Budak kacang pukul 3 pagi..

kacang rebus

Aku ada satu cerita. Cerita pasal seorang budak penjual kacang. Cerita ni cerita yang benar dan berlaku didepan mata aku sendiri. Cerita ni cerita yang baru sahaja terjadi dalam 1-2 hari lepas.
Hmm, aku tak tahu macam mana nak mula. Tapi aku rasa aku perlu ceritakan pada korang semua. Harap2 korang, korang dan korang serta aku pasni berubah lah ke arah yang lebih elok.

Macam ni ceritanya, dikala malam meliputi bumi, dikala kanak2 seusia dengannya sedang asyik tidur beralaskan selimut tebal, di bilik ber-aircond, katil empuk dan ditemani mak ayah, budak si penjual kacang ini tetap ke hulu dan ke hilir, menjual beberapa paket kacang yang ditumpangkan di dalam bakul rotan. Apa yang mengejutkan aku, budak penjual kacang ini menjual kacang pada pukul 3 pagi! Tak tidur kah dia? Tak rehat kah dia? Atau dia memang tidak mempunyai rumah untuk didiami. Bertambah sedih aku melihat budak ni dengan pakaian hanya baju lusuh namun baju itu masih elok, berseluar panjang, berselipar, dan berkopiah yang sudah sedikit berlubang.

Dan budak itu pun datanglah ke meja tempat aku serta rakan2 ku (Aku xnk sebut siapa) sedang minum untuk menjual kacang, mana lah tahu ada rezekinya disitu. Namun, kedatangannya disambut gurauan beberapa rakan kenalan ku. Aku tergamam. Mengapa ada orang yang sanggup mempermain2kan budak penjual kacang ni? Apa salah dia? Mengapa dia mesti ditertawakan? Hati aku membentak, “Kalau tak nak beli, cakap je la tak nak! Kenapa nak main2kan dia, gelak2kan dia!”

Hmm, aku tak tahu nak cakap apa pada rakan ku ini, aku kecewa sangat2. Aku rasa mereka tidak patut lakukan budak tu sebegitu. Aku sempat melihat muka budak penjual kacang, merah padam, malu.. Aku tahu dia malu. Dan aku nampak mata dia berair, seperti menahan sebak diatas perkara yang memalukan bagi orang lain. Mungkin dalam hatinya dia berkata, “Ya ALLAH, mengapa aku jadi begini, ditertawakan orang, apa salah ku?” Aku dapat rasakan kalau aku yang jadi budak tu, pasti aku akan rasa sebegitu rupa. Sapa yang nak jadi penjual macam tu, sapa yang nak ditertawakan oleh segelintir orang2 yang tidak mengenal langit itu tinggi atau rendah.

Apa lah salahnya jika membeli satu paket kacang yang berharga RM1 tu. Dari membeli benda2 yang tak berfaedah. Kalau pun tak nak makan kacang tu, niatkan lah sedekah. Salah ke? Salah kuarkan RM1 dan kita akan dapat 10 kali ganda lagi nanti? Tak untung ke di akhirat kelak?

Ape pun, pagi tu (pukul 3 pagi tau) , aku rasakan yang budak penjual kacang tu lagi mulia dari orang yang gelak kan dia. Dia ada maruah, dia berusaha. Aku tahu dia mesti ada sebab menjual kacang tu. Mungkin dia hidup susah, mungkin dia perlukan wang untuk menyara hidup keluarganya, mungkin dia perlukan duit untuk merawat ahli keluarganya, dan mungkin dia anak yatim piatu. Walaupun aku baru berjumpa dia dalam masa 5 minit, aku rasa bangga dengan dia. Kerana pada umur dalam lingkungan 16 tahun tu, dia tak meminta sedekah untuk mendapatkan wang, dia berusaha, bekerja! Dan apa yang membuat aku lebih terkejut adalah bila mendengar cerita kawan2 ku itu yang budak penjual kacang tu pernah menjual kacang2nya di Pudu Raya, KL dan dia boleh sampai di Bandar Tun Razak. Bayangkan, macam mana dia boleh sampai ketempat macam ni? Mungkin berjalan kaki. Tapi tak mungkin naik bas atau teksi seperti kita. Dimanakah rumah dia? Kenapa dia tak balik lagi pada jam 3 pagi?

Ape pun, tujuan aku tulis post ni adalah untuk kesedaran kita semua, bahawa JANGAN lah kita mengelakkan atau memandang hina orang2 seperti ini. Mungkin hari ini hari dia, esok siapalah tahu. Kalau kita wat orang macam2, orang akan wat kita atau keluarga kita macam tu jugak.

