Benda lama…

benda lama

‘Bahasa Rojak’ isu yang seakan-akan sudah lapuk..tetapi kini isu ‘bahasa rojak’ mula mendapat perhatian semula..hakikatnya, sebagai rakyat malaysia kita tak lari daripada menggunakan ‘bahasa rojak’..apa sahaja yang kita lafaz dan tulis, setidak-tidaknya satu ayat akan menggunakan ‘bahasa rojak’ ini..

Kekal martabat bangsa sebahagian semangat perjanjian merdeka: Raja Nazrin

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah menggesa orang Melayu terus mempertahankan martabat dan kedaulatan bahasa Malaysia supaya nilai harganya sebagai warisan milik bangsa terus berkekalan.

Baginda bertitah, ketika negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50, martabat dan kemuliaan bahasa Malaysia yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan perlu dipertahankan sebagai sebahagian daripada semangat perjanjian merdeka.

โ€œSemangat itu wajib terus dihidupkan rakyat dan obor memperjuangkannya perlu dinyalakan sepanjang masa...sambungan artikel..

Satu seminar berkaitan ‘bahasa rojak’ telah dilancarkan semalam..dalam ucapan perasmian seminar tersebut Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah berkata “Bahasa Melayu seharusnya diberi nafas dan suntikan nilai yang baik”..

bahasa rojak

Sebenarnya apa yang dikatakan ‘bahasa rojak’..’bahasa rojak’ juga dikenali bahasa kolokial oleh ahli linguistik..’bahasa rojak’ merupakan bahasa percakapan rakyat Malaysia sehari-hari atau di kenali juga bahasa basahan dan bahasa pasar..’bahasa rojak’ merupakan bahasa melayu yang telah dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain yang terdapat di dalam negara Malaysia..oleh kerana bahasa rojak ini menjadi bahasa pertuturan rakyat Malaysia, dikhuatiri bahasa Melayu standard akan terjejas fungsinya..maka dengan kesedaran pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), seminar terhadap bahasa rojak ini diadakan..hal ini penting bagi menjaga kedaulatan bahasa Melayu supaya bahasa Melayu tidak ditelan ‘bahasa rojak’..

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan bangsa dan negara, kita seharusnya mengelakkan penggunaan ‘bahasa rojak’ kerana dikhuatiri pada masa hadapan generasi muda tidak lagi berturtur dalam bahasa Melayu standard tetapