di suatu malam yang indah,ku termenung sendiri melayani perutku yang tak berhenti2 berbunyi menandakan masa untuk makan sudah kembali…niat utk ke cafe terbantut kerana hari weekend sudah menjadi kebiasaan untuknya ditutup…maka ligatlah jariku menekan telefon bimbit untuk menghubungi rakan2 ku .ku bertanyakan mereka sama ada mereka mahu keluar makan atau tidak.sememangnya niatku dihati mahu meminta mereka membelikan aku sesuatu utk dimakan…namun,setelah agak2 seringgit kreditku habis menelefon mereka,jawapan yang ku terima dari mereka adalah hampa…ish,perut lapar tp aku malas nak kuar pulak…nak makan maggi?ish2,x baik jika dimakan setiap hari…
nampaknya aku harus berusaha sendiri…go2 chaiyok…mari pergi tempat yang famous sekali dekat IPT nie…maka setelah bermesyuarat dgn rakan2 yang turut mengalami situasi seperti aku,maka Vellodroom menjadi destinasi untuk kami menggemukkan diri..huhu..
disana,setelah sepinggan nasi goreng cina ditambah dgn telur separuh masak telah kuhabisi..rakan2 ku yang bagaikan monster2 kelaparan turut menghabisi makanan mereka..tiba2 datanglah seorang lelaki bertongkat yang dipapah oleh seorang ‘WANITA MUDA’ menghampiri kami…
“dik,minta sedekah dik”kata lelaki itu..
aku yang sedang khusyk melayani telefon bimbit terus menoleh kepada lelaki itu…sedihnya tatkala melihat salah satu nikmat yang diberi Allah S.A.W. telah ditarik darinya…lelaki tersebut adalah buta… dan lepas tue….urm x payah la cerita apa yang berlaku..
diceritakan oleh rakan saya…
sebenarnya apa yang saya nak sampaikan disini ialah mengenai sedekah..seperti situasi diatas,rakan saya tahu bahawa lelaki buta itu dari satu sindiket meminta sedekah.kenapa saya berkata begitu..pointnya disini ialah lelaki itu dipapah oleh seorang ‘WANITA MUDA’ .jika wanita itu muda,masih ada tenaga untuk bekerja,mengapa disuruhnya lelaki buta itu meminta sedekah…nanti hasil dari sedekah itu akan sampai juga ke perut ‘WANITA MUDA’ itu.lagi satu,mereka datang kesini menaiki van yang dipandu oleh seorang lelaki…itu kan sindiket namanya.. .namun apa yang saya hendak tegaskan disini,x kisah ler peminta sedekah itu dari sindiket atau tidak,.kita ditipu atau tidak,yang penting pahala kita bersedekah sudah sampai kepada Allah S.W.T..mengenai ‘WANITA MUDA’itu pula,biarlah…itu urusan dia dengan Allah S.W.T
kesimpulannya,saya nak mengajak pembaca2 sekalian bersedekah… bersedekahlah selagi kita mampu
Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya. Sesungguhnya sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan”.
dan note untuk sindiket2 diluar sana, kami tidak lokek untuk menghulurkan sedikit wang dari rezeki yang Allah berikan kepada kami,. Jangan jadikan kemurahan kami untuk anda mengaut keuntungan . Jangan ajar orang2 kurang upaya ini meminta sedekah. Carilah wang sendiri.kasihanlah pada mereka yang kurang upaya ini..kasihanlah..
Komen terbaru