Arkib

Archive for the ‘Ilmu’ Category

Tabiat lepas makan

Oktober 27, 2009 avataraang 13 comments

Salam sejahtera kepada semua pengunjung biliksebelah.wp.  Bertemu lagi kita dalam entri terbaru biliksebelah.wp. Makan..setiap manusia pasti akan makan untuk kelangsungan hidup. Tak dinafikan makanan merupakan tahap kedua untuk meneruskan survival hidup berbanding air yang lebih penting namun semasa manusia tidak berada dalam situasi survival, makanan@makan menjadi keperluan. Makan itu sendiri sudah menjadi habit@tabiat dalam kehidupan.sedar atau tidak selepas makan juga ada tabiat-tabiat@kebiasaan yang manusia-manusia sering lakukan. Antara kebiasaan tersebut merokok. Merokok menjadi kebiasaan kepada perokok-perokok selepas mereka makan. Kata perokok-perokok tegar ni, kalau lepas makan tak dapat ’sepam dua’ rasa makan tu macam tak kenyang je. Betul ke? (tanya ku pada diri sendiri). Entah la, macam tak de effect apa-apa pun sebenarnya ^_^ Pendapat daripada seorang ex-smoker macam aku ni mungkin tak dapat diterima oleh para jemaah perokok sekalian. it’s up to you. Sebenarnya tabiat merokok lepas makan merupakan satu rangsangan untuk terus merokok kerana menurut Thorndike (kalau tak silap) makan menjadi stimuli kepada perokok, responnya perokok akan merokok setelah makan. opss..terlari isi karangan pula. Aku bukan nak mengulas pasal rokok sebenarnya. Read more…

Categories: Ilmu, Kesihatan

Lidah: lembut tapi tajam

Oktober 25, 2009 avataraang 13 comments

Lidah: menurut Kamus Dewan

Bahagian di dalam mulut yang boleh digerak-gerakkan (digunakan sebagai alat untuk merasa, bercakap, menjilat dll)

Lidah: anatomi

Pada lidah terdapat tunas-tunas rasa. Spesifiknya pada hujung lidah terdapat tunas rasa manis , hujung kanan dan kiri lidah terdapat tunas rasa masin, kanan dan kiri lidah terdapat tunas rasa masam, pangkal lidah terdapat tunas rasa pahit manakala di tengah-tengah lidah terdapat tunas lidah yang agak umum. Read more…

Categories: Ilmu, Kesihatan, Renungan

Ringgit+Malaysia

Julai 27, 2009 avataraang 18 comments

Pada suatu masa yang tak pasti tarikhnya

Dalam sebuah kota, tinggal seorang hartawan yang juga bangsawan. Beliau juga berdarah pahlawan setanding Rentap di Sarawak, Tok Janggut di Kelantan dan Dato Maharajalela di Pasir Salak ^_^ Walaupun sewaktu ceritera ini ditulis beliau sudah tidak berlawan dengan musuh lagi kerana negara sudah hampir merdeka, beliau merupakan pejuang yang hebat. Nama beliau Orang Kaya Sri Banang(OKSB). Disebabkan kota yang beliau diami sudah hampir aman dan tenteram, kegiatan ekonomi boleh dijalankan dengan baik dan perniagaan yang diceburi oleh OKSB sangat maju dan berjaya. Pada masa ni sistem barter masih lagi digunakan namun telah berevolusi, tidak lagi hanya barang dengan barang, tetapi sistem barter menggunakan hirisan-hirisan dan ketulan-ketulan perak dan emas sudah dijalankan. OKSB ni ade la satu habit suka gigit perak dan emas yang beliau bawa. Tujuan beliau nak pastikan keaslian perak dan emas tu. Sampaikan orang-orang yang berurusan dengan belaiu menggelarkan ‘orang kaya sering gigit’ ^_^ Pada suatu beliau tertinggal perak dan emas beliau semasa berurusan, hasilnya beliau telah menulis pada kertas untuk menggantikan perak dan emas tadi. Disebabkan penggunakan kertas ni praktikal, orang-orang yang berurusan dengannya boleh terima penggunaannya. Pada kertas tu terdapat gambar beliau dan nilai kertas itu. Orang-orang mula panggil kertas tu dengan kertas orang kaya sering gigit. Lama kelamaan orang dah letih panggil panjang-panjang sampai tinggal bunyinye kertas orangkayaseringgigit. Jadinya kertas tu pun jadi kertas ringgit dan telah menjadi mata wang ^_^ Read more…

Categories: Ilmu

Seliparku dikakimu…

Julai 5, 2009 avataraang 8 comments

Qasim seorg pemuda yang hanya bekerja kampung. Dia sering ke rumah Pak Leh kerna Pak Leh sering mengupah dia membersihkan kebun dan bermacam2 kerja lagi. 2 cuma satu sebab Qasim serng bertandang ke rumah Pak Leh, pada hakikatnya Pak Leh mempunyai seorg anak gadis yang cukup cantik. Kalau kat kampung, dia lah gadis yang disebut2 setiap pemuda ^_^ Setiap kali ke rumah Pak Leh, Qasim tidak melepaskan peluang mencuri2 pandang anak Pak Leh yang bernama Milah 2. Qasim sering berangan2 alangkah seronoknya dapat bersenda gurau dengan Milah, kalau tak dapat bersenda gurau pun dapat pegang tangan Milah untuk sekali pun cukup la. Pada suatu hari sebelum Qasim pergi ke kebun bersama Pak Leh untuk melalukan kerja2 yang perlu dilakukan, datang satu idea jahat dalam kepala Qasim. Sebelum itu, Qasim terlihat Milah keluar dari rumah untuk menyidai kain di luar rumah. Semasa Qasim dan Pak Leh baru je nak kuar rumah, Qasim berkata “Erm..Pak Leh, Milah dah pakai selipar aku la. Jap ye aku nak amik selipar 2 kat Milah”. Pak Leh membalas ringkas “aaa..yo la”. Qasim dengan tak sabar terus bergerak menemui Milah di ampaian dan serta merta memegang tangan Milah sebelah kiri ^_^ Milah berteriak “apa ni Qasim”. Dengan jahat Qasim membalas, “Pak Leh suruh la ^_^, kalau tak caye aku boleh tanya” lantas Qasim menjerit “Pak Leh, Milah tak nak bagi!!”. Pak Leh membalas “Milah, bagi jo la”. Qasim tersenyum jahat ^_^ Qasim meminta sebelah lagi tangan Milah, tapi Milah melawan lantas Qasim menjerit lagi “Pak Leh, Milah tak nak bagi dua2!!”. Pak Leh “Milah, jangan main2, bagi jo la duo2. Nak cepat gi kebun ni ha…!!” Dengan pasrah Milah menghulurkan kedua2 belah tangannya pada Qasim. Untung Qasim dapat pegang tangan Milah. Idea bernas Qasim mintak selipar kat Milah membolehkan dia memegang tangan Milah yang cantik tadi. Sebenarnya Milah tak pakai pun selipar Qasim, pandai je dia buat2 cerita nak amik kesempatan kat Milah. UNTUNG QASIM…^_^ (ceritera ini hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan orang yang hidup atau mati) Read more…

Categories: Ilmu, Merapu Post

Pendedahan yang terdedah??

Mac 12, 2009 avataraang 20 comments

Salam sejahtera diucapkan kepada pengunjung biliksebelah.wp. Semoga kalian dalam keadaan yang paling superb hendaknya ^_^ Hari ini aku nak mendedah sesuatu yang lanjur (aku harap jangan tertangkap sudah la..hehehe). Apa yang terlanjur tu. Jom bersama-sama aku untuk merungkai apa yang ingin aku dedahkan ^_^

exposed

Read more…

Categories: Budaya, Ilmu

Hitam itu BUKAN warna?

Ya.. HITAM itu bukan warna.. Jadi, anda tidak boleh la nak suka2hati sebut, kaler hitam ke.. Warna hitam ke..

Contoh:

“Mak, adik nak beli baju kaler hitam tu!”

“Eh, apa kaler PSP ko.. Kaler PSP aku hitam..”

Itu SALAH!!

Kajian telah dijalankan, dan telah membuktikan bahawa HITAM itu bukan warna.. Tapi, bergantung pada siapa anda tanya la.. Kalau tanya pada artis, mesti dia kata Hitam itu warna..

Ah, nak explain pun aku tak reti.. Nak translate pun payah, high english.. Huhu..

Senang2, korang bace je la kat dua link ni..

[black vs white 1]

[black vs white 2]

Ok? Adiosaaa..

::::—————————-::::

P/S: Happy birthday to ME.. =)

Categories: Ilmu

Birthday Mengikut Kalender Islam

Februari 5, 2009 avataraang 26 comments

kalender

Selamat sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung biliksebelah.wp. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Hari tanggal 5hb Februari 2009 masihi bersamaan 9 Safar 1430 hijrah <— betul ke tarikh aku ni? ^_^ . Agak-agak kalau salah pun mungkin tak menjadi masalah kerana kita lebih gemar menggunakan tarikh kalender masihi berbanding tarikh kalender hijrah. Entri aku kali ni ingin menyentuh sedikit berkaitan kalender Hijrah atau juga dikenali kalender Islam.

Read more…

Categories: Ilmu

Cara Bijak PLAGIAT (Plagiarisme) Tanpa Dikesan!

Januari 15, 2009 En. Bilik Sebelah 29 comments

Anda seorang pelajar? Anda perlu menulis dalam BI, tapi tak ada idea? BI anda lemah tahap cipan? Anda ada jumpa bahan dalam internet, tapi tak tahu mcm mana nak gunakannya secara BIJAK? Anda takut kantoi plagiarisme oleh lecturer anda? Kini saya, ada penyelesaiannya!

Pertama: anda perlulah menginstall Microsoft Word 2003 ataupun lebih advance Microsoft Word 2007.

Read more…

Dekat dan Jauh..

Far Near Hear

Kita semua hidup didunia, sama2 ada 24 jam untuk hidup, sama2 hirup oksigen untuk bernafas, sama2 makan nasi dan sama2 membesar.. Tapi, sekarang aku ada soalan yang cukup mudah untuk korang jawab..

Yang Pertama:
Apakah yang paling DEKAT dengan kita?

Yang Kedua:
Apakah pula yang paling JAUH dengan kita?

Sebelum korang tengok jawapan dibawahnya, baik korang fikir dulu..

Read more…

Categories: Ilmu, Renungan

Semangat kejiranan

November 9, 2007 avataraang 17 comments

Bertemu lagi kita dalam entri kali ni.. ^_^ bersyukur aku tiba-tiba aku mendapat idea untuk menulis setelah mendengar khutbah jumaat tadi.. aku bersyukur juga tadi sebab aku tak tertidur semasa mendengar khutbah, biasanya aku dengar suku khutbah je..tapi hari ni aku dapat memberi sepenuh tumpuan untuk mendengar khutbah jumaat tadi..mungkin sebab aku tak de kelas jadi aku tak berasa ngantuk dan letih ^_^ hmm..berbalik kepada idea yang aku dapat daripada..apa idea yang aku dapat sebenarnya? hehe..

Read more…

Categories: Ilmu, Renungan