Bahasa Baku

Sedih dan pilu.. Bahasa Baku, kemana menghilang? Siapa yang perlu dipersalahkan?

 

Sebelum aku mendalami tentang isu Bahasa Baku ini (Dari pendapat dan perspektif ku sendiri), maka moleklah jika aku mengambil petikan dari akhbar untuk menunjukkan betapa seriusnya hal ini..

Walaupun petikan dibawah ini sudah lama, namun ia belum basi..

Bacalah petikan dibawah ini, dan fikirkanlah.

New Straits Times 24th January 2000,
Musa: Bahasa baku not widely used by public
SUNGAI PETANI, Sun. – The Government decided to do away with bahasa baku pronunciation because it is not widely used by the public in daily conversation.
Education Minister Tan Sri Musa Mohamad said this was the main reason why the Cabinet decided it was not necessary for bahasa baku pronunciation to be taught in schools or used in television and radio broadcasts.
Courtesy: highbeam

Menurut Einar Haugen, Bahasa Baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa. Ia dikatakan sebagai “loghat yang paling betul” bagi sesuatu bahasa. Courtesy: Wikipedia

Dari apa yang saya lihat, bahasa baku kebanyakkannya digunakan dalam majlis rasmi dan majlis tertentu sahaja. Kebanyakkannya dalam majlis yang berbentuk ilmiah ataupun majlis yang julung – julung kali diadakan, seperti majlis persaraan dan lain -lain lagi. Hanya pengacara majlis, pemberi ucapan, dan orang-orang yang terlibat sahaja akan menggunakan bahasa baku itupun masih lagi tidak betul dan tepat.

Bila kita lihat, setiap kali perhimpunan di sekolah pada setiap hari isnin, walaupun guru yang bertugas itu adalah guru Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia, namun hampir tidak ada bahasa baku yang digunakan.

Itu tidak lagi termasuk di negeri- negeri yang mempunyai penggunaan dialek yang sungguh kuat seperti di negeri Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Jadi, bagaimana bahasa baku hendak dipupuk kedalam budaya masyarakat Malaysia? Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia yang majoritinya Melayu ini? Tak kan kita mahu orang bukan Melayu yang sibuk hendak pelajari dan mendalami Bahasa Melayu Baku ini? Dimana peranan orang Melayu?

Disekolah, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, adakah benar-benar komunikasi dalam bahasa baku dilakukan oleh para guru? Jika anda adalah guru mata pelajaran lain sekalipun, adakah anda tidak boleh berkomunikasi dan mengajar dalam bahasa baku?

Mata pelajaran Sains dan Matematik sekarang ini sudahpun ditukarkan kedalam bahasa Inggeris. Bukan saya hendak kata tidak bagus, tetapi sebelum Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pun, bahasa baku seakan – akan pupus? Adakah kita perlu tunggu bahasa baku pupus dalam 10 tahun lagi baru kita hendak ambil inisiatif?

Sebelum mengakhirkan diri, anda dijemput untuk membaca artikel di:

 

MalaysiaKini.com

Jadi, apa perspektif anda berhubung hal ini? Apakah peranan anda sebagai rakyat Malaysia? Anda ada langkah yang berkesan? Kongsilah bersama kami..

Posted on April 28, 2007, in Ilmu, Pendidik @ Pendidikan. Bookmark the permalink. 7 Komen.

  1. Nampaknya, post ini tidak mendapat sambutan..
    Jadi selepas ini pihak pengarang akan mengurangkan post berkaitan pendidik dan pendidikan..
    Jika anda ada sebarang bantahan atau cadangan, dipersilakan..
    Kini, pengarang masih mencari2 post yang dari perspektif berbeza,
    namun apakan daya, semua kelebihan itu adalah dari-Nya..
    Kene tunggu lah.. (“,)

  2. paye semue..

  3. asakum bro
    aku mintak hakcipta artikel ko
    nk bc kt perhimp[unn esk

  4. khai
    aku ni wanchope
    nk mintak
    kbenaran ambik artikel ko
    untuk perhimpunan esok
    dah mals dah nk pikir2 ayat

    ridzuan

  5. saya sokong pe y dikatakan,walaupun saya sendiri tak gunakan bahasa baku………….hehehe

  6. Pemansuhan tersebut hanya daripada segi sebutan saja dan tak melibatkan struktup dan ejaan. Saya fikir ada benarnya apa yang dikatakan oleh beliau bahawa sebutan baku tidak sesuai digunakan kerana kalau diperhatikan daripada seluruh negeri di Malaysia ini, hanya Sabah sahaja yang hampir menepati ciri sebutan baku. Saya fikir loghat “KL” lebih natural dan mudah diterima kerana terdapat banyak negeri yang punya persamaan gaya sebutan seakan loghat tersebut spt Johor, Selangor, Perak, Pahang dan Melaka. Loghat tersebut juga boleh difahami oleh penduduk-penduduk di negeri yang kuat dialeknya seperti yang saudara katakan tadi. Persoalan di sini bukan setakat tentang jatidiri yang kononnya ingin diperjuangkan, tetapi lebih menyentuh penerimaan masyarakat negara kita.

  7. I like the helpful info you provide in your articles.
    I will bookmark your weblog and check again here frequently.
    I’m quite sure I’ll learn lots of new stuff right here!
    Good luck for the next!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: