Arkib

Archive for the ‘Khas’ Category

Terakhir Kali..

November 27, 2009 En. Bilik Sebelah 13 comments

Assalamualaikum..

Terlalu lama rasanya sudah tak menulis kat blog ni. Mungkin ini adalah saat2 terakhir aku menulis entri, sebab lepas ni tak tahu la aku akan berada di mana..

Tanggal 25 hb November 2009, Rabu, pukul 12.30 pagi, secara rasminya aku telah menghabiskan pelajaran ku di IPGM Kampus Pendidikan Teknik.. Setelah 5 tahun setengah aku berjuang untuk sekeping ijazah, akhirnya aku sudah tamat peperangan ini.. Hehe..

Tapi bila nak tinggalkan rakan2, jadi sedih pulak.. Rasa sayang pada “maktab” tibe2 je ada.. hehe.. Ape pun, akan aku cuba bawak kenangan ni sampai bila2..

Surat lantikan guru DC41 sudah aku dapat, tinggal sekarang, kemanakah aku akan ditempatkan? Aku tak kisah ke mana pun, aku tak kisah walau ke Sabah atau Sarawak.. Sebab sekarang aku percaya yang ALLAH bagi apa yang terbaik untuk aku.. Memang dulu aku berharap sangat dapat Selangor, tapi sekarang aku berserah je..

Harapan aku, walau kat mana pun aku posting, yang penting aku dapat sekolah yang mempunyai rakan guru yang sekepala.. walaupun berbeza umur.. tu yang penting.. Ape pun, aku akan bgtau aku posting mana nanti k..

Erm, akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua terutama kepada Arip, Zahra, Rean, Ixora, dan kawan blogger lain, dan kepada adik2 ku, Arip dan Zahra, Selamat Berjuang dan Selamat Berjaya ok..

Categories: Khas, Pengarang

Check-Lah Saman Anda!

September 25, 2009 En. Bilik Sebelah 3 comments

Sempena Raya ni, sudah pasti banyak OPS2 dan Speed Trap yang dipasang dilebuh-lebuh raya bukan?

Anda pasti suka suki nak balik ke kampung halaman dengan cepat dan pantas.. Kalau setakat 120 km/j – 140 km/j tu kira biasa lah kan? huhu.. So, jika anda bernasib baik, maybe kamera Speed Trap tu tak dapat tangkap no plat kereta anda yang laju itu.. huhu..

Tapi, jika tidak… Aduhai.. (Tepuk dahi anda!)

Selepas Raya ni, adalah baik jika kita check saman kereta kita.. Simple je..

————–xoxo————–

SMS-kan ke:

POLIS<jarak>SAMAN<jarak>NO PLAT KERETA

dan hantar ke:

32728

————–xoxo————–

contoh:

POLIS SAMAN ABC1234

hantar ke 32728

————–xoxo————–

Setiap SMS akan dicharge RM0.50..

Bagi yang naik bas balik kampung tuh, tak payah la nak buang 50 sen check saman bas korang.. hehehe.. Yang naik tren tu pon.. Takkan polis nak saman tren.. hahaha..

P/S: Tak nampak pon kelibat Evo-10 polis menyusur lebuh raya utara selatan.. Slalu nampak kat Cheras.. Tahan kancil.. Aduhai..

Ok, Selamat Puasa 6!

Categories: Khas, Semasa

Selamat Hari Raya versi 1Malaysia

September 17, 2009 En. Bilik Sebelah 6 comments

Kami… Khairuddin (Mr.BS), Arif Anwar (Avatar Aang) dan Zahra dari biliksebelah.wordpress.com ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua pengunjung blog biliksebelah ini.. Kami memohon seribu kemaafan kepada sesiapa yang terasa jika ada entri2 kami yang terlanjur kata..

Semoga Syawal ini, anda dapat bergembira bersama keluarga dan orang yang tercinta dan semoga Ramadhan tahun ini memberi sejuta keberkatan kepada anda semua.. ya?

Mr.BS raya kat KL je raya pertama, raya kedua baru kat Kuala Kangsar, Perak.. raya ke 5 ada di Kedah! hehehe.. Avatar Aang maybe balik Johor kot, dan Zahra musti balik Kedah punya.. Jadi, korang? kemana?

Bagi yang nak balik kampung, hati2 taw.. huhu.. ingat! had kelajuan telah dikurangkan dari 110 km/j kepada 100 km/j sahaja.. awas! Jangan laju2..

Akhir kata, nikmatilah lagu Raya baru dari Raihan dan Hujan.. Read more…

Categories: Khas, Pengarang, Puasa, Semasa

Pulang Kepada-NYA

September 14, 2009 En. Bilik Sebelah 7 comments

Dulu, kita telah mendengar berita kematian artis – artis popular seperti Micheal Jackson, Yasmin dan Ustaz Asri di kaca-kaca TV. Namun, bagi aku yang tiada kene mengena dengan mereka semua ini, tak lah berasa apa2 pun.

Nak kata sedih, tak.

Nak kata pilu, tak.

Nak kata sebak, tak.

Nak kata kehilangan, tak.

Namun, ALLAH Maha Hebat. Pada akhir Ramadhan ini, aku telah rasakan betapa peritnya rasa sedih itu, bagaimanakan rasa pilu itu, dan sekeras manakah rasa kehilangan itu. Read more…

Categories: Dakwah, Khas, Puasa, Renungan

Kau dah tua dah wei!

September 11, 2009 En. Bilik Sebelah 27 comments

Entri ringkas, tapi harapnya penuh bermakna buat tuan empunya diri tuh..

Kepada Avatar Aang,

Kami En.Bilik Sebelah dan Cik Zahra serta semua pengujung ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI

Kami doakan moga kamu: Read more…

Categories: Khas, Pengarang, Semasa

Budget Kawin

Berikut adalah budget sa-orang laki-laki yang ingin berkahwin:

Mas Kawin = RM80.00 (Selangor)

Upah Kadi & Saksi = RM150.00

Duit Hantaran = RM6000.00

Dulang2 Hantaran = RM2000.00

Kad Kawin = RM500.00

Kenduri Makan = RM10000.00 (RM10 x 1000 orang)

Khemah, Meja, Kerusi = RM1500 (RM300 x 5)

Bag Goodies = RM2000.00

Pelamin, Katil = RM3000.00

Mak Andam = RM500.00

Karaoke = RM300.00

Bentara = RM50.00

Juru Gambar = RM300.00

Duit Air Tuan Rumah Basuh Pinggan = RM50.00

Duit Beli Rokok Pak-Cik yang Tolong2 = RM100.00

TOTAL = RM 26480.00 tunai..

——————————-

Read more…

Categories: Khas, Merapu Post

Saya Pun Mahu Jadi Jutawan Juga!

Yea… Pada 10 Ogos hari tu, Olin Safura telah mengistiharkan aku sebagai pemenang Tangga Raya Contest! Wow!

Tak sangka pulak menang, becoz aku ingat saje je main2 masuk contest ni.. haha.. Alhamdulillah, dapat la duit raya RM50 not baru… hehehe… Thanks olin!

Gambar ini lah yang telah aku hantar pada Olin, dengan bantuan google image dan adobe photoshop.. haha..

All Right Reserved (R)

All Right Reserved (R)

Kenapa aku buat design seperti diatas? Read more…

Categories: Khas, Pengarang

Alahai Batu Caves

Bukti menunjukkan bahawa penduduk Batu Caves
sentiasa menyokong pemimpin-pemimpin mereka:

Dulu…

Kemudian….

Uniknya Batu Caves..

—————–

P/S: Saya amat ber”bangga” menjadi penduduk Batu Caves! well well..

Categories: Khas, Semasa

Dan Bila Mungkin Nanti..

A Path to Home

A Path to Home

Assalamualaikum.. Whassup.. Read more…

Categories: Khas, Pengarang

Infomalaya Dalam Kenangan (2006-2009)

Infomalaya

Infomalaya

Kuala Lumpur (31 Julai 2009) – Sebuah laman web terkenal iaitu INFOMALAYA dot com yang diperkenalkan oleh saudara bat (bekas roomate aku tau) pada 3 tahun lalu kini telah pun ditutup. Al-Fatihah. Berita terkejut ini mengejutkan ramai bloggers dan pembaca amnya. Tapi ia mungkin menghappykan lecturer kami jika berita ini tersebar di Institut. Hehe.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari bos INFOMALAYA:

Setelah 3 tahun berada di persada internet, mungkin inilah masa untuk blog ini mengundurkan diri. Terima kasih kepada para penulis yang telah bersusah payah tanpa mengharapkan bayaran dan ucapan terima kasih pun selama mereka berada di sini.

Berkenaan entri awal sebelum ini iaitu sambutan ke-3 InfoMalaya dot com, CUMA ada tiga insan (Abrar, Ahmad Rushdi dan Aman Firdaus) yang menulis tentang blog picisan ini di blog mereka. Terima kasih diucapkan. Terharu jugak bila ada orang yang menghargai apa yang kami buat.

Kepada Azraai, Aryanet, Junaidix, Awqi zar, Affuan, IrfanJani dan MK, maaf dipinta atas tindakan yang terburu-buru ini. Ribuan terima kasih diucapkan kerana sanggup menghulurkan tangan untuk memajukan InfoMalaya. Cuma, buat masa sekarang, eloklah kita tumpukan perhatian pada kerjaya masing-masing dahulu. Sampai satu masa yang sesuai, InsyaAllah kita akan bangun kembali.

Sampai bertemu lagi, InsyaAllah… — Mohd Huzairy aka Bat InfoMalaya

Antara alasan yang dikemukakan oleh beliau dalam interview pendek via YM, ialah: Read more…

Categories: Khas, Semasa