ROKOK? ;-) atau :-(

Smoke then Die

Buat perokok dan juga bakal perokok yang berada diluar sana..

Hadith Rasullullah s.a.w. :”Halal itu jelas, haram itu pun jelas, dan antara keduanya ada beberapa perkara yang syubhat (samar) yang banyak dari manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam haram,”(H.R. Muslim)

Tabiat menggunakan tembakau dalam bentuk merokok boleh dijadikan sebagai satu contoh perkara samar di mana tidak ditemui nas yang khas menetapkan hukumnya. Pada umumnya orang menganggap hukum merokok hanya markuh, sama dengan memakan makanan yang baunya tidak sedap seperti memakan bawang, jering dan sebagainya.

Hadith Rasullullah s.a.w. : “Barang siapa makan bawang putih atau bawang merah maka janganlah mendekati masjid-masjid kita, kerana malaikat terganggu,”

Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh termasuk ke dunia Islam oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan.

Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka. Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terperdaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Courtesy: H-Net*

Jadi, apakah PERSPEKTIF anda pada kenyataan ini? Fikirkan lah..

 

Picture Courtesy: untitledname.com

Posted on April 24, 2007, in Kesihatan. Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. Alhamdulilah,

    Bagus entri ini. Tapi tahukah anda bahawa rokok yang kita hisap pada hari ini adalah HARAM! Ini kerana, kandungan bahan kimia di dalam setiap batang rokok tersebut memudaratkan kesihatan manusia.

    Merokok haram hukumnya berdasarkan makna yang terindikasi dari zhahir ayat Alquran dan As-Sunah serta i’tibar (logika) yang benar. Allah berfirman (yang artinya), “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195).

    Selain itu ia dikukuhkan lagi dengan Sabda Rasulullah, “Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.” (HR. Ibnu Majah dari kitab Al-Ahkam 2340).

    JADI, adakah anda masih mahu merokok? KETAHUILAH SATU BATANG SATU DOSA. Yang halal di cari, yang haram dijauhi!

    Insya’Allah

  2. Dari perspektif al-Marbawi:

    Tuan punya blog ni yang sepatutnya mengambil langkah pertama untuk berhenti merokok. Termasuk juga rakan sebiliknya itu iaitu Encik Bat. Tiap kali aku nak ke Velo beli makanan, mesti kirim rokok Winston, Saat, Gudang Garam dan bermacam-macam jenama lagi.

    Aku memang tak hisap rokok. Jauh sekali nak mencuba. Mungkin kerana ALLAH SWT telah memberi petunjuk bahwa rokok ini sangat berbahaya. Kadang-kadang aku pelik juga tengok orang yang menghisap rokok ni. Tak terfikirkah mereka tentang bahayanya? Mungkin seorang perokok akan membalas, “Hanya orang yang merokok tahu apa nikmat merokok,” Tidakkah terfikir bahawa, “Hanya orang yang telah mati tahu apa seksanya mati akibat merokok,” dan ketika itu mungkin sudah terlambat.

  3. Org kite pandai ckp je…nk tinggal, haram!!!!

    Wahai perokok2 diluar sana! Xkisah la hisap rokok ape pun..rokok daun ke, saat ke, winston light ke…apa kes korang merokok? nk berlagak? ingat macho ke? nk lepas tension?(makin tension ada la…duit abis dibakar)..

    insaflah…
    walau berbuih mulut kawe nasihat, bengkak jari menaip response utk article kt atas, korang akn tetap dengan gaya korang kn? so..up to U la..(budaya org kite-buat xkisah masalah org lain)….

    -peace-

  4. (pZie): Mcm ko sound aku jer.. Trase aku.. Muahahaha..

  5. Tahniah atas komen2 yg membina di atas! Aku ske ah dgn artikel nih,memang best. kat mana2 pun sume org melaungkan “TAK NAK ROKOK” tp sejauh manakah keberhasilan kempen nih?
    Tepuk poket tnya la duit anda, mampukah anda nk bli rokok yg kini hmpir beharga RM8.00 sekotak!. Pk la wahai kawan2…kesiankanlah kat orang sekliling yang xmrokok nih. Diorang jgk terseksa akibat kerakusan korang menghembuskan asap yang terkandung pelbagai bahan kimia yg memudaratkan..fikirkan jugak la anak-anak kecil yang xtau apa2 yang menghidu asap korang tuh, tergamak ke korang nanti dituduh kerana mengakibatkan kematian insan-insan yang tak bersalah nih?tergamak ke?
    nasihat ikhlas buat si punye blog nih, fikirkan lah keadaan kesihatan kita demi membela nasib orang yang disayangi dan juga keluarga yang tercinta.. Berusaha la untuk berhenti, sesungguhnya masih banyak lagi jalan yang boleh dicari untuk melepaskan tekanan dan melampiaskan rasa macho dan kejantanan..Adalah cara yng terbaik untuk bertenang adalah kembali kepada yg ‘Berkuasa’ mintala petunjuk dari-Nya..Selamat Berhenti Merokok!!!!

  6. Mr.Bilik Sebelah

    @zieziezirafah: alhamdulillah, maybe akan berjaya.. On da way to healthy lifestyle..

  7. i love dis entry.i grew up wif smokers.my dad,bro,uncles.seme smoking.luckily my lil bro xde sign2 nk smoking even kene p kedai bli rokok DUNHILL my dad yg brharge approximately RM8.mahal kan?for students,better x yah r membazir beli rokok.kan baik save duit 2 bwat blanje kawen nati.haha!!smtimes ade org smoking juz 2 show diorg 2 jantan,macho or watsoever.ade gak yg juz wanna b part of d group.kalo dlm group 2 seme smoking,die pon nk smoking.but,seme ni ats diri sndri.kalo nk stop,blh jew…so,for smokers out there (espcially for d owner of dis blog) stop smoking.it will take tyme n u will b suffered in d meantime but the results wont harm u.u will have a gud life n also people around u.say TAK NAK 2 smoking…

  8. Mr.Bilik Sebelah

    @angelic: i’m already stop lar..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: