog ni. Keduanya aku mengambil kesempatan ni memohon ampun dan maaf sepanjang aku menjadi penulis di blog ni, mana tau kalau-kalau ada hasil penulisan aku tu menyebabkan orang terasa hati. Aku ni manusia biasa tidak maksum, dan tidak terlepas melakukan kesalahan ^_^ Ingin juga aku ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat yang menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan jangan lupa puasa enam walaupun kita dalam suasana kegembiraan berhari raya ^_^ Read more…

Categories: Pengarang, Semasa

Untung & Rugi

Ogos 9, 2009 avataraang 15 comments

Cerita ini adalah benar dari mulut pensyarah aku sendiri namun telah diubahsuai sedikit untuk menutup beberapa perkara penting. Kepada yang terasa, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf ^_^

Read more…

Ringgit+Malaysia

Julai 27, 2009 avataraang 18 comments

Pada suatu masa yang tak pasti tarikhnya

Dalam sebuah kota, tinggal seorang hartawan yang juga bangsawan. Beliau juga berdarah pahlawan setanding Rentap di Sarawak, Tok Janggut di Kelantan dan Dato Maharajalela di Pasir Salak ^_^ Walaupun sewaktu ceritera ini ditulis beliau sudah tidak berlawan dengan musuh lagi kerana negara sudah hampir merdeka, beliau merupakan pejuang yang hebat. Nama beliau Orang Kaya Sri Banang(OKSB). Disebabkan kota yang beliau diami sudah hampir aman dan tenteram, kegiatan ekonomi boleh dijalankan dengan baik dan perniagaan yang diceburi oleh OKSB sangat maju dan berjaya. Pada masa ni sistem barter masih lagi digunakan namun telah berevolusi, tidak lagi hanya barang dengan barang, tetapi sistem barter menggunakan hirisan-hirisan dan ketulan-ketulan perak dan emas sudah dijalankan. OKSB ni ade la satu habit suka gigit perak dan emas yang beliau bawa. Tujuan beliau nak pastikan keaslian perak dan emas tu. Sampaikan orang-orang yang berurusan dengan belaiu menggelarkan ‘orang kaya sering gigit’ ^_^ Pada suatu beliau tertinggal perak dan emas beliau semasa berurusan, hasilnya beliau telah menulis pada kertas untuk menggantikan perak dan emas tadi. Disebabkan penggunakan kertas ni praktikal, orang-orang yang berurusan dengannya boleh terima penggunaannya. Pada kertas tu terdapat gambar beliau dan nilai kertas itu. Orang-orang mula panggil kertas tu dengan kertas orang kaya sering gigit. Lama kelamaan orang dah letih panggil panjang-panjang sampai tinggal bunyinye kertas orangkayaseringgigit. Jadinya kertas tu pun jadi kertas ringgit dan telah menjadi mata wang ^_^ Read more…

Categories: Ilmu

Sugus…bukan gula-gula

Julai 21, 2009 avataraang 18 comments

Satu petang di dalam tren…

sugus atau gula-gula

sugus atau gula-gula

Keadaan tak la begitu sesak namun cukup ramai untuk sebuah coach tren.  Sedang kepala meliar memikirkan benda-benda yang tak de faedah, perhatian tertarik pada sepasang suami isteri dan seorang anaknya. Mana taknye cahaya mata pasangan tu cukup comel , cukup semangat ^_^ Kelihatan si ibu memberikan sesuatu pada anak tadi. Anak tadi makan dengan gembira. Selang beberapa saat/minit, si anak meminta lagi pada si ibu. Makan la si anak pemberian ibunya tadi dengan hati girang ^_^ Selang beberapa minit kemudian, si anak meminta lagi si ibu. Kali ni si ibu terus memberi berserta satu pesanan “lepas ni cukup, tak boleh makan gula-gula lagi” ^_^ Terdetik di hati sedapnya adik tu makan gula-gula sampai minta berkali-kali. Dalam usaha si ibu tak nak bagi gula-gula pada si anak, si ibu menyimpan gula-gula dalam beg tangannya. Dengan licik si anak amik gula-gula dari beg tangan ibunya. Pasti si ibu perasan tindakan itu namun si ibu membiarkannya. Budak-budak kalau dah suka tak boleh nak halang ^_^ Gula-gula pertama yang di amik dapat dibuka dengan mudah. Namun ’sepandai-pandai tupai melompat, pasti tupai melintas jalan juga jatuh ke tanah jua’, gula-gula seteruanya sukar dibuka si anak. Dengan pintarnya, si anak meminta bantuan si bapa namun tidak diendahkan si bapa. Kepintaran si anak berganda apabila dia meminta pula bantuan si ibu mebuka gula-gula tadi. Kerana kasihnya ibu, tak sampai hati menolak permintaan si anak. si ibu membuka juga gula-gula itu dengan satu lagi pesanan “yang ni yang terakhir, tak boleh mintak lagi gula-gula nnt gigi rosak’. Dengan impromtu si anak membalas ‘ni sugus, bukan gula-gula ^_^ ooh..tergelak kecil mendengar balasan si anak pada pesanan ibunya ^_^ (courtesy: atahari, rumate avataraang)

Read more…

Categories: Merapu Post

Tahniah…Teruskan ber’guru’

Julai 13, 2009 avataraang 42 comments

Salam Sejahtera kepada semua pengunjung bilikseblah.wp.

Pertamanya aku ingin mendoakan semuga semua pengunjung biliksebelah.wp sihat walafiat di samping orang yang tersayang. Hari ni tiada apa yang serius ingin aku tulis, isu perompak yang masuk ke dalam bilik kami pun dah reda. Entri terhangat kami pun kian sejuk dan mula disimpan dan tersimpan di dalam almari.

Hari ni tanggal 13 Julai 2009, berdaftar la freshie-freshie di kampus aku. Di kesempatan ni aku nak ucapkan tahniah kepada semua yang terpilih masuk ke IPGM umumnya dan khususnya kepada pengunjung biliksebelah.wp yang berjaya masuk IPGM antaranya Kamal, Qmall, Zahra, Ardilla dll. Aku ingin nyatakan di sini pengembaraan ke alam perguruan anda baru sahaja bermula. Panjang lagi suka duka yang bakal kamu semua tempuhi. Dalam masa seminggu ni, mereka semua masih dah tempoh orentasi atau nama lembut yang IPGM aku guna Minggu Penggurusan Pelajar Baru (MPPB). Makanya aku pasti mereka tak mungkin dapat online untuk membaca entri ini dan memberi komen ^_^.

Read more…

Seliparku dikakimu…

Julai 5, 2009 avataraang 8 comments

Qasim seorg pemuda yang hanya bekerja kampung. Dia sering ke rumah Pak Leh kerna Pak Leh sering mengupah dia membersihkan kebun dan bermacam2 kerja lagi. 2 cuma satu sebab Qasim serng bertandang ke rumah Pak Leh, pada hakikatnya Pak Leh mempunyai seorg anak gadis yang cukup cantik. Kalau kat kampung, dia lah gadis yang disebut2 setiap pemuda ^_^ Setiap kali ke rumah Pak Leh, Qasim tidak melepaskan peluang mencuri2 pandang anak Pak Leh yang bernama Milah 2. Qasim sering berangan2 alangkah seronoknya dapat bersenda gurau dengan Milah, kalau tak dapat bersenda gurau pun dapat pegang tangan Milah untuk sekali pun cukup la. Pada suatu hari sebelum Qasim pergi ke kebun bersama Pak Leh untuk melalukan kerja2 yang perlu dilakukan, datang satu idea jahat dalam kepala Qasim. Sebelum itu, Qasim terlihat Milah keluar dari rumah untuk menyidai kain di luar rumah. Semasa Qasim dan Pak Leh baru je nak kuar rumah, Qasim berkata “Erm..Pak Leh, Milah dah pakai selipar aku la. Jap ye aku nak amik selipar 2 kat Milah”. Pak Leh membalas ringkas “aaa..yo la”. Qasim dengan tak sabar terus bergerak menemui Milah di ampaian dan serta merta memegang tangan Milah sebelah kiri ^_^ Milah berteriak “apa ni Qasim”. Dengan jahat Qasim membalas, “Pak Leh suruh la ^_^, kalau tak caye aku boleh tanya” lantas Qasim menjerit “Pak Leh, Milah tak nak bagi!!”. Pak Leh membalas “Milah, bagi jo la”. Qasim tersenyum jahat ^_^ Qasim meminta sebelah lagi tangan Milah, tapi Milah melawan lantas Qasim menjerit lagi “Pak Leh, Milah tak nak bagi dua2!!”. Pak Leh “Milah, jangan main2, bagi jo la duo2. Nak cepat gi kebun ni ha…!!” Dengan pasrah Milah menghulurkan kedua2 belah tangannya pada Qasim. Untung Qasim dapat pegang tangan Milah. Idea bernas Qasim mintak selipar kat Milah membolehkan dia memegang tangan Milah yang cantik tadi. Sebenarnya Milah tak pakai pun selipar Qasim, pandai je dia buat2 cerita nak amik kesempatan kat Milah. UNTUNG QASIM…^_^ (ceritera ini hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan orang yang hidup atau mati) Read more…

Categories: Ilmu, Merapu Post