Komputer..oh..komputer..

Kita sekarang ni sedang berhadapan dengan komputer bukan? kalau tak macam mane la anda ingin membaca post yang telah saya buat ni..huhuhu ^_^

jangan fokus sangat..

Sesungguhnya penggunaan komputer kepada masyarakat masa kini amatlah penting..kepentingannya menyamai kepentingan telefon pada waktu dahulu..tapi sedarkah anda bahawa penggunaan komputer yang berlebihan dapat mendatangkan mudarat kepada diri sendiri?.. mesti anda sudah sedar tapi disebabkan kepentingannya anda abaikan jugakan..^_^

Kepada pengguna-pengguna komputer sekalian sedarlah akan kemudaratan ini..hehe..satu hasil kajian telah menunjukkan bahawa penguna komputer riba berisiko lumpuh..hal ini disebabkan pengguna terlalu banyak membongkok sewaktu menggunakan komputer riba..hal ini menyebabkan kerosakan serius kepada tulang belakang, leher dan bahu pengguna komputer riba..disebabkan itu pengguna komputer riba berisiko ntuk lumpuh..ini mungkin kesan jangka panjang sangat..sape2 yang rasa dah sakit2 belakang sebab gune laptop tu segera-segera ubah cara anda duduk..^_^ hehe..

 
letih..

Keletihan juga satu lagi kesan penggunaan komputer yang kerap..keletihan utama yang kita rasai berkaitan mata..oleh sebab terlalu lama memandang komputer, mata akan berasa letih..keletihan mata ni juga dikenali sebagai “floaters”..simptom2 floaters ni apabila pengguna komputer berasa ada titik hitam seakan nyamuk bergerak-gerak di hadapan mata..bahaya tau sesiapa yang dah ade simptom2 floaters ni..kalau rasa ada lakan cepat-cepat jumpa doktor..jangan dibiarkan..^_^ kalau aku kat rumah, mak aku selalu berpesan jangan main komputer (menghadap komputer sambil main game,short form jadi main komputer) lama-lama..nanti boleh sakit mata..benda ni memang benar sebab adik-adik aku yang sukas angat main komputer lama-lama ni akan ada banyak tai mata..kat citu menunjukkan mata kita dah letih..

Masih dalam keletihan jugak tapi berkaitan tubuh kita..cite ni melalui pengalaman aku je lakan..kalau kita duduk menghadap komputer ni, aku rasa kadar kepenatannya lebih tinggi berbanding kita buat kerja tanpa menggunakan komputer..hal ini disebabkan penggunaan komputer melibatkan otak..apabila otak letih, secara tidak langsung badan kita akan letih sama..melaui apa yang aku rasa penggunaan komputer 1 jam bersamaan 3 jam kita buat keja lain..itu nisbah yang aku rasa la..hehe..hal ni aku rasakan sendiri jadi aku kongsi bersama dengan anda semua..^_^

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Julai 10, 2007, in Kesihatan, Merapu Post. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. x rasa apa2 pun dok depan pc aku nie…kalau nak tau, dpn pc aku la tmpt paling bez nak lepak…huhu…

  2. @synergy9890: 2 aku yang rasa je..mgkn lain org lain yg die rasa..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: