Arkib

Archive for the ‘Dakwah’ Category

Pulang Kepada-NYA

September 14, 2009 En. Bilik Sebelah 7 comments

Dulu, kita telah mendengar berita kematian artis – artis popular seperti Micheal Jackson, Yasmin dan Ustaz Asri di kaca-kaca TV. Namun, bagi aku yang tiada kene mengena dengan mereka semua ini, tak lah berasa apa2 pun.

Nak kata sedih, tak.

Nak kata pilu, tak.

Nak kata sebak, tak.

Nak kata kehilangan, tak.

Namun, ALLAH Maha Hebat. Pada akhir Ramadhan ini, aku telah rasakan betapa peritnya rasa sedih itu, bagaimanakan rasa pilu itu, dan sekeras manakah rasa kehilangan itu. Read more…

Categories: Dakwah, Khas, Puasa, Renungan

buta wal fakir

Ogos 11, 2009 zahra 16 comments

fakirmiskindi suatu malam yang indah,ku termenung sendiri melayani perutku yang tak berhenti2 berbunyi menandakan masa untuk makan sudah kembali…niat utk ke cafe terbantut kerana hari weekend sudah menjadi kebiasaan untuknya ditutup…maka ligatlah jariku menekan telefon bimbit untuk menghubungi rakan2 ku .ku bertanyakan mereka sama ada mereka mahu keluar makan atau tidak.sememangnya niatku dihati mahu meminta mereka membelikan aku sesuatu utk dimakan…namun,setelah agak2 seringgit kreditku habis menelefon mereka,jawapan yang ku terima dari mereka adalah hampa…ish,perut lapar tp aku malas nak kuar pulak…nak makan maggi?ish2,x baik jika dimakan setiap hari…

nampaknya aku harus berusaha sendiri…go2 chaiyok…mari pergi tempat yang famous sekali dekat IPT nie…maka setelah bermesyuarat dgn rakan2 yang turut mengalami situasi seperti aku,maka Vellodroom menjadi destinasi untuk kami menggemukkan diri..huhu..

disana,setelah sepinggan nasi goreng cina ditambah dgn telur separuh masak telah kuhabisi..rakan2 ku yang bagaikan monster2 kelaparan turut menghabisi makanan mereka..tiba2 datanglah seorang lelaki bertongkat yang dipapah oleh seorang ‘WANITA MUDA’ menghampiri kami…

“dik,minta sedekah dik”kata lelaki itu..

aku yang sedang khusyk melayani telefon bimbit terus menoleh kepada lelaki itu…sedihnya tatkala melihat salah satu nikmat yang diberi Allah S.A.W. telah ditarik darinya…lelaki tersebut adalah buta… dan lepas tue….urm x payah la cerita apa yang berlaku..

diceritakan oleh rakan saya…

sebenarnya apa yang saya nak sampaikan disini ialah mengenai sedekah..seperti situasi diatas,rakan saya tahu bahawa lelaki buta itu dari satu sindiket meminta sedekah.kenapa saya berkata begitu..pointnya disini ialah lelaki itu dipapah oleh seorang ‘WANITA MUDA’ .jika wanita itu muda,masih ada tenaga untuk bekerja,mengapa disuruhnya lelaki buta itu meminta sedekah…nanti hasil dari sedekah itu akan sampai juga ke perut ‘WANITA MUDA’ itu.lagi satu,mereka datang kesini menaiki van yang dipandu oleh seorang lelaki…itu kan sindiket namanya.. .namun apa yang saya hendak tegaskan disini,x kisah ler peminta sedekah itu dari sindiket atau tidak,.kita ditipu atau tidak,yang penting pahala kita bersedekah sudah sampai kepada  Allah S.W.T..mengenai ‘WANITA MUDA’itu pula,biarlah…itu urusan dia dengan Allah S.W.T

kesimpulannya,saya nak mengajak pembaca2 sekalian bersedekah… bersedekahlah selagi kita mampu

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya. Sesungguhnya sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan”.

dan note untuk sindiket2 diluar sana, kami tidak lokek untuk menghulurkan sedikit wang dari rezeki yang Allah berikan kepada kami,. Jangan jadikan kemurahan kami untuk anda mengaut keuntungan . Jangan ajar orang2 kurang upaya  ini meminta sedekah. Carilah wang sendiri.kasihanlah pada mereka yang kurang upaya ini..kasihanlah..

Categories: Dakwah

Poco-Poco dan Salib?

Februari 21, 2009 En. Bilik Sebelah 39 comments
sekadar hiasan

sekadar hiasan

Korang kenal kan tarian POCO-POCO? Ala, tarian yang datangnya dari Indonesia tu, dan tarian yang popular kalu ada ape2 aktiviti fizikal kat sekolah, camping atau kat majlis2.. dulu, aku ada la jugak buat post tentang poco2 ni.. klik link ni [poco-poco]

Hmm, tarian poco2 memang mengasyikkan.. lagunya best dan rancak.. tariannya pun bagus sebagai senaman.. Tapi, aku pernah terbaca, kat blog mana ntah yang cakap pasal poco2 dan salib ni..

Bila aku fikir2 balik, ada betulnya jugak.. Hmm, kita ke-depan, ke-belakang, ke-kiri dan ke-kanan.. Sume tu akan buat huruf  “+”.. ataupun secara biadapnya, membuat bentuk salib!

Read more…

Categories: Dakwah, Renungan

JIHAD: Boycott Israel!

Januari 11, 2009 En. Bilik Sebelah 5 comments

Freedom For Palestine! Boycott Israel!
Freedom For Palestine! Boycott Israel!

——————————————————————————-

BOYCOTT ISRAEL!
BOYCOTT ISRAEL!

——————————————————————————-

Boycott Israel Campaign
Boycott Israel Campaign

——————————————————————————-

Israel Terror
Israel Terror

——————————————————————————-

BLOG INI MEMBOIKOT SEGALA PRODUK KELUARAN ISRAEL DAN USA!

SELAMATKAN GAZA, SELAMATKAN PALESTIN!

——————————————————————————-

Categories: Dakwah, Khas, Renungan, Semasa

Dah dekat dah…

Oktober 4, 2007 avataraang 10 comments

Hmm…mesti anda-anda semua tahua apa yang aku nak merepek dlm blog ni pada kali ni kan… ^_^ apa yg dah dekat ye..yang pertama mesti lah hari Jumaat, sbb hr ni hari khamis..selain 2 hari minggu pun dah dekat..blh rasanya kalau nak g shopping..sebabnya hari raya pun dah dekat..hehehe..tapi yang aku nak cerita malam ni sebenarnya, ramadhan dan dekat penghujungnya pun..

bulan ramadhan Read more…

Categories: Dakwah, Ilmu, Merapu Post

Ilmu Hitam

September 27, 2007 En. Bilik Sebelah 19 comments

Lilin dalam kegelapan

Pinjam dari: iluvislam.com 

Ilmu Hitam adalah ilmu yang di laknat oleh Allah s.wt. Namun, ilmu ini masih tetap dipelajari dan digunakan oleh kebanyakkan masyarakat di dunia ini termasuklah di negara Malaysia. Walaupun negara itu negara berteknologi, negara kelas pertama mahupun negara yang sudah lama merdeka sekalipun, masih banyak ilmu hitam yang diamalkan oleh penduduk mereka. Malah, orang yang menganggap diri mereka “moden” pun masih lagi percaya tentang ilmu hitam.

Lazimnya, orang yang ingin meminta pertolongan secara salah ini akan berjumpa dengan dukun mahupun bomoh (Degawan dalam Susuk.. Hehe). Mereka percaya, yang dukun dan bomoh ini mempunyai kuasa yang dapat membuatkan hasrat mereka tercapai. Kebanyakkannya kerana niat dan hasrat yang jahat terhadap orang lain seperti dengki dan juga kerana kepentingan diri seperti nak menang judi atau nombor ekor. Read more…

Categories: Dakwah, Ilmu, Khas Label: