Anda selalu istinjak tak?

Kencing Berdiri - Kuning Betul!
Gambar hiasan semata: az.irtc.org

Anda selalu lakukan begini jika anda sedang melepaskan “hajat”? Maka dengan itu anda harus post ini hingga habis. Dan sila ambil iktibar yek. Plz la..

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

“Bersih-bersihlah kamu dari pembuangan air kecil, sebab umumnya seksa kubur itu kerana itu. (Yakni, hendaklah kamu mencuci kemaluanmu sebersih-bersihnya)

Sebagai umat Islam, menjaga kebersihan merupakan perkara yang wajib. Sesungguhnya, bersih itu sebahagian dari iman.. Kebersihan juga perlu untuk memastikan ibadah kita terutamanya solat diterima ALLAH.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

“Kunci solat itu adalah bersuci”
(Riwayat Abu-Daud dan At-Tirmizi)

Aku sering melihat, bila aku pergi je tandas samada tandas kat asrama ni ke, tandas awam ker, mesti ada je yang malas betul nak basuh tempat kencing dia. Aku jugak kena. Yela, tak kan nak kencing tempat macam tu. Busuk!. Sungguh kurang sopan yang membuatnya tu.

Dulu, masa aku sekolah, aku ada baca satu buku agama, kisahnya pasal menjaga istinjak, ceritanya berbunyi begini:

Demikianlah yang dikhabarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: “Kami berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. lalu kami melalui di atas dua kuburan. Maka baginda berhenti dan kami pun turut berhenti bersamanya. Kemudian warna tubuh Nabi jadi berubah hingga bergetar lengan bajunya.

Lalu kami bertanya: “Ada apakah wahai Rasulallah?” Baginda bersabda: “Apakah kalian tidak mendengar apa yang aku dengar?” Lalu kami bertanya: “Apakah itu ya Nabiyallah?” Baginda lalu bersabda:
“Ini adalah dua orang lelaki yang diseksa di dalam kuburnya dengan seksaan yang pedih kerana dosa (yang dianggap) mudah (ringan).”

Kami bertanya:
“Di dalam masalah apakah itu?” Lalu baginda bersabda: “Seorang daripadanya tidak memelihara (membersihkan diri) dari kencingnya manakala seorang lagi suka menyakitkan hati jirannya dengan lidahnya, ia mundar-mandir ke sana ke mari di antara mereka (bertujuan) menghamburkan fitnah…”

Maka baginda berdoa dengan dua pelepah kurma lalu diletakkan pada setiap kubur (satu pelepah). Kami bertanya: “Apakah itu dapat memberi manfaat kepada mereka?” Baginda bersabda lagi: “Ya, diringankan seksa dari kedua mereka selama mana kedua-dua pelepah tamar itu masih basah (belum kering).”

Jadi, apa yang hendak saya sampaikan disini, jika seorang muslim itu tidak beristinjak dengan cara yang betul sehingga bersih, ALLAH akan menurunkan seksaan kubur yang amatlah pedih azabnya.

Maka, disini saya ingin menyeru, terutamanya kepada diriku ini, jagalah kebersihan dan beristinjaklah. Sebab kalau kita malas beristinjak, fikir lah seksaan kubur yang menanti dia alam barzaqh kelak. Moga kita dijauhkan segala bala dan bencana. Amin.

Doa istinjak:

Dia istinjak

Maksudnya:
Ya ALLAH! Sucikanlah hatiku dari munafik dan peliharalah kehormatanku dari segala kekejian.

Posted on Julai 7, 2007, in Ilmu. Bookmark the permalink. 18 Komen.

  1. mcm mne cara2 b’istinjak ye…
    blh terangkan skit x?
    hehehehehe….

  2. kebersihan adalah sebahagian daripada iman kita…so, renung2kanlah…

  3. ada doa time beristinjak nih..cuba cari..

  4. Mr.Bilik Sebelah

    @avatar aang: Weh, jangan wat pasal, xkan istinjak pun x tau.. Dah besar panjang dah.. Hehehehe..

    @synergy9890: Moga anda ditempatkan dikalangan orang – orang yang soleh..Amin.. jangan cakap jer, buat jugak!

  5. Mr.Bilik Sebelah

    @avatar aang: nak tau mcm mane beristinjak, sila ke http://tayibah.com/eIslam/istinjak.htm

  6. Mr.Bilik Sebelah

    @bat: doa istinjak:

    Maksudnya : Ya Allah! Sucikanlah hatiku dari munafik dan peliharalah kehormatanku dari segala kekejian.

  7. tq Mr.Bilik Sebelah…
    aku bkn xtau
    tapi manela tau ade cara yg btl2 m’yakinkan…
    hahahaha..

  8. bagus ni thank u..

  9. macam mana do’a istinjak

  10. dengan bahasa melayu tapi saya nak tahu beristinjak lepas buang hajat kecil dan besar bahasa arab nya

  11. mana jawapan nya

  12. kat atas 2 kan ade22222222222222222222222222222222222

  13. awak kena le hafaz dan mesti diamalkan

  14. boleh tak tanya?
    doa sebelum dan selepas istinjak ada?~

  15. doa instinjak yang di baca nabi saw, apa sich ?

  16. green coffee 800

    I’ve been browsing online more than 4 hours today, yet I never found any interesting article like yours. It’s pretty worth enough for
    me. In my opinion, if all site owners and bloggers made good content
    as you did, the net will be much more useful than
    ever before.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: