Jantungku…tidurku…

 

Tidur siang..anda selalu lakukannya? jangan segan untuk mengaku tentang kebenaran ini..^_^ sebenarnya tidur siang ada kebaikan tersendiri selain untuk merehatkan badan setelah penat bekerja pada waktu pagi…

 


tidur siang?

Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”

Tidur siang pada waktu tengahari adalah amalan rasulullah..maka tidak menjadi kesalahan bagi kita untuk tidur seketika tetapi bukan dalam tempoh masa yg panjang..sebagaimana yang kita ketahui,tidur seketika pada siang hari dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja kita pada waktu petang..itu yang semua orang sudah sedia maklum..tetapi saya tak mahu menyentuh berkaitan kualiti kerja..sebenarnya tidur siang pada waktu tengah hari juga ada mendatangkan satu lagi manfaat..manfaat itu ada berkaitan dengan jantung kita..

jantung ku..
jantung ku…

Menurut satu kajian yang telah dibuat oleh Harvard School of Public Health dan University of Athens Medical School Yunani mendapati bahawa tidur siang dapat mengurangkan risiko sakit jantung..kajian telah dijalankan ke atas 23.681 lelaki dan perempuan yang sihat berumur antara 20 dan 86 tahun dalam tempoh 6 tahun..

hasil kajian mendapati mereka yang tidur siang selama 30 minit atau lebih, sekutarang-kurangnya3 kali seminggu hanya mempunyai risiko kematian 37 % lebih rendah akibat penyakit jantung berbanding mereka yang tidak melakukannya..lebih menakjubkan lagi orang lelaki yang tidur siang selama satu jam mempunyai risiko kematian akibat serangan jantung dan penyakit jantung yang lain 64 % lebih rendah.. manakala jumlah perempuan yang meninggal selama 6 tahun dalam tempoh kajian amat kecil untuk dikaji..

Tidur siang merupakan tradisi di beberapa wilayah Mediteranian dan beberapa Negara Amerika Latin dan terbukti bahawa penduduknya memiliki risiko kematian lebih rendah berpunca penyakit jantung kronik..hal ini juga menjadi sebab kajian tentang kaitan tidur siang dan risiko penyakit jantung dijalankan..

Ini tidak bermaksud penyakit jantung tidak akan menyerang anda yang mengamalkan tidur siang..tetapi kemungkinan untuk kita mendapatkan risiko penyakit jantung boleh diatasi dengan amalan tidur seketika pada waktu siang..kalau nak tidur pada siang hari tu boleh tetapi janganlah sampai terlebih-lebih pula..^_^

 

 

 

 

 

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Julai 8, 2007, in Kesihatan. Bookmark the permalink. 10 Komen.

  1. Mr.Bilik Sebelah

    Sila baca post blog ni, lebih kurang sama, tapi blog ni menekankan tentang kesan baik tidur untuk kecermelangan diri, manakala post adik avatar aang kita ni tentang kesihatan jantung.. Sila rujuk:

    http://smartz.wordpress.com/2007/06/04/tidurlah-dan-anda-akan-cemerlang/

  2. Ya..jadi jangan salahkan aku sebab tidur siang..hihihi..

  3. Hmm..first of all..ini article pertama sy bc tntg kebaikan tdo siang..tp sy pernah terbaca article lain yg tidor siang ni xbagus untuk awet muda..diharap dapt kaji ye..bkn apa..nak tau jgk kebenaran 2..🙂

  4. Mr.Bilik Sebelah

    @rean: benarkan saya mencelah, tidur siang diantara jam 12.30 hingga 2 petang adalah ok. Yang x ok nyer, tido pukul 4 sampai nak maghrib.. Ok rean?

  5. @Bat: jangan la terasa hati en. bat..biar jantung yang terasa kebaikannya..
    hehehe..:)

  6. @rean: insyallah sy cbe cari tentang kaitan tidur dgn awet muda..tapi bagi sy sedikit masa ye..

  7. Hmm..thankz mr bilik sebelah 4 ur advice..tp sekali skala klu dh ngntuk sgt bleh kan tdo during that time..hehe..hmm..to avatar..sy akn tggu kajian terbaru 2🙂

  8. @rean: insyallah..sy pun msh dlm peringkat kajian skrg ni..:)

  9. Hmm..bleh bagi cadangan x..cbe cari article tentang kaitan muzik yg slow dgn kesihatan n ketenagan seseorang 2..ni cm cadangan jek..thankz🙂

  10. @rean: thanks 4 the suggestion..insyallah sy cbe..kalau blh Mr.Bilik Sebelah amk tindakan skit la..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: