Arkib

Archive for the ‘Semasa’ Category

Makanan Pantas

November 15, 2009 avataraang 4 comments

Salam kepada semua pengunjung biliksebelah.wp. Terima kasih kerna masih melawat blog kami walaupun dah lama blog ni tak di update. Aku amik kesempatan sikit nak ucapkan All the best kepada semua murid-murid, pelajar-pelajar atau penuntut-penuntut IPTA/IPTS/IPGM dll yang masih menduduki peperiksaan. Teruskan berjuang ^_^ Kepada yang telah bercuti, selamat bercuti. Jangan seronok sangat nanti kena sambung beljar lagi ^_^ Kepada yang bekerja teruskan bekerja dan kepada yang tak tau buat apa teruskan tak buat apa-apa..

Food

Entri hari ni ada kaitan dengan makan. Biasalah..hari-hari pun orang makan. Bezanya apa yang dimakan. Mewah ke, biasa-biasa ke, sedap ke, kurang lazat ke tapi yang pasti kita makan kecuali segelintir manusia yang tak dapat makan disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan ^_^ Read more…

Categories: Semasa

keHILANGan

September 28, 2009 avataraang 19 comments

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pengunjung biliksebelah.wp amnya dan kepada bro Bilik Sebelah dan sis Zahra. Pertamanya aku nak memanjatkan kesyukuran keran setelah sekian lama aku ‘berjaya’ juga menulis entri baru dalam blog ni. Keduanya aku mengambil kesempatan ni memohon ampun dan maaf sepanjang aku menjadi penulis di blog ni, mana tau kalau-kalau ada hasil penulisan aku tu menyebabkan orang terasa hati. Aku ni manusia biasa tidak maksum, dan tidak terlepas melakukan kesalahan ^_^ Ingin juga aku ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat yang menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan jangan lupa puasa enam walaupun kita dalam suasana kegembiraan berhari raya ^_^ Read more…

Categories: Pengarang, Semasa

Check-Lah Saman Anda!

September 25, 2009 En. Bilik Sebelah 3 comments

Sempena Raya ni, sudah pasti banyak OPS2 dan Speed Trap yang dipasang dilebuh-lebuh raya bukan?

Anda pasti suka suki nak balik ke kampung halaman dengan cepat dan pantas.. Kalau setakat 120 km/j – 140 km/j tu kira biasa lah kan? huhu.. So, jika anda bernasib baik, maybe kamera Speed Trap tu tak dapat tangkap no plat kereta anda yang laju itu.. huhu..

Tapi, jika tidak… Aduhai.. (Tepuk dahi anda!)

Selepas Raya ni, adalah baik jika kita check saman kereta kita.. Simple je..

————–xoxo————–

SMS-kan ke:

POLIS<jarak>SAMAN<jarak>NO PLAT KERETA

dan hantar ke:

32728

————–xoxo————–

contoh:

POLIS SAMAN ABC1234

hantar ke 32728

————–xoxo————–

Setiap SMS akan dicharge RM0.50..

Bagi yang naik bas balik kampung tuh, tak payah la nak buang 50 sen check saman bas korang.. hehehe.. Yang naik tren tu pon.. Takkan polis nak saman tren.. hahaha..

P/S: Tak nampak pon kelibat Evo-10 polis menyusur lebuh raya utara selatan.. Slalu nampak kat Cheras.. Tahan kancil.. Aduhai..

Ok, Selamat Puasa 6!

Categories: Khas, Semasa

Jamal Abdillah,seniman terulung…

September 23, 2009 zahra 8 comments

jamalrajapopapa khabar semua…best beraya?berapa banyak pulak duit raya yang anda dapat..hehe,walaupon saya dah besar,tp still dpt duit raya lagi…

oleh kerana saya sedar diri nie dah besar,jadi x der laa aktiviti mengutip duit raya dari rumah ke rumah..maka,hari raya saya diisi dgn aktiviti menonton siaran di kaca television yang banyak menyiarkan program2 menarik sepanjang lebaran ini..tidak ketinggalan,saya sempat menyaksikan konsert Jamal Abdillah,kembara seniman.Walaupon x menyaksikan konsert tue secara live,namun dpt tgk di tv pon jadi ler…

apa yang ingin saya katakan disini,Jamal Abdillah merupakan seorang seniman yang begitu hebat..dengan kejantanan suara beliau,memang tiada siapa pon yang boleh menandingi..walaupon terlibat dengan dadah,namun nama beliau masih lagi utuh di hati peminat..saya sendiri mengakui bahawa saya merupakan salah seorang peminat beliau.. lagu2 seperti azura,kekasih awal dan dan lain2 mmg  sgt hebat…terima kasih Jamal kerana menjadi seorang penghibur yang berjaya…

psstt…..saya suka sangat lagu kehebatan cinta nyanyian Francisca Peter dgn Jamal Abdillah

Categories: Semasa

Selamat Hari Raya versi 1Malaysia

September 17, 2009 En. Bilik Sebelah 6 comments

Kami… Khairuddin (Mr.BS), Arif Anwar (Avatar Aang) dan Zahra dari biliksebelah.wordpress.com ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua pengunjung blog biliksebelah ini.. Kami memohon seribu kemaafan kepada sesiapa yang terasa jika ada entri2 kami yang terlanjur kata..

Semoga Syawal ini, anda dapat bergembira bersama keluarga dan orang yang tercinta dan semoga Ramadhan tahun ini memberi sejuta keberkatan kepada anda semua.. ya?

Mr.BS raya kat KL je raya pertama, raya kedua baru kat Kuala Kangsar, Perak.. raya ke 5 ada di Kedah! hehehe.. Avatar Aang maybe balik Johor kot, dan Zahra musti balik Kedah punya.. Jadi, korang? kemana?

Bagi yang nak balik kampung, hati2 taw.. huhu.. ingat! had kelajuan telah dikurangkan dari 110 km/j kepada 100 km/j sahaja.. awas! Jangan laju2..

Akhir kata, nikmatilah lagu Raya baru dari Raihan dan Hujan.. Read more…

Categories: Khas, Pengarang, Puasa, Semasa

Kau dah tua dah wei!

September 11, 2009 En. Bilik Sebelah 27 comments

Entri ringkas, tapi harapnya penuh bermakna buat tuan empunya diri tuh..

Kepada Avatar Aang,

Kami En.Bilik Sebelah dan Cik Zahra serta semua pengujung ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI

Kami doakan moga kamu: Read more…

Categories: Khas, Pengarang, Semasa

Alahai Batu Caves

Bukti menunjukkan bahawa penduduk Batu Caves
sentiasa menyokong pemimpin-pemimpin mereka:

Dulu…

Kemudian….

Uniknya Batu Caves..

—————–

P/S: Saya amat ber”bangga” menjadi penduduk Batu Caves! well well..

Categories: Khas, Semasa

Untung & Rugi

Ogos 9, 2009 avataraang 15 comments

Cerita ini adalah benar dari mulut pensyarah aku sendiri namun telah diubahsuai sedikit untuk menutup beberapa perkara penting. Kepada yang terasa, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf ^_^

Read more…

Apa Boleh Buat Dengan 200 Juta?

Oh KL!

Oh KL!

Semalam, 1 Ogos 2009, Bandaraya Kuala Lumpur telah dikerumuni beribu-ribu orang untuk membuat demonstrasi berhubung ISA.. Ada yang menyokong, dan pastinya ada yang membangkang.. Aku tak nak komen apa2.. Aku pun tak sokong sapa2.. Baik pro, baik anti..

Tapi berdasarkan pengalaman rakan ku, yang niatnya nak shopping di KL, melihat demonstrasi ini sebagai satu yang seronok dan sesuatu yang baru bagi beliau.. Memang kecoh, dan kesian pada semua yang ada disitu.. Beliau yang nak pergi ke SOGO (pada salah hari), tidak dapat mencari kasut idaman.. hehe.. Sebaliknya terkena gas pemedih mata buat pertama kalinya.. hehe…

Dan, mengikut berita TV3 hari ini, total kerugian kerana demonstrasi ini dianggarkan mencecah 100 hingga 200 juta ringgit!

wow! Tapi, jumlah itu masih sedikit jika dibandingkan dengan harga perpindahan Cristiano Ronaldo dari Manchester United ke Real Madrid.. Hehehehe.. Mungkin boleh beli beberapa kelab EPL la kot..

Read more…

Categories: Semasa

Infomalaya Dalam Kenangan (2006-2009)

Infomalaya

Infomalaya

Kuala Lumpur (31 Julai 2009) – Sebuah laman web terkenal iaitu INFOMALAYA dot com yang diperkenalkan oleh saudara bat (bekas roomate aku tau) pada 3 tahun lalu kini telah pun ditutup. Al-Fatihah. Berita terkejut ini mengejutkan ramai bloggers dan pembaca amnya. Tapi ia mungkin menghappykan lecturer kami jika berita ini tersebar di Institut. Hehe.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari bos INFOMALAYA:

Setelah 3 tahun berada di persada internet, mungkin inilah masa untuk blog ini mengundurkan diri. Terima kasih kepada para penulis yang telah bersusah payah tanpa mengharapkan bayaran dan ucapan terima kasih pun selama mereka berada di sini.

Berkenaan entri awal sebelum ini iaitu sambutan ke-3 InfoMalaya dot com, CUMA ada tiga insan (Abrar, Ahmad Rushdi dan Aman Firdaus) yang menulis tentang blog picisan ini di blog mereka. Terima kasih diucapkan. Terharu jugak bila ada orang yang menghargai apa yang kami buat.

Kepada Azraai, Aryanet, Junaidix, Awqi zar, Affuan, IrfanJani dan MK, maaf dipinta atas tindakan yang terburu-buru ini. Ribuan terima kasih diucapkan kerana sanggup menghulurkan tangan untuk memajukan InfoMalaya. Cuma, buat masa sekarang, eloklah kita tumpukan perhatian pada kerjaya masing-masing dahulu. Sampai satu masa yang sesuai, InsyaAllah kita akan bangun kembali.

Sampai bertemu lagi, InsyaAllah… — Mohd Huzairy aka Bat InfoMalaya

Antara alasan yang dikemukakan oleh beliau dalam interview pendek via YM, ialah: Read more…

Categories: Khas, Semasa