Arkib

Archive for the ‘1’ Category

Apa itu cinta?

Disember 19, 2009 zahra 9 comments

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.


Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.


__________________
LoVE iS THe oNLy FrEedOm In tHe WOrLd bEcAUse IT sO EleVAtEs tHe SPiRit tHAt ThE LawS OF HuMaNIty AnD tHe PHeNomeNA oF naTUre DO NoT aLtEr itS CoUrSE.

copy from  http://www.sepaku.net/sepaku-cinta/4377-pengertian-c-i-n-t.html

Categories: 1

Anda semua dijemput…

Oktober 23, 2009 zahra 11 comments

Jemput apa ek? hehe..sbnarnya persatuan saya diminta utk uruskan promosi untuk Malam kebudayaan di ipgm kami,so saya wat promosi dlm blog nie yer(maaf ahli bilik sebelah sekalian sbb wat promosi kat sini)…
sesiapa yg bergelar warga ipgm kampus pendidikan teknik, meh laa ramai2 turun menyaksikan malam kebudayaan tersebut

apa yg akan anda dpt?

1.hiburan
2.surprise..salah seorang ahli bilik sebelah akan menjadi pengacara majlis tersebut

3.urm.x tau nak tambah apa lg

kalau nak tahu kehebatan majlis tersebut,ramai2 ler dtg…urm mr.bs pon kalu sempat dtg yer…avataraang tntu ley dtg nyer kan..hehe

p/s: dtg jgn x dtg..

Categories: 1

tolong saya..bunian.

Oktober 12, 2009 zahra 7 comments

hi_02.1 sebenarnya,saya tgh dlm proses mereka cerpen.cerpen yang ditulis ada skit berkaitan dgn bunian.Maklumat tentang makhluk ini agak kabur..jadi sesiapa yang tahu apa2 mengenai bunian,tolong kongsi ilmu yang ada yer

Categories: 1

beraya tanpa yang tersayang

September 10, 2009 zahra 8 comments

kubur1

Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup………

Mengalir air mata tatkala lagu ini diamainkan…

sudah  genap dua tahun atuk pergi meninggalkanku…

kepergiannya  tanpa diduga tatkala diriku masih belum bersedia menghadapi kematiannya…

kini,tiada sudah kasih sayang darinya…

tiada lagi extra duit raya darinya…

tiada lagi baju baru darinya..

tiada lagi kucupan mesra tatkala aidilfitri tiba…

tiada lagi…segalanya

ku berdoa,

semoga Allah yang esa mencucuri rohnya…

semoga rohnya berada dikalangan yang terpilih…

atukku,

Selamat Hari Raya….

p/s: nak wat entri sedih sikit…jom kongsi pengalaman beraya tanpa orang yang tersayang..

Categories: 1

Lupa – Selamat Ulang Tahun Yang Kedua…

Mei 12, 2009 avataraang 25 comments

Lebih kurang pukul 8. Yahoo Messenger tiba-tiba memunculkan diri. Dialog terpapar seperti ini:

Khai: bro aku lupe dah dua tahun blog ni.

Avataraang: aku pun same..hahaha..semalam baru teringat.

Khai: hahaha..cantik theme.

Avataraang: baru tukar semalam.

Khai: aku ske image kat atas 2..

Avataraang: image ape?

Khai: image 2 tahun 2 penulis 1 blog 2..

Avataraang: hehehe..thankz.

Khai: ok la, out dulu..nak wat rp (rancangan pengajaran)

Avataraang: ok selamat berpraktikum.

2 TAHUN 2 PENULIS 1 BLOG

Itulah lebih kurang apa yang sempat aku bualkan bersama Khai. Apa yang ingin disampaikan adalah lupanya kami terhadap ulang blog yang tercinta ini. Untuk pengetahuan pengunjung-pengunjung, blog ini telah menyambut ulang tahunnya pada 24 April. Sekarang dah 12 Mei. aku baru teringat semalam, 11 mei. Maknanya dah hampir 2 minggu kami terlupa akan hari penting ini. Maafkan kami biliksebelah.wp, kami bukan melupakan kamu tapi kami amat terlupa.

Dalam 2 tahun kami bergerak dalam blog ni, berbagai suka-duka kami telah tempoh. Kenangan terindah yang tidak sama sekali aku lupakan yang berpunca daripada blog ni juga adalah perjumpakan aku(avataraang), Khai dan Ixora(pemilik blog fly over me) yang juga diiringi 2 orang teman lagi. Aku rasa setalah sekian lama aku berjinak-jinak dengan dunia maya ini, bermula dengan MIRC seterusnya ke blog telah ramai aku bertemu kawan-kawan maya. Namun perjumpaan antara aku, Khai dan Ixora adalah kali pertama melibat rakan maya. Terima kasih biliksebelah.wp. kami (avataraang dan Khai) amat mencintai mu..^_^

***sekian***

Categories: 1, Pengarang, Semasa

Study – Exam – Holiday

November 2, 2008 avataraang 18 comments

Salam..
Bertemu lagi kita dalam entri terkini biliksebelah.wp. Apa khabar anda semua? sihat? diharapkannya begitu lah. Aduyai skema la pula ayat aku ni ^_^. Aku bukan apa, saje nak tanya khabar pengunjung-pengunjung. Rasanya nilah kali pertama aku tanya soalan tu. Hehehehehe ^_^

exam

Sebagaimana yang kita sedia maklum, hujung-hujung penggal@semester ni para pelajar mula masuk ke zon peperiksaan. Masa bulan September, adik-adik kita telah pun selesai menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). UPSR merupakan satu peperiksaan pertama bagi menentukan kedudukan murid-murid. Lepas UPSR, Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan kemudian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Read more…

Categories: 1 Label:,

Sunyi & …

November 1, 2008 avataraang 9 comments

Salam…
Kepada semua pengunjung biliksebelah.wp aku ucapkan terima kasih kerana tetap sudi berkunjung di sini. Aku berterima kasih dengan sokongan yang anda semua telah berikan untuk blog ini walaupun kami sudah lama tidak megemaskini blog ini.

sunyi

Berpadanan dengan apa yang terjadi dengan blog ni, aku memilih tajuk Sunyi & …. bagi entri kali ini. Sunyi sungguh blog ni kebelakangan ini. Sepi betul blog ni daripada tulisan@entri baru. Aku amat menghargai pengunjung yang datang menjenguk blog kami ni dan membaca entri-entri lama yang telah kami tulis.

Read more…

Categories: 1 Label:, ,