Mutiara Hati-Hati

 

Mutiara Hati

Gambar : sctv.co.id

SINOPSIS MUTIARA HATI 2:

Inilah sekuel Mutiara Hati yang dikemas menarik sebagai tontonan keluarga. Kembali menghadirkan Nabila, gadis kecil berusia lima tahun. Film garapan Rumah Produksi Rapi Film ini, masih tetap memunculkan cerita anak-anak yang sarat akan pesan moral dan kehidupan.

Dikisahkan, Nabila tengah menunggu kelahiran adiknya, buah pernikahan Aji, sang ayah, dengan Arini, mantan gurunya. Sayang, bayi yang dikandung Arini tidak bisa diselamatkan. Arini yang shock atas kejadian itu, melampiaskannya pada Minisusi, seorang anak yang tinggal di tempat penampungan anak-anak.

Berbagai konflik, suasana haru, serta sisi kehidupan anak-anak di penampungan menghiasi setiap adegan dalam sinetron ini. Diceritakan bahwa Nabila dengan tulus memberikan rumah baru pada teman-temannya yang tinggal di penampungan Pak Ali. Ditampilkan pula konflik yang terjadi akibat kemunculan seseorang yang hendak mengambil rumah di perkebunan milik ayah Nabila.

Hmm, hari ni aku tiba2 nak tulis entri pasal cerita ni. Dulu ditempat aku, heboh diperkatakan tentang cerita Mutiara Hati ini yang best giler2 dan ada yang merasa rugi kalau tak tengok cerita ni. Tapi tu semua dulu.. Dulu beb..

Sekarang orang macam dah tak kisah kalau tak tengok cerita keluaran produksi Indonesia ni. Memang, pada siri 1 Mutira Hati, aku tabik spring pada pelakon dan pengarahnya. Memang best, pandai penulis skrip menulis.

Namun, dalam siri 2, apa yang diharap2kan oleh penonton sekalian tidak kesampaian. Cerita Mutiara Hati 2 ni mcm nak kaut keuntungan dari Siri 1 Mutiara Hati, sbb siri 1 best, dan sbb tu org nak tengok siri 2. Ceritanya meleret2, tak tetap dan penonton seperti tidak tahu ape sebenarnya ingin disampaikan. Pelbagai musuh yang datang dan pergi, pelbagai benda yang tak patut diletak diletakkan, dan pelbagai unsur2 tak logik diterbitkan.

Harap tidak ada yang marah kalau aku katakan yang cerita ini dah bosan, sama seperti cerita Bawang Putih Bawang Merah, dan Sembilu Kasih (Malaysia punya sama jer) yang ceritanya sungguh panjang hinggakan kita berharap supaya cerita ini cepat habis.

Tapi aku tetap tabik pada cerita “Kiamat Sudah Dekat”, dalamnya ada unsur2 keislaman, persahabatan, jenaka, nasihat dan semua ini telah digarap dengan begitu bijak sekali. Sebab itu ramai yang tak akan lepas dari menonton cerita ini dulu (aku tengok terutama masa bulan puasa dulu). Dan aku harap Kiamat Sudah Dekat 2 yang bakal ditayangkan nanti (agaknya), tak la jadi macam Mutiara Hati 2. Sepatutnya mereka yang membuat filem, tidak mementingkan keuntungan yang mereka dapat jika siri itu panjang, namun fikirkan lah kepuasan penonton.

Aku suka cerita kedua-dua siri Mutiara Hati ni, sebab cerita ni ada banyak pengajaran iaitu supaya kita tidak melupakan ALLAH walau dalam kesenangan atau kesusahan. Dan jika nak selitkan unsur2 tak berkenaan, boleh, berpada2 lah kan?

Ok la, kalau aku tulis banyak2 pun, bukan korang nak baca. Aku memohon maaf jika ada yang terguris semasa membaca entri ni, aku cuma luahkan pendapat aku. Kalau korang ada pendapat, silakan.. Aku boleh terima.

Sekian, harapan ku supaya cepat2 la ada cerita yang memberi pengajaran, bertemakan tauhid, bersifat keremajaan @ kanak2 dan tidak meleret pasni yang akan menggantikan cerita yang siar setiap Isnin – Sabtu, jam 5.30 ptg – 6.30 ptg di TV9 ni. Korang tahu kan cerita aper..

Stars untuk cerita Indonesia:

 

  • Mutiara Hati – 4 Stars
  • Mutiara Hati 2 – 2 Stars
  • Kiamat Sudah Dekat – 5 Stars
  • Malin Kundang – 3 Stars
  • Bawang Putih Bawang Merah – 4 Star (mula2 jer) pastu jadi 2 Stars
  • Sinema Hidayah – 3 Stars

Tengoklah MANJALARA, lagi best dan cerita Malaysia.. (“,)

Posted on Julai 9, 2007, in Komentar. Bookmark the permalink. 33 Komen.

  1. oit.. cilok entri aku nampak.. mana kreditnya… hampeh.. ni taktik nak laku la ni..

  2. Mr.Bilik Sebelah

    @al-Marbawi: Mana ada aku tiru, lain la
    Tajuk lain, isi pun lain.. So, xpyh la kredit kan?

  3. Saladin Convoy

    Hmm.. pembetulan sikit, bukan SINETRON HIDAYAH, tapi SINEMA HIDAYAH.

    Daaan… rasanya lebih banyak drama bersiri Malaysia yang lebih layak untuk hang perbandingkan dengan sinetron² yang hang senaraikan, malah lebih original daripada MANJALARA.. Kita semua tahu MANJALARA cilok idea cerita daripada format drama bersiri yang makin tak laku di negara kita ni iaitu TELENOVELA LATIN yang bertajuk MI GORDA BELLA…😉

    Rasanya banyak idea original dalam drama Melayu yang biasanya kita terlepas pandang, maklumlah, kebanyakan yang original punya menarik tu ditayangkan di RTM1 atau RTM2, stesen yang pastinya akan dilepaskan pandangannya oleh ramai antara kita. Sementara TV3 biasanya poyo skit cara penyampaian drama bersirinya. Namun dalam banyak² drama bersiri kat TV3 yang poyo tu, ada satu tajuk yang sangat menarik yang aku minati sampai sekarang. Memandangkan ramai yang pastinya lebih tahu tajuk² drama yang ada kat TV3 berbanding kat RTM, maka aku sebutlah tajuknya; KAMASUTRA. Entahlah, ada sesuatu yang unik dengan drama bersiri ni, tak dapat nak jelaskan…

    Anyway, aku bersetuju sangat dengan pendapat hang pasai MH2 ni. Meleret dan kengkadang seolah macam masih tercari² identitinya sendiri. Buktinya sejak dari MH1 lagi sebenarnya, di mana pada awal² siri tu, untuk beberapa episod awal, sehinggalah episod ke-30an rasanya, depa meletakkan NOMBOR EPISOD pada setiap episod (sepertimana kebanyakan sinetron lain), jadi sekurangnya penonton tahu sekarang episod berapa. Kemudiannya, depa pi letak pulak TAJUK EPISOD, pun okay jugak, penonton dapat gambaran apa yang hendak diceritakan dalam episod tersebut. Kemudiannya, lepas episod 30an tu, penerbit terus “membuang” nombor dan tajuk episod. Dalam MH2 pun, pada awalnya depa letak nombor episod. Lepas dua episod, depa “buang” jugak nombor episod. Mungkin ini taktik untuk menyembunyikan bilangan sebenar episod yang ada. Dan sekarang, mereka tukar intro baru, yang diletakkan beberapa minit selepas cerita bermula (dulu intro diletakkan pada awal cerita). Cara penyampaian pun serabut. Adakalanya episod berkenaan lucu dihiasi gelagat bebudak (ini rasanya cara yang paling penonton suka), dan ada pula ketika episodnya sangat melemaskan. Masih tercari identiti, heheh…

  4. Mr.Bilik Sebelah

    @Saladin Convoy: Terima Kasih diatas pembetulan tu.. Tq bnyk2..

    Hmm, tapi aku pelik betul la, dh penonton tahu cerita MH2 ni meleret2,tapi kenapa orang tetap nak tgk?

    P/S: Jangan la cakap TV3 poyo, aku bukan nk sebelah sape2, tapi, masing2 mempunyai strategi pemasaran yang kreatif.. Kan? Dah tu strategi TV3, tengok je la.. Hehehehe..

    Cerita dari Indonesia pun ada jugak yang cilok2 cerita dari negara lain, cuma aku x blh senarai kan cerita apa, namun aku yakin, mesti ada..

  5. Saladin Convoy

    Mr.Bilik Sebelah, maaf yer pakai perkataan “poyo” untuk TV3, sebab strategi pemasaran melampau mereka memang tak mampu mempengaruhi aku untuk meminati TV3 (ironisnya, TV3 merupakan stesen yang paling buruk kualiti penyiarannya di tempat aku ni, hairan kan?). Apabila mereka sudah rasa hebat, sedikit sebanyak sifat “poyo” tu akan tergambar dalam diri mereka. Lagipula aku mendapati wartawan mereka juga ada yang suka “menokok-nambah” berita yang mereka laporkan (contohnya kes Sultan Kedah masuk wad dulu tu… sori, takleh cerita lelebih😉 ). Tu tak termasuk lagi program hiburan melampau yang mereka anjurkan (macam nak celen Astro Ria punya AF ja nampak gayanya tu). Adik beradik TV3 yang lain macam 8tv (terutamanya) dan ntv7 pun tak kurang jugak “rancak”nya.

    Kenapa penonton masih tengok MH2 sungguhpun tahu cerita tu meleret? Haa, inilah yang aku namakan sindrom “terperangkap”/”terjebak”; bak kata omputeh “you must finish what you’ve started”. Dah mula tengok (dan tak dinafikan, macam hang kata, awal² cerita ni memang nampak macam best), mesti mau tengok sampai habis. Andainya kita tengok dari awal dan dah nampak dah betapa tak bestnya sesuatu cerita tu, pasti kita dah berhenti dari awal. Aku pernah “berenti” tengok episod² MH2 yang menampilkan watak yang menjengkelkan, dan sambung tengok balik bila watak tu dah kena tangkap, hehe… Buat masa sekarang, aku cuma menonton sebelah mata saja, sekadar mau tahu apa yang berlaku, pastu boleh la sembang dengan kengkawan, ahaha!

    Dan betoi apa yang hang kata; cerita Indonesia banyak (malah boleh kata MAJORITI) yang cilok cerita lain. Kalau rajin (dan boleh paham sedikit bahasa Indonesia) cuba masuk laman² forum yang membincangkan rancangan di stesen TV mereka, pasti akan berjumpa dengan komen mengatakan cerita A ciplak cerita B. Tapi itu tak bermakna kita juga harus meminggirkan drama kita yang sememangnya.. er… “original”…😀

    Anyway, aku nak bagi kepastian kat hang, KIAMAT SUDAH DEKAT 2 dijamin tidak akan meleret macam MH2. Sebab yang paling utama ialah siri tersebut mempunyai bilangan episod yang kurang separuh (cuma 26 ja kalau tak salah) berbanding daripada siri pertamanya dulu (50 episod). Tapi kalau lebih pun tak apa, sebab cerita ni kalau meleret pun, tidak melemaskan, malah pasti sebaliknya kita akan rasa tak puas dan mahu LEBIH lagi. Yep…

  6. Mr.Bilik Sebelah

    @Saladin Convoy: Ya, aku harap Kiamat Sudah Dekat 2 best bangat.. Aku x sabar ni..

    Hmm, saladin, ko x bosan ker asyik cakap pasal MH2 ni jer? Hmm, tapi cerita hari ni ok la sikit.. Best la jugak.. Dari hari lain..

  7. Saladin Convoy

    Haha, tengok MH2 sebenarnya lebih membosankan daripada bercakap mengenainya!😉

    Anyway, aku boleh cakap pasal benda lain. Aku suka cakap pasal TRANSFORMERS sebagai contoh, tapi sudah pastilah bukan di sini…

  8. Mr.Bilik Sebelah

    @Saladin Convoy: Aku harap aku dapat tgk TRANSFORMERS.. sian aku..

  9. Saladin Convoy

    Why can’t you watch TRANSFORMERS? Well, selamat menunggu dan membeli DVDnya nanti…😉

  10. Mr.Bilik Sebelah

    @Saladin Convoy: Sbb nak pegi jer, ada la kerja yg nak dibuat.. Duit ada, tp masa tak ada.. Tak ada rzeki la tu.. Aku akan beli CD crita ni.. Aku akan BELI!

  11. Wah3x… Lari tajuk sikit. Tp gua cakap lu, TRANSFORMERS memang gempak gile! Memang tak mustahil la nak dekat 3 minggu panggung masih penuh lagi. huhuhu. Wajib cari DVD dia ni nanti.

  12. Saladin Convoy

    Haha, SEMBILU KASIH hari Jumaat yang lalu baru ja mencecah episod 84. MUTIARA HATI 2 cepat ja potong, hari ni dah episod 87, har har har!😀

  13. peminat inneke

    saya x setuju dgn pendapat bilik sbelah yg mengatakan klu mutiara hati 2 membosankan..klu nk dibanding kan dgn citer sembilu kasih(citer malaysia)lebih baik tgk mutiara hati2…klu tgk sembilu x dapat walaupun0.00000000001%pun faedah…tapi klu citer mutiara hati ada banyak faedah klu nak dibandingkan dgn citer melayu asyik bercinta…bercinta…bercinta..x de kerja lain…x de perasaan nk insaf langsung!!!walaupun citer mutiara hati kebanyakannya x logik…tapi sekurang-kurangnya ada jgk faedahnya…betul x bilik sebelah…maaf klu komen sy menyakitkan hati awk….he2…sori..

  14. peminat inneke

    NK TANYA SKIT ADA X KAWAN2 KITA KT SINI YG PERNAH PI INDON???KLU NK PI LAGI BELILAH CD MUTIARA HATI..KAT SANA ADA JUAL CD TU..
    DON’T FORGET IT K

  15. Mr.Bilik Sebelah

    @peminat inneke: mmg la Sembilu Kasih lagi membosankan, sbb tu sy ada tulis dalam post kat atas nu..
    Hmm, well, its ur opinion, i’m ok.. Tapi saya membandingkan cerita MH2 ni dengan cerita dari Indonesia yg lain,
    Kan ianya lebih membosankan?

    Hmm, pi indon? apa kata tanya kwn2 yang ddk dkt sabah @ sarawak, mayb diaorg blh dapatkan CD MH tu.. Ok? Kan dekat jer..

  16. hehehe…alamak x sempat nak bace le…nanti lain kali klu ada mase org nak bace gak..heheheh
    chau chi cak men..

  17. memang best…transformers..nengok 2-3 kali pun x boring..
    suke nengok robot bertuko-tuko

  18. Saladin Convoy

    peminat inneke; saja la saya nak bagi pendapat saya pulak. Saya ni sememangnya peminat MH jugak, tapi disebabkan beberapa episod MH2 yang agak keterlaluan melampaui batasan tahap kebosanannya dan ketidakmasukakalnya, maka saya yang secara tak sengaja tertonton SEMBILU KASIH pun mendapati bahawa SEMBILU KASIH lebih “boleh diterima” daripada MH2. Kalau SEMBILU KASIH asyik “cinta cinta cinta”, MH2 pulak asyik “masalah masalah masalah”, kan?

    Walau apapun, sebuah cerita bersiri yang cuma ditayang seminggu sekali pastinya lebih “mudah” untuk ditonton dan dihadam daripada cerita bersiri yang ditayangkan hampir SETIAP HARI. Anyway, itu pendapat saya, yang juga seorang peminat MH dan juga peminat Inneke…😉 Oh, by the way, drama bersiri Malaysia bukan cuma SEMBILU KASIH sorang saja, banyak lagi yang lain yang lebih berkualiti dan best daripada baik SEMBILU KASIH mahupun MUTIARA HATI, malah sebetulnya lagi bagus daripada mana² sinetron pun. Tapi apa nak buat, orang kita sendiri yang takmau bagi peluang, kita lebih menyokong siri import, heheh…

    Lagi satu, saya rasa tak ada “CD” MUTIARA HATI. Kalau ada pun, CD lagu kumpulan SAKHA yang antara lagu yang ada dalam album berkenaan bertajuk MUTIARA HATI ada la kot! Kalau anda maksudkan VCD/DVD koleksi lengkap sinetron MUTIARA HATI.. well.. selamat mencarinya saya ucapkan. Saya tak rasa siri ni cukup “popular” di sana sehingga memerlukan penerbitnya mengeluarkannya untuk dijual dalam bentuk home video sebegitu. Pasti rugi besar kerana tadak sapa yang nak beli… Kalau nak ada jual jugak pun, berharaplah supaya pengedar kita di sini (MALAYSIA) yang bermurah hati mau mengedar dan menjualkan siri ni dalam bentuk VCD, macam yang kita dok buat untuk siri sinetron yang lain…😉

  19. Mr.Bilik Sebelah

    @Saladin Convoy: Hmm, bnyk jugak yek yang ko tahu pasal sinetron2 dan cerita2 kat TV.. Aku tabik la kat ko.. Sbb, bkn sume orang yg blh meminati mcm ko ni.. Tapi walau ko minat, ko tak la obsess.. Tu yang bagus tntg ko.. Harap jumpa ramai lg mcm ko..

  20. Saladin Convoy

    Haahah, ni pujian atau perlian? Well, apa nak buat, kalau dah tak ada keja (nganggur lagi, rezeki belum ada😉 ), nonton TV la kerjanya!😛

    Actually, rasanya hang bermaksudkan “fanatik” dan bukannya “obses” sebab orang fanatik pasti tak suka kalau orang kutuk benda yang dia minat. Obses tu mungkin macam aku ada sikit kot, kalau minat sangat sesuatu cerita, kengkadang watak²nya aku terbayang dalam kehidupan sebenar, atau dalam cerita atau “skrip” rekaanku sendiri yang berlegar dalam kepala otakku, huhu…

    Wallahu a`lam…

  21. Mr.Bilik Sebelah

    @Saladin Convoy: Kalu dah ada skrip dalam kepala, tulis la dan hantar kat syarikat perfileman.. Mayb ada rzeki ko.. Kan? Mana2 ada rzeki brader.. Dan bukan sume penulis skrip kat luar tu boleh senang2 dapat idea mcm ko ni hah..

    Apa lagi, sambil2 tgk TV, buat cerita sendiri la bro..

  22. Saladin Convoy

    Masalahnya, “cerita” aku selalunya berkisarkan watak dan perwatakan yang dah establish dalam cerita lain. Tak pernah ada watak “original”. Ceritanya saja mungkin berbeza, tapi tetap guna watak dan continuity dari cerita yang sedia ada. Jadi mungkin susah nak cari kerja memandangkan tak ada idea original, hehe!

  23. Mr.Bilik Sebelah

    @Saladin Convoy: Cerita yang diciplak macam ko cakap dlu cnthnya Manjalara pun boleh dijual dan ditayangkan.. Yakin la beb.. Usaha, doa, dan tawakal..

  24. saladin arini ko buat la plk sinopsis mutiara hati2 episod hari ni…caya lah saladin blh jadi direktor tu…he…he..he…

  25. Mr.Bilik Sebelah

    @fan mh2: Tengok saladin, dah ada orang sokong ko..

  26. sema cite drama besiri dah banyak melalut. tu lagi cite oshin i heran sungguh awat depa transelit(sampai terselit) bahsa melayu kalau depa cakap jepun lagi best atleast bila baca sari kata buleh gak paham skit2 perkataan jepun. Citer sembilu kasih tu meralut sungguh. kdg2 i rasa cam duduk kt indon plak bila bukak tv. i dulu ada astro tapi dah potong sebab buat rugi je bayar bulan pertama ok bulan kedua citernya sama jer. I rasa masa I zaman bebudak dulu tengok tv1 n 2 jer lagi bagus. Masa tu tv 2 banyak dokumentari( dulu depa kata rencana)i duk kampung. Lurah Bilut nama kampung i.masa tu tengok rencana seronok abih cam i p kt tempat tu. La ni tengok tv macam ampeh je. Lagi satu i x brape suka la AF,AF tu galak sungguh depa cari untung. makcik2 kt kg pun sama galak aih. Drama omputeh kalau depa tipu pun logik gak. cam mcgiver ke mission imposible ke tapi yang dedah2 tu otak kita tapis sendri la jangan dok ikut pulak no. i rasa cite drama ni tayang jenis yg macam csi, ed, vegas ka lagi baguih. satu episod satu crite. lagi sronok tengok. xyah le tengok citer indon , spain yang meralut tu. sekian khutbah kak M

  27. citer nie best tau rugi klu korg x tengok tau

  28. sya suka dgn telatah nabila semasa ber”doa tau

  29. @NOR AZIZAH: cite ni dah habis ditayangkan..kalau nak tgk lagi dimana kami boleh tonton?😀

    @aiza: cara dia berdoa mg best, hampir semua doa nabila di makbulkan😉

  30. bisa di tayangin lagi gx ..? seru nich film nya…
    pengen liat lagi pliesssssssss!!!!!!!!!!

  31. tahu x macam mana mahu download cerita mutiara hati nabila ini..?mohon pertolongan….

  32. sahabt2 tolongan saya sahabat untuk download cerita mutiara hati nabila ini…?

  33. tolong ye..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: