Arkib

Archive for the ‘Budaya’ Category

Pendedahan yang terdedah??

Mac 12, 2009 avataraang 20 comments

Salam sejahtera diucapkan kepada pengunjung biliksebelah.wp. Semoga kalian dalam keadaan yang paling superb hendaknya ^_^ Hari ini aku nak mendedah sesuatu yang lanjur (aku harap jangan tertangkap sudah la..hehehe). Apa yang terlanjur tu. Jom bersama-sama aku untuk merungkai apa yang ingin aku dedahkan ^_^

exposed

Read more…

Categories: Budaya, Ilmu

Mercun, Hari Raya & Cedera

Oktober 6, 2007 avataraang 8 comments

Hmm..hari raya bakal menjelama tidak lama lagi..diucapkan buat sekian kalinya kepada pengunjung Bilik Sebelah “Selamat Hari Raya” dan puasa yang tinggal beberapa hari ni habiskan la, jangan ditinggalkan pula.. ^_^ kemeriahan hari raya semakin terasa, kalau kat rumah, suri-suri rumah dah rancak membuat kuih raya, mengemas rumah dan lain-lain persiapan bagi menyambut ketibaan syawal..

 selamat hari raya Read more…

Categories: Budaya, Kesihatan, Semasa

Usop Sontorian, anak jati Johor

September 15, 2007 En. Bilik Sebelah 38 comments

Hmm,Usop Sontorian, aku pasti dan pasti sesangat sebilangan besar korang sume pernah tengok siri animasi pertama buatan Malaysia iaitu Usop Sontorian. Masa kecik2 dulu aku minat giler cerita ni. Yela, budak2.. Ni dah besar pun masih lagi minat dan berharap la sangat2 yang Usop Sontorian and the geng kembali mengegar di peti televisyen seluruh Malaya. Dari asyik tengok Sponge Bob je kan, baik tengok Usop Sontorian.

Untuk pengetahuan anda bagi yang tak tahu, siri animasi Anak-Anak Sidek dah pun ditayangkan semula. So, jangan lepaskan peluang anda ya! (Nanti aku check siaran TV mana, hari apa dan pukul berapa ya!)

Menurut apa yang terkandung dalam wikipedia.malaysia:

Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang dan diterbitkan oleh MOY Publications Sdn Bhd.

Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli belacan asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet yang bernama Selebet.

Dan, khas buat korang sume, dari youtube.com, saya menyediakan, satu-satunya cerita Usop Sontorian yang dapat diselamatkan. Tengok la. Lepaskan rindu anda. Sokong industri animasi Malaysia! (apa yang aku merapu ni..? hehe)

Jangan marah, video ni tak habis.. Ape pun, aku harap korang enjoy..

Categories: Budaya, Khas, Video

Mari Poco – Poco

UPDATE PANAS!: Poco-poco dan Salib?

Poco – Poco.. Hmm, ape tu?

Aku pun xtau sangat pasal tarian ni, apa yang aku tau tarian Poco – Poco ini adalah tarian tradisional Indonesia yang berasal dari Manado, Sulawesi.

Tarian Poco – Poco selalu ditarikan sebagai aktiviti riadah dan kebudayaan.

Sebenarnya aku pun baru je mengenali tarian ini semasa aku menjejakkan kaki ke Pangkor 4 hari 3 malam untuk menghadiri program PL. Budak2 Sabahan yang mengajar aku tarian ini.

Memang seronok. Lebih – lebih lagi bila menari ramai2 dalam kumpulan. Sumenya sama. Huh, cantik dan bergaya beb! Masa tu, penat sume hilang. Seronok je. Sebab selain dapat berhibur, aku dapat belajar sesuatu yang baru.

Kalau korang nak tau, tarian ni memang sangat popular. Orang putih dan orang Jepun pun ada yang tahu pasal tarian ni. Tak percaya? Cari kat youtube. hehehehe..

Read more…

Categories: Budaya, Video