Fikir lah wahai rakan2, buatlah apa yang betul bagimu, kerjakanlah amalan kebaikan, supaya dosa kita akan terhapus..

Posted on Julai 15, 2007, in Ilmu. Bookmark the permalink. 18 Komen.

  1. bgus la arkle ni…
    ada improvement…
    nmpk lain ckit…

  2. Mr.Bilik Sebelah

    @zieziezirafah: Apa yang lain nyer tu? (“,)

  3. artikel yg menarik bro..xsangka aku pun tersentuh lps baca artikel ni..

  4. Mr.Bilik Sebelah

    @avataraang: Yeke? xnampak nangis pun.. Hehe..

  5. @Mr.Bilik Sebelah: aku ngs dalam hati mane encik tau😀 hehe

  6. Mr.Bilik Sebelah

    @avataraang: Tapi muka senyum jer.. Hati manyak nangiiiisss ka?

  7. @Mr.Bilik Sebelah: ade la skit2..hehehe..

  8. budak nie kitorang da kenal lama…dulu slalu jumpa kat al malik…da tau citer disebalik dia jual kacang nie…selau gak kitorang tolong dia…skang sebab EPL x start lagi…n kedai mamak kosong…dat why dia datang downtown…memang 2 rutin dia tiap2 ari…budak nie memang rajin…pandai plak 2..dia jual kacang coz nak tolong mak dia.._(seperti yg diceritakan oleh beliau la)…

  9. Mr.Bilik Sebelah

    @synergy9890: baru aku tahu.. Ok2, tq mr synergy.. Jangan marah yek sbb aku tulis post ni..

  10. @synergy9890: bagus la dah wat research dulu ttg budak 2..hehe..2 la Mr.Bilik Sebelah lain kali wat research dl sblm tulis cite tau..huhuhu🙂

    @Mr.Bilik Sebelah: xkan la en. synergy9890 nak marah..apa kata kalau kita tlg penjual kacang 2..hehehe🙂

  11. Mr.Bilik Sebelah

    @avataraang: Hmm, kalu korang la ditempat aku, masa2 first time jumpa budak tu dan xtau asal usul dia, ape perasaan korang ble situasi yang sama terjadi? Ape pun, sbg umat Islam, kita wajib tolong menolong sesama ummah.. Kan?

  12. sapa lagi la rakan-rakan yang tak bertanggungjawab itu..? ish ish ish…

  13. Mr.Bilik Sebelah

    @al-Marbawi: xnk la bgtau sape.. mayb bukan salah diaorang.. Yela, kan diaorang kenal budak tu, sbb tu boleh gurau2..

  14. sedih… ;(sian btol bdk 2 n HAMPES btol rakan2 Mr.Bilik Sebelah 2.dats gud kalo u tlg dat boy.brape sgt la duit singgit yg kite kuarkan 2 blh miskinkan kt??mayb dgn singgit 2 kt blh tlg memperpanjangkan hayat sum1 kan?tp dh jadi common kat KL ni org bwat xtaw jew kalo ade org mintak sdekah.pape pon,vryting is on us…nak x nak,hati kt je yg taw…smoge ape yg kt wat kat dunie ni akn dpt balasan d akhirat nati.smoge TUHAN memudahkan hdp bdk jual kacang 2…AMIN….

  15. Mr.Bilik Sebelah

    @angelic atirah: Amin.. Tapi kan, kita xleh kesiankan sume.. Sbb, ada yang pura2 je mintak sedekah.. Dan ada yg diarahkan oleh kump2 utk mencari keuntungan.. So, kita kene pandai menilai.. Mana yg betul mana yg tipu.. Dan, budak penjual kacang tu bukan PEMINTA SEDEKAH..

  16. @Mr.Bilik Sebelah: btul 2..kalau kat velo 2..kita makan dari kul 8.30 sampai kul 9.30..kadang2 sampai 2 3 orang yang datang mintak sedekah..kalau sekali blh jgk bagi..kalau dah 2 3 kali fikir 2 3 kali jgk nak bagi..

  17. bkn smua x kan tlg…kalau nak citer…banyak benda yg dak2 nie dak wat untk dak 2…tp kalau citer kata bangga diri lak kan…so…x payah la citer…dia la antara yg leh dipercayai…memang betol…kat velo 2…berduyun-duyun datang mintak…sampai ketika kitorang da x layan…dulu layan…tp lpas tgk diorang balik ngan kereta yg leh dikatakan grand gak la..kitorang da malas nak layan…bdk penjual kacang 2 naik basikal jer…jual kacang untuk tolong mak dia…

  18. Mr.Bilik Sebelah

    @synergy9890: Huh, semoga ALLAH memberkati hidup kalian.. Ikhlas lah dalam membuat kebaikan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: