Kelab Rempit (Vroom.. Vroom..)

Rempit Club

Bile tengok mat rempit buat pacak (wheelie) atau bertonggeng (whee-kang) atas motor korang tak rasa panas dan geram ke?

Tapi aku bukan nak cerita pasal mat rempit ni, isu mereka memang dah banyak, ganas dan mungkin keterlaluan, tapi dalam post ni, aku nak cerita pasal kelab yang mereka selalu ikut.

Dekat KL (Kuala Lumpur) ni sahaja dah berpuluh dan mungkin beratus kelab mat rempit yang wujud. Ada yang nama ala – inggeris, ada yang ambik nama jenama-jenama barangan seperti jenama motor, ada juga nama ala – malayu, dan tak lupa juga nama yang ganas (ada jugak la nama lembut2) hehe.. Kebanyakkan kelab dianggotai oleh ahli sesama kaum, dan oleh kerana Malaysia mempunyai ramai rakyat berketurunan Melayu, jadi sekali lagi kelab Melayu menjadi kelab majoriti.

Kalu nak ikutkan satu Malaysia, mungkin beribu kelab – kelab yang wujud.. kebanyakkannya di Selangor, Kedah, Perak, Johor, Melaka, Kelantan dan boleh dikatakan semua negeri di Malaysia mesti ada kelab mat – rempit ni.

Kelab – kelab ni kebanyakkannya ditubuhkan secara haram dan ada yang dilindungi oleh persatuan – persatuan (ada yang tak berdaftar pun) yang mereka anggap hebat. Ahli – ahlinya akan sentiasa memakai baju kelab, dan pada motor dan/atau helmet mereka mesti ada stiker yang menunjukkan logo masing-masing. Mereka juga mesti ada isyarat yang tersendiri, dan isyarat ini berbeza dan mesti dirahsiakan dari pengetahuan orang luar.

Sesama ahli akan dianggap adik beradik dan akan mempunyai abang (senior) dan adik (junior). Kebanyakkan ahli akan mendapat mentor (pengajar skill) masing – masing dan selalunya mengikut kawasan tempat tinggal ahli tersebut.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan kelab – kelab ini, mereka mengenakan pendaftaran ahli seumur hidup dengan pelbagai kemudahan dan kelebihan yang ditawarkan (bergantung kepada individu untuk menilai kelebihan/kemudahan). Contohnya, diskaun membaiki dan mengup-grade motorsikal, konvoi, dan hadiah jika menang bertanding.

Apabila seseorang itu sudah memasuki kelab ini, dia tidak boleh beralih arah kepada kelab lain dan jika dia beralih arah yakni derhaka, dia boleh dipukul dan mungkin sehingga mati (kebanyakkan kelab mengenakan syarat ini)

Kelab – kelab ini bukan sahaja dianggotai oleh pemilik motorsikal yang dianggap laju seperti RX-Z, 135-LC dan 125, tetapi ada juga dari kalangan Lagenda, EX-5, dan termasuklan skooter. Kelab motor lama @ kapcai pun tidak terkecuali. Kebanyakkan motor ini akan diubah suai untuk mencapai spesifikasi perlumbaan.

Sebenarnya, banyak lagi cerita tentang kelab motor ini, dan bukan semuanya buruk. Ada juga yang baik dan melakukan kerja amal (Lupa pulak nama kelab tu, tetapi kelab tu pernah disiarkan beberapa kali di TV3).

Jadi, apa perspektif anda? Mungkin anda ada sebarang cerita dan pengalaman? atau anda hendak membangkang @ menyokong kenyataan aku ini, silakan..

“Pandanglah dari perspektif berbeza”

 

Picture Courtesy: thefishyymun.blogspot.com

Posted on April 25, 2007, in Semasa. Bookmark the permalink. 27 Komen.

  1. Tepuk dada, tanye iman! sikap ambil tak kisah keluarga menyebabkan mereka bebas bergaul…. Mak bapak xkisah anak2 depa keluaq malam2… Masyarakat hari ini dah xhiraukn org lain..penting diri…takut org ckp jgn jaga tepi kain org… ape kes? jawapannya..kes mat rempit.

  2. (pZie): Terima kasih diatas pendapat anda yang bernas tu, tapi kita tak boleh jugak salahkan mak bapak saja.. Mak bapak dah bagi ilmu dunia akhirat yang cukup kpd anak2.. Masyarakat pun ada yang ambik berat tentang anak2 remaja sekarang.. Tengok lah mcm2 kempen yang diaorg wat.. Kerajaan dan media massa pun dah banyak dedah kan keburukan diaorang ni untuk menyedarkan diaorang..
    Mungkin persekitaran yang menyebabkan mereka jadi mcm ni.. Bukan semua mat rempit tu dari golongan yang tak pandai, ada yang plajar IPTA dan IPTS.. Bila mereka dah masuk IPT, ibu bapa akan kurang mengawal anak2 mereka sebab anak2 mereka ddk jauh dari rumah.. Diaorang terdedah dengan kawan2 yang tak bermoral.. Memang benar kata pZie, tepuk dada tanya iman..

    • kepada mat2 rempit yg terbaca komen sya n,bwa2 lah bertaubat sebelom anda myesal.. dkemudian ari atau tungu dah nyawa2 ikan kat ats tar jalan baru nak ingat mak bapak,nak ingt tuhan,dah tungu pecah kpala……………x dk gunanya dah.faham x faham n?

  3. apela yang best ngat pasal gi merempit ni? dahler mengabihkan wang wat li minyak, mengganggu owang nak tido, pastu paling teruk leh mati wei. x sayang nyawa ker? bodola owang tu kalu x sayang nyawa. bagi aku daripada gi merempit, baik gi tolong mak kat dapur ke, tolong ayah kat sawah ke,ajar adik ngaji ke, belanje makwe ke, ataupun gi masjid.

  4. (zairo girl): Jangan lah marah. Yang penting kita mesti cari bagaimana nak mengatasi masalah rempit ini. Kat Bandar Tun Razak ni tiap malam minggu mesti ada budak2 motor rayau2 dalam kul 1 dan 2. Kita tak boleh marah je, kene cari jugak jalan nak atasi.. Ok?

  5. jadi mat rempit saje je jadi hobi untuk jalan-jalan.kadang2 gi merempit ni le menenangkan bile ada masalah dengan family,awek, dan kawan2.bile bawak motor tu rasa tenang.dan bile bawak motor dalam keadaa laju semua keresahan n susah jadi tenang. bukan semua mat rempit ni jahat. ada sekadar suka2/ada org yang suka kan kelajuan tetapi tiada trek nak bawak motor rasa angin laju.ada pulak org yang jenis suka tunjuk kemahiran motor yang menunjuk kan kelajuan.kalau g main kat drag perlu modal banyak.paling koman rm200 kena pakai.kalau kalah apa pun x dapat.trek halal pun mahal.kalau ada trek halal pun pendek!.paling koman nak trek sejauh 1kilometer atau 1.5kilometer. baru puas tgk kelajuan.bukan semua mat rempit mencuri,dan pe semua yang korang dgr ada yang ok je.dan ada yang isap rokok pun tak apa pun tak.cuma nak main dgn kelajuan motor.kalau ada tempat halal yang kira dlm rm2 sekali masuk puas ati gak.dan jarak dia dalam 1.5kilometer.dan tempat dia jgnlah terperuk kat sepang sana nak g pun bape ribu lak nak pakai.dlm k.l ni ada 1 trek halal mcm aku rancng ni cukup lah.nak suh diorang pakai safety pun mesti diorang ikot.asal murah dan halal dan selamat dan tak di buru polis.dgn ini dpt mengurangkan mat rempit kat bandr.sebab mesti diorang semua g kat tmpat tu ada 1 kat kl aku jamin semua akan tumpu kat sana dan kurang ke BANDAR janji polis tlg jaga n ada ambulan.bukan semua dapat peluang n ada duit nak main kat trek atau drag halal.

  6. faz & furious 125z open

    aku bagi pendapat….. je…. nak halang memang tak le….pe kata kita bantu.dan jaga keselamatan semua peraturan biar safety tp jgn sampai mudaratkan n susah.utamakan keselamatan.kalau kena pakai jackeet fulll suit pe semua pun jadi lah asal ada trek halal dan murah dan selamat……pasti mereka akan ikot peraturan tu.

  7. @faz & furious 125z: bagus pandangan anda faz & furious 125z..mgkn i2 1 cadangan yang boleh membwa pengurangan mat rempit di jalanan..terima kasih atas cadangan anda..kami tahu untuk menmusnahkan mat rempit sama sekali adalah mustahil tetapi untuk mengurangkan adalah tak mustahl.

  8. ala.. relax la bro.. bukan depa nk idup sampai mati pun.. lama2 insap gak depa tu.. Tu cara depa nk enjoy.. BAngga pa da mat rempit kt mlaysia ni.. Skurangya, da gak aktvity kt jalan raya yg sepi.. haha.. Rajin2 petang2, p la usha kat stadium shah alam.. Tambah baik klu hari ahad n hari xujan.. best siot!!!

  9. Mr.Bilik Sebelah

    @KAJ8492: Ok, nanti hang nak pi ajak aku sekali.. Huhuhu.. Mcm ye je aku nak pi..

  10. mat rempit…. n0rmal la.. kat mna2 msti ada.. kta xbleh nk salahkan mat rempit taw p0n keluarga dp.. kdang2 mat rempit nie sakadar nak m’lps 10hen je.. aku xbpe ska bila ada 0wg kata mat rempit nie skdr wg msa… klu ada mat rempit yg dah teruk 2 kat spttnya bn2 dp bkn makin keji dp… gt smua ma rempit 2 nk jdi cm 2.msti ada sbb… s0,kta sbagai umat yg brtamanun nie,pk la… xsemua mat rempit 2 jht….

  11. mat rempit…. n0rmal la.. kat mna2 msti ada.. kta xbleh nk salahkan mat rempit taw p0n keluarga dp.. kdang2 mat rempit nie sakadar nak m’lps 10hen je.. aku xbpe ska bila ada 0wg kata mat rempit nie skdr wg msa… klu ada mat rempit yg dah teruk 2 kat spttnya bn2 dp bkn makin keji dp… gt smua mat rempit 2 nk jdi cm 2.msti ada sbb… s0,kta sbagai umat yg brtamadun nie,pk la… xsemua mat rempit 2 jht….

  12. wanted rim gto ori

  13. Hubungi aku Rm1500

  14. @Fadil: Sila letak no tel anda..

  15. aku pkir lu nk mmbntras mt rempit nie msti brmula dri skol..utk mbntras rmpit senior amt msthil coz jiwa dyeowg dh match dgn jln rye…

  16. sebnarnya mat rempit nie….
    mereka rasa terpinggir..
    lebih kurang nak tarik perhatian…
    tpi tak smua mat rmpit ganas,jahat,….dll
    tpi setakat yg sya duk join diarng…
    diaorg tak berfikiran cam kita…
    fikiran diorag hanya nak seronok sja…
    pegi konvoi..lepak ramai2….
    nak mengeratkan sillaturahum katakan…
    tpi sya tak nafikan kelakuan diaorg atas jalan agak melampau..
    sya pnah bgtau kat diaorg jgan la duk bwa moto laju2…
    tpi diorg ckap xbez la klu tak bwa laju…

  17. PERTADINGAN GRAFITI ATAS HELMET

    HADIAH BERNILAI RM 1000 HINGGA RM 200
    PENYERTAAN TERBUKA
    TARIKH 10/4/2010 JAM 8.00 PAGI DI GALERI SENI JOHOR
    JKR 144 JALAN PETRIE 80100 JOHOR BAHRU JOHOR
    HUBUNGI 072263266 UNTUK KETERANGAN LAN JUT

    PERTANDINGAN SPONTAN…MASA 4 JAM..

  18. emmmmmm.ok ape rempit!!!!!!!..hu..hu

  19. IDORP REMPIT . . AD BRAN LU DTG SENDA . .KTE TESTING MTO . .KTE OWNG MEN 2STROKE N 4STROKE

    • Ptt la nama kecik.. Otak macam budak kecik je… Memang la ko main 2 stroke dan 4 stroke je der..!! sebab mana ada 6 stroke ke, 8 stroke ke… ape la teruk bebenor kome ni..??

  20. More Jobs Available Now As stated in the engineering UK 2012 report by the Guardian, more than 2.

    The eligibility criteria vary from educational qualification, age
    limit and for that matter, the nationality of candidate is also counted as a parameter in the
    eligibility criteria. On this date possibly even a school going kid can make a considerable definition about the term, engineering, that is so
    broad as per its perspectives and utilization.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: