Nama saya….?

say My Name
Picture: http://www.givemeaname.com

Menurut sebuah hadith dari Rasulullah SAW bahawa nama yang baik diberikan kepada anak-anak dari kaum muslimin ialah nama para nabi. Manakala yang lebih afdhal (utama) dan disukai oleh Allah SWT ialah Abdullah dan Abdur Rahman. Sedangkan nama yang paling tepatnya ialah Harith dan Hammam. Nama yang paling buruk pula ialah Harb (perang) dan Murrah (pahit).

Adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Pada dasarnya, memberikan nama yang baik kepada anak-anak bukanlah wajib hukumnya. Namun, jika ditinjau dari segi kesan dan akibat yang timbul daripadanya, maka hukumnya akan beralih menjadi wajib secara sendirinya. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.

Macam Khai, dalam Islam maksudnya Baik.. Maksud avatar aang x tau la pulak.. Hehehehe…

Hmm, pemberian nama yang baik oleh ibu bapa sememangnya perlu, tetapi, saya nak mengingatkan pada sekalian manusia, nama panggilan juga penting tau x.. Jika nama yang diberikan oleh ibu bapa anda sudah cukup elok dan molek, jangan lah kita tukar2 menjadi panggilan yang buruk dan keji.. Contoh lah, jika nama anda, Johari, janganlah suruh kawan2 panggil Joe.. Joe tu xda maksud.. Dan lebih teruk jika nama panggilan itu nama yang keji atau xelok..

Menurut pengamatan aku, panggilan terhadap kita itu adalah doa.. Jika orang panggil kita nama yang baik, maka doa yang ditujukan pada kita juga adalah baik.. Samalah juga sebaliknya.. Jika doa pada kita baik, insyaALLAH kita akan menjadi manusia yang baik.. Contoh la kan, kalau orang tu panggil Khai (dalam Islam maksudnya baik) hari2, maka orang yang memanggil aku tu berdoakan aku menjadi manusia yang baik..

Hmm,sebagai ibu bapa @ bakal ibu bapa, kita diseru supaya memilih nama anak yang mempunyai maksud dalam Islam, jangan la bagi nama anak pelik2, sian anak tu.. Ni kerana, jika nama kita adalah nama yang tidak mempunyai maksud dalam Islam, maka di Padang Masyar kelak, kitalah orang yang paling lambat akan dihisab.. Orang yang namanya mempunyai maksud, akan dihisab terlebih dahulu.. Wallahua’lam.. (Betulkan jika aku salah)

Hah, lagi satu, aku pernah baca, siapa2 yang namanya Ahmad atau Muhammad (Mohd. xtau la pulak) tidak akan masuk ke dalam api neraka, ini kerana menghormati nama Nabi Muhammad s.a.w.. Wallahua’lam.. Tapi ini tak bermakna nama Ahmad dan Muhammad ni boleh buat dosa sesuka hati, Allah Maha Adil dan Bijaksana.. Ingat tu..

So, moral of the story, siapa2 yang bercadang nak bagi nama anak tu, fikirlah elok2.. Memang ia bukan nama kita, nama anak kita, tapi kita mesti mahukan anak kita menjadi orang yang baik2 kan.. Jadi, berilah nama yang baik, supaya anda mendapat anak yang baik, soleh dan taat pada ibu bapa..

Hmm, aku dah cadang nak bagi nama anak lelaki, Luqman Haqim..

Luqman / Lukman = Nama nabi/bijaksana
Haqim / Hakim = Bijaksana

So, bijaksana + bijaksana = bijaksana sangat2.. Ok ke x yek? Bagi aku ok.. Dan mungkin aku nak tambah nama Muhammad kat depan nama tu..

So, nama korang ape maksudnya?

Posted on Julai 11, 2007, in Ilmu. Bookmark the permalink. 11 Komen.

  1. peh….memang berbisa…😉

  2. Muhammad Luqman Hakim???xde pun kaitan nama ko ngan nama si dia…

  3. Mr.Bilik Sebelah

    @synergy9890: nape? Nama anak mesti ada kaitan ker? Nama aku xda kaitan pun dgn mak ayh aku..
    Aku tau la nama ko Nurazila Nurizan.. hampir2 dh tu.. Hah, ape maksud nurazila?

  4. wah..nak kne Mr.Bilik Sebelah ni..avataraang cm nick untuk online je la..name aku yg benar arif maknanya bijak pandai tau..

  5. Mr.Bilik Sebelah

    @avataraang: Pandai? Pandai putar belit ker? heheheheh.. Gurau je bro..

  6. hm…btol 2.kalo nk bg name biar la yg baik mknenye..jgn la nk name glamer jew…my name means: cahaya org yg harum wlaupon tdk memakai haruman….ikot 1 of d book yg sy bace lar…btol ke x wallahualam…awlnye en.bilik sebelah ni dh reserve name utk son die.daughter?actlly sy pon ade collection of names yg i like d most.1 of them: Ahmad Huzaifah.😉

  7. Mr.Bilik Sebelah

    @angelic atirah: hmm, tapi nape x harum pun, masam ada lar.. Hehehe… Hmm, bagus nama Ahmad Huzaifah tu.. Tapi, sape bapak dia? huhuhu..

  8. @Mr.Bilik Sebelah: x harum ker??harum jer.idong en.bilik sebelah yg trsumbat kot…huhuh…bapak die?wallahualam…sampai mase awk akn tau gak nati…wait 4 my invitation card ok?😉

  9. Mr.Bilik Sebelah

    @angelic atirah: huh, invitation card?ok2, brape tahun lagi la tu..

  10. maksud nama saya adalah utusanku.
    leLabu, mmg tader apa-apa maksud.. lg pun leLabu hanya diinternet, tak pernah plak saya suh org panggil nama saya labu.. hehe

  11. Mr.Bilik Sebelah

    @leLabu: Hmm, mr.leLabu, kalu boleh gunakan lah nick nama sebenar anda.. Sbb sume ni doa.. Jika anda gunakan labu.. Orang panggil anda labu2 aje, lama2 jadi labu betul la.. Hehehe..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: