Barangmu…barangku jua..

Hmm..adat kunjung-mengunjung merupakan salah satu amalan dalam adat berjiran..jiran sebelah rumah datang menjenguk, jiran satu kampung bertanya khabar dan lebih menarik lagi jika jiran yang datang berkunjung tadi datang membawa buah tangan untuk kita..hari ni aku tak nak bercerita panjang berkaitan amalan kunjung mengunjung ni tapi aku nak bercerita berkaitan satu lagi amalan berjiran iaitu pinjam meminjam..^_^


apa yang tengah diorang wat?

Siapa yang kat sini yang tak pernah pinjam barang?..alamak..susah nak percaya la kalau anda tak pernah meminjam atau meminjamkan..skop luasnya barang-barang bukan wang..^_^ (tapi aku tak tau lakan kalau ade yang betul tak penah pinjam apa-apa semasa hidupnya)

Hmm..kadang-kadang isu pinjam meminjam ni menjadi sesuatu isu sensitif bagi sesetengah orang..hal ni timbul atas dasar tak percaya oleh tuan empunya barang terhadap si peminjam (ni punca biasa la) biasa la tuan punya barang ni terlalu berfikir jauh..dia fikir cerita kalau, kalau barang tu rosak macam mana? kalau barang tu hilang macam mana? dan macam-macam lagi cerita kalau yang difikir oleh tuan barang tadi yang menjadikan pinjam meminjam ni isu yang sensitif..

Sesungguhnya kita harus ingat menjadi seorang yang lokek (lokek ialah sifat kedekut) untuk meminjamkan barang kepada orang lain kerana sesungguhnya bumi yang sedang kita duduki, rezeki yang kita kecapi dan segala kemudahan-kemudahan yang ada sekarang ni hanya dipinjamkan oleh Allah S.W.T. kepada kita..

FirmanNya yang bermaksud :

“Dan bertolong-tolonglah kamu atas tujuan kebaikan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan” (Surah al-Maidah ayat 2).

Tolong-menolong di sini adalah pinjam meminjam..aku juga nak menambah di sini bagaimana untuk mendapatkan satu urusan pinjam meminjam yang bagus..yang pertama peminjam haruslah tau bahawa barang yang sedang dia gunakan bukan milik dia sepenuhnya..yang kedua peminjam haruslah memulangkan barabg pinjaman pada waktu yang telah ditetapkan..yang ketiga tuan barang ada hak untuk tidak memberi pinjaman dengan alasan-alasan yang munsabah..kalau tuan punya barang dah tak bagi jangan la paksa-paksa dia supaya dia boleh bagi pinjam barang tu ^_^..

Jadi kepada tetuan barang-barang yang selalu dipinjam, jangan la lokek ye..sesungguhnya memberi pinjam adalah amalan yang baik..kita juga harus berfikir bahawa kita tak selalu senang, sebab tu lah pinjam meminjam ni wujud..

*aku pun selalu jugak pinjam barang drpd Mr. Bilik Sebelah..huhu ^_^

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Julai 11, 2007, in Ilmu. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: