Arkib

Archive for the ‘Merapu Post’ Category

baru…lama…

Jun 29, 2009 avataraang 14 comments

“Pagi yang gelap, kini sudah …” bunyi alarm dr henfon aku. Awal lagi baru kul 6. Sejuk plk tu, tarik selimut jap la. Sambung tido…zZzZzZ

10 minit kemudian…
Alarm bunyi lagi. Kacau btl. Bangun jgk la. Rumate pun dah bangun nak solat subuh. Aku capai tuala, amik alatan yang sesuai nak guna buat mandi.

10 minit kemudian…
d**n. sejuk betul mandi tadi. Pakai-pakai baju terus solat subuh. On ^aVatAr^, on tv card, open mozilla. Layan Facebook, download ape yang patut.

50 minit kemudian..
Siap-siap nak g perhimpunan pagi Isnin. Pakai baju Pj, seluar trek, kasut sukan nike. aduyai, senaman pagi takde, kne la tunggu kul 8. Perhimpunan rasmi bermula. aduh..panjang plk pengarah berucap.

Read more…

Categories: Merapu Post, Pengarang

Misi Tak Mustahil: Kiub Rubik

Lebih kurang macam ni la Rubik Kiub aku!

Macam ni la Rubik Kiub aku!

Tak ada kerje, cari keje.. Sekarang, poning kepale.. haha..

Sementara aku cuti2 Malaysia ni, aku cuba2 nak selesaikan kuib rubik bersaiz 3×3x3 yang aku TER-beli dengan harga RM5.90 kat One Utama hari tu.. Barang murah,tak ada la instructions atau manual yang dia bagi.. Lain la yang beli kat Toys r Us ke ape ke..

Read more…

Categories: Merapu Post

Hari ini, Esok dan Seterusnya…

Mei 27, 2009 avataraang 5 comments

Salam sejahtera kepada semua pengunjung biliksebelah.wp..

HARI INI

…hari Rabu, 27 Mei 2009 bersamaan 2 Jamadilakhir 1430

…merupakan hari kelahiran kepada Ixora pemilik blog Fly Over Me yang ke…err tak tau yang keberapa ^_^

…berakhirlah sudah peperiksaan akhir semester aku untuk semester ni. Aku rasa mungkin agak lewat berbanding “U-U” lain tapi nak buat macam mana ini la kehidupan seorang bakal cikgu yang belajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia yang kebiasaannya akan habis peperiksaan pada minggu akhir sebelum bermulanya cuti sekolah ^_^

…berakhirlah juga praktikum En. Khairuddin selama dua bulan. Hal ini aku ketahui daripada beliau semasa berkesempatan berborak di Instant Messaging (IM) Read more…

Categories: Merapu Post, Semasa

Cerita Dalam Bilik

Mei 10, 2009 avataraang 16 comments

Salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung biliksebelah.wp. Dah lama sungguh rasanya aku tak menulis. hehe ^_^ tak tau la kenapa cuma tak de idea nak tulis. Ade juga orang bagi idea nak menulis tapi belum nak cuba menulis idea yang disarankan. hehe ^_^ sori ye kepada pemberi idea. Hari ni pun aku tak tau nak tulis apa. Cuma nak lepas gian menulis je. Tapi yang pasti hari ni merupakan Hari Ibu yang disambut oleh segenap pelusuk Malaysia.

Berbalik kepada tajuk, macam-macam boleh diceritakan di dalam bilik betul tak? yang dari perkara biasa, perkara peribadi dan juga cerita suami isteri. Hari ni aku cuma nak berkongsi tentang bilik yang aku sedang diami sekarang ni. Read more…

Categories: Merapu Post, Pengarang

Sesekali Meh Layan Jiwang

Sesekali layan lagu jiwang apa salahnye kan? Terutama lagu2 jiwang yang dulu time muda2,kita suka.. haha.. Bile dah besar, nak dengar, jadi segan lak..

Lagu ni tak ada lah sejarah atau kaitan dengan hidup aku pun.. Tapi, kaset yang pertama aku beli, ialah kaset kumpulan diorang lah.. Malu nak cakap lar.. Haha.. Sebab tu time sekolah menengah kan, apa nak malu.. haha..

Kebetulan, dua hari lepas, time lepak2.. member aku petik gitar sambil main lagu ni.. Tangkap lentok la pulok.. Dh lama tak dengar lagu kumpulan ni.. Huhu.. Ok2, aku nak share lagu ni dengan korang ah.. Kalu rasa nak dengar, dengar la.. Tak nak, boleh blah! haha.. Read more…

Categories: Merapu Post, Video

Bye BilikSebelah.wp

Mac 13, 2009 avataraang 12 comments

Bye..bye bilik sebelah..aku nak pergi meninggalkan bilik ni..doakan aku selamat pergi meninggalkan bilik ini..selamat tinggal juga diucapkan untuk En. Khairuddin..Jagalah bilik ni baik-baik..

Sanggupnya aku meninggalkan bilik ni..tak mengenang budi betul aku ni nak tinggalkan blog pertama yang banyak mengajar aku erti menulis entri..^_^. Sebenarnya aku tak pergi mana, tapi aku memang nak pergi pun. Aku nak pergi bercuti seminggu..hehehe..biasa la mid-semester break. Insyallah minggu depan aku balik dengan membawa entri yang baru..hehehe..

*** sekian ***

p/s: doakan keselamatan perjalanan aku pergi dan pulang ke destinasi ye ^_^

Categories: Merapu Post, Semasa

Dada

Februari 28, 2009 En. Bilik Sebelah 18 comments

Di suatu senja..

Din (bukan nama sebenar) bersama temannya ingin pergi makan..

Dalam keadaan yang lapar, beliau pun duduk di satu tempat..

Beliau mengangkat tangan, tanda mahu mengorder makanan..

Waiter pun datang..

“Ya bang, mahu makan apa?” kata waiter tersebut..

Din pun membalas, “Saya tak tahu nak makan ape..Hmm.. Jap ek…”

Read more…

Categories: Merapu Post

I’m a SuperHERO

Februari 14, 2009 En. Bilik Sebelah 10 comments

Kalau-lah saya ialah superhero, saya telah dipilih untuk menjadi: (jeng.. jeng.. jeng..)

Superman


Superman
75%
Iron Man
65%
Hulk
60%
Green Lantern
60%
Supergirl
50%
Robin
43%
Batman
40%
Wonder Woman
35%
Spider-Man
30%
Catwoman
30%
The Flash
25%
Categories: Merapu Post

Antara Laptop atau Kamera SLR..

Februari 9, 2009 En. Bilik Sebelah 23 comments

UPDATE 9 MARCH 2009:
Aku akhirnya telah memilih LAPTOP berbanding SLR.. Aku dah beli laptop Compaq Presario CQ40-401 AU dengan harga RM1970. Tapi aku tetap kne wat pilihan, samada ACER 4530 ataupun Compaq 40 ni hari tu.. Aduhai…

——————————————————————–

Nak beli laptop ke, nak beli Kamera SLR ek?

Read more…

Categories: Khas, Merapu Post

Anggota Badan & Saiz Pakaian

Februari 8, 2009 avataraang 9 comments

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan semua pengunjung biliksebelah.wp . Jumpa lagi kita dalam entri terkini blog ini. Negara kita sedang hangat lagi dengan isu politiknya, tapi aku rasa tak perlu aku memberi komen atau menulis entri berkaitan politik in. Bukan bermaksud kami di sini lemah politik tapi hakikatnya terlalu banyak blog-blog yang wujud dan isu di dalamnya berunsur politik negara. Bagi anda yang mahu mengetahuinya carilah ia.

Hari ni aku tak nak melalut berkaitan politik tapi aku mahu bercerita sedikit tentang kehebatan Allah S.W.T. mencipta sesuatu di atas muka bumi ini. Aku ingin bercerita berkaitan saiz pakaian dan anggota badan. Secara umumnya anda tahu jika tubuh badan kecil, pakaian yang dipakai pun agak kecil sedikit berbanding dengan sesorang yang bertubuh besar. Kalau nak beli pakaian kita akan mencubanya di dalam fitting room. Tetapi ada cara unik kita dapat gunakan semasa ingin memilih saiz pakaian.

Read more…

Categories: Merapu Post