Di kala awal pagi…

fajar hening

Di kala awal pagi..ketika orang sedang nyenyak tidur..hehe ^_^ aku bukan nak berpuisi hari ni..tu cuma intro je..huhu..tapi hari ni aku nak bercerita sesuatu yang berkaitan awal pagi juga..teruskan membaca ye.. ^_^

hmm..sebenarnya aku nak bercerita tentang kelebihan bangun di awal pagi@subuh hari..aku tau anda semua mesti bangun pagi jugakan tapi awal pagi yang aku maksudkan di sini adalah seawal fajar mula menyinar lagi..sebenarnya ada hikmah kenapa wujudnya solat di subuh hari..

Pernahkah kita terfikir keindahan dan keajaiban hidup kita ini?..kita dapat bangun semula pada pagi hari setelah kita “dimatikan” sebentar pada malam harinya..setelah kita bangun tidur juga, semua organ dalam tubuh badan kita boleh berfungsi semula seperti sebelum kita tidur..setelah kita tidur juga badan kita kembali bertenaga, walaupun sebelum kita tidur tadi badan kita sudah hampir tak bermaya..pernahkah anda terfikir semua itu?..sebagai orang Islam, kita seharusnya berterima kasih kepada pemberi segala nikmat yang kita telah kita kecapi selama ini iaitu Allah S.W.T. .. Firman Allah yang berbunyi:

“ Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian dan tidur untuk beristirehat, dan dia jadikan siang untuk bangun berusaha”

( Al-furqan : 47)

Sesungguhnya kelebihan bangun awal pagi ni ada dari berbagai aspek..

Kelebihan dari aspek kesihatan adalah ketika pukul 5.00 pagi adalah waktu yang cukup tenang dan aman bagi seseorang memula bangkit dari tidurnya sambil menghirup udara segar kerana dari sudut sains perubatan, kita akan dapat menyedut oksigen khas@lain daripada yang lain@special yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam 3 pagi hingga terbit matahari yang berkesan untuk menggerakkan otot-otot dalam badan sekaligus menyegarkan badan dan melancarkan peredaran darah..udara segar dari atmosfera bumi akan hilang selepas matahari terbit dan akan muncul semula keesokan harinya..bagi anda-anda yang bangun pada waktu itu sahaja dapat menikmati oksigen tersebut..sedangkan anda-anda yang bangun lewat tidak akan merasa nikmat oksigen tersebut..

jogging

Dari aspek sosialnya pula orang-orang yang sering bangun awal dan sembahyang subuh berjemaah di masjid atau surau akan menjalinkan ikatan sosial dan persaudaraan yang lebih kukuh, berbanding pergaulan di luar masjid..apalagi bagi penduduk yang jarang berada pada waktu maghrib, pastinya waktu subuh masa yang terbaik untuk menjalinkan silaturrahim..percayalah bahawa hubungan yang terjalin pada waktu subuh akan nyaman dan lebih erat..selain itu bagi bukan yang beragama Islam waktu pagi selepas subuh juga boleh diisi dengan aktiviti yang lebih berfaedah seperti jogging bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati udara segar..di samping baik untuk kecergasan fizikal, aktiviti seperti ini secara tidak langsung menyemai kasih sayang sesama kita.. ^_^

sibuknya

Kelebihan dari aspek ekonomi pula menekankan orang-orang yang menjual barangan atau perkhidmatan pada waktu pagi lebih mudah memperoleh rezeki..contoh yang dapat kita lihat seperti perkhidmatan awam, jualan sayur-sayuran dan makanan pasti lebih menguntungkan pada waktu pagi kerana permintaan terhadap barangan ini lebih tinggi..kita juga dapat menjimatkan tenaga elektrik seperti lampu dan kipas apabila bangun awal pagi..ini kerana lampu akan dipadamkan sebaik sahaja matahari terbit..berbeza dengan yang masih tidur walaupun matahari sudah naik, lampu dan kipas masih terpasang dan ini merupakan satu pembaziran..

Dari aspek emosi pula ada kaitannya dengan tugasan seharian kita..sering kali kita dengar alasan orang yang terlepas bas ke tempat kerja atau kelas kerana bangun lewat..benda-benda macam ni mengakibatkan seluruh perancangan pada hari itu terganggu..kalau tak kena marah majikan atau pensyarah, pasti emosi dan fikiran kita bercelaru memikirkan akibat buruk yang akan menimpa kerana kelewatan itu..maka bangun awal dan tidak tidur semula setelah bangun tidur adalah rahsia ketenangan fikiran dan perasaan dan kunci pengurusan masa berhemah..

Macam tu la kelebihan-kelebihan bangun awal yang dapat aku ceritakan dari aspek kesihatan, sosial, ekonomi dan emosi..semoga dapat menjadi pedoman kepada semua pembaca ^_^..harap-harap lepas ni anda, anda dan anda dapat la bangun tidur lebih awal daripada biasa..

 

courtesy from: Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Julai 17, 2007, in Ilmu, Kesihatan. Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. Mr.Bilik Sebelah

    Hmm, kadang2 kita nak bgn pagi, tapi x boleh.. Sebab kita penat setelah seharian berusaha pada waktu semalam.. Ada yang pas subuh tido balik..

  2. @Mr.Bilik Sebelah: ye la Mr.Bilik Sebelah..tapi kalau nak bangun awal aku ade satu petua..aku rasa petua ni menjadi..sebelum tidur tepuk bantal pastu baca selawat tiga kali..akudah cbe smggu..cuma semalam je yang xberkesan..huhuhu🙂

  3. Hmm..betul ke petua yg mr. avatar bg 2..klu btl nk try jgk..
    tp wat ms skrg ni..alarm clock pn brgne jgk..hehe🙂

  4. @rean: cbe la dulu..insyallah berjaya..kalau ikut ape yg sy dah alami..betul2 sblm azan subuh kita akan tersedar..tapi kalau dah tersedar jgn la smbg tdo lg..2 pun kalau nak bgn awal la..

  5. hmm..insyaallah sy cbe..terima kasih atas petua yg diberikan……

  6. @rean: same2..semoga percubaan rean menjadi..🙂

  7. Mr.Bilik Sebelah

    Bro, pasni ayat yang di”italic” kan tu, tukarkan warna lain yek.. Sbb nk baca kurang nampak..

  8. @ Mr.Bilik Sebelah: ye la bro..sori..jap lagi edit ye..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: