Macam mana nak tetap ada DUIT?

 Money - Money

Duit.. Duit.. Bagi sesetengah orang, duit ni penting.. Bagi yang lain, duit ni tak menjamin ape2 pun.. Bak kata iklan kad kredit, sesetengah benda tu “PRICELESS”..

Tapi kan, kita tetap memerlukan duit untuk menjalani hidup di kota berpancaroba dan penuh ketamakkan ini..

Sebab itu kita kena simpan duit, sbb ada yang nak guna modified kereta, beli handphone baru, joli sana sini, beli but bola, beli barang komputer.. Bagi mak cik2 pulak, nak guna untuk beli barang kemas, pegi shopping… Tu ok lagi dari yang beli nombor.. Ish2.. Dan tak lupa ada jugak yang rajin bersedekah..

Jadi kalu nak diikutkan, duit ni banyak kegunaannya.. Namun, tidak ramai yang tahu akan kepentingan menyimpan duit untuk masa depan.. Ada yang tak reti berjimat, boros sangat2.. Dan ada juga yang berjimat macam Haji Bakhil..

So, pada pendapat saya la, ada beberapa cara untuk kita menyimpan duit ni supaya takkan terguna.. Supaya kita sentiasa akan ada duit dikemudian hari..

1. Bagi pinjam duit kat rakan2 atau family anda.. (rakan2 dan family aje tau).. So, anda akan tetap ada penghutang setiap masa.. Bila anda terdesak, anda boleh la senang2 cash-outkan duit anda dari golongan yang berhutang tadi.. (tu pun kalu diaorang nak bayar, tapi lagi ramai brhutang lagi bagus).. Anda pun tidak akan terpakai duit itu sebab duit itu ditangan orang lain (penghutang) buat sementara waktu.. Jika anda guna kan Bank, anda mungkin akan terguna duit dalam bank tu sebab anda mesti gatal tangan nak “cucuk” je setiap kali tengah “kering”..

2. Dari duit tu, beli la rumah dan sewa kan.. Tak pun, sewa dari tuan rumah pada harga rendah dan anda pula menyewakan rumah tersebut pada harga lebih tinggi pada orang lain.. Hah, kan blh untung tu.. Cuma kuar modal mula2 je.. Contoh, kalu anda menyewa dari tuan rumah pada harga RM300, dan anda boleh lah sewakan semula rumah tersebut pada harga RM500. Nah, sekarang anda sudah untung RM200.. Macam mana kalu ada sepuluh buah rumah? Kira la..

3. Main kutu.. Hah, ini cara yang berkesan.. Tapi ssh sedikit sbb perlukan ramai pemain.. Contoh la kan, kalu anda main RM50 sebulan selama sepuluh bulan, anda akan mendapat duit sebanyak RM500.. Kelebihan menggunakan cara ini berbanding bank ialah duit ini bukan senang2 nak guna.. Kalu bank kita senang2 je pg “cucuk” kat ATM, tapi kita mesti ssh nak cucuk “Banker” yang diamanahkan mengumpul duit tu kan? Jadi, duit anda akan selamat dari terguna kpd benda2 tak berfaedah.. Dan duit ni jauh dari RIBA dan HARAM sbb itu sume duit anda.. kan?

4. Setiap kali member atau family anda hendak meminjam sesuatu yang milik anda, mintak lah sewa atau cas perkhidmatan.. Contohlah kalu nak pinjam kereta, anda kenakan cas RM10 sejam.. Motor ke, Handphone ke.. Ape2 aje yang menjadi harta anda.. Takpun kalu anda ada kereta, buat jadi macam “teksi sapu”.. Anda dapat pakai kereta dan anda pun dapat duit (hasil dari menumpangkan kawan2) untuk bayar duit kereta anda tu.. Jadi gaji anda dah save sikit.. Ala, bukan susah, tumpangkan je kawan2 se-ofis atau sekelas.. Sama2 pergi, sama2 balik.. Anda juga menyahut seruan kerajaan untuk “Berkongsi kenderaan”.. Kan?

Jadi, diatas adalah beberapa cara yang digunakan untuk memastikan duit anda sentiasa ada dan tidak kehabisan oleh kerana terpakai secara tidak sedar..

Sekian.. Nasihat dari saya,

Jimatkan duit anda untuk pg Haji.. Sekali je seumur hidup beb..

Wassalam..

Posted on Jun 19, 2007, in Merapu Post. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. OK, AKU SIMPAN DUIT GUNA CARA KO NANTI… HAHAHAHA…

  2. Ada yang tak reti berjimat, boros sangat2 ==> ni ayat pertama yg wat aku t’rs..huhuhu…

    Contohlah kalu nak pinjam kereta, anda kenakan cas RM10 sejam.. Motor ke, Handphone ke.. Ape2 aje yang menjadi harta anda.. ==> mcm ni xblh la nak pnjm moto kat owner blog ni lagi…
    hehehehehe..

  3. Memang berkesan cara anda tu..
    1. Takut kawan2 ngan family sendiri payah nak bayar balik hutang..hangus je duit kite nanti.
    2. Sewa rumah orang pastu buat sewa kat orang lain..naya. dibuatnye takde orang nak sewa rumah-rumah tu…camne tuh??
    3. Sewa harta kat kwn2..alamatnye takde sape nak kawan ngan kite nanti.
    Anyway..cadangan main kutu tu..kite ikut dah..memang berkesan.

  4. Mr.Bilik Sebelah

    @pokoyo: Respons:
    1. Tak nak bayar xpe la, wat2 nk pinjam duit diaorang pulak, pas2 jangan bayar.. Kira settle la..
    2. Sewa la kat tempat strategik, macam dkt dgn universiti ke, bandar ke, jangan la kat kampung2 dan hulu2..
    3. Kawan kalau dah terdesak, cari kita jugak.. Biasa la, ble senang mmg ramai yg lupa kawan, dh sesak, nama kita jugak disebut2..

    Ni ada soalan untuk pokoyo, kalau la main kutu tu, tbe2 bile giliran ko, orang yang ko amanahkan pegang duit tu lari? tak pun kene rompak? Hah, melepas jugak duit tu.. Dan lebih parah, kalau ko yang pegang duit tu, tbe2 hilang.. Duit orang nk kne ganti lagi..

    So, ape2 cara ada baik dan buruknya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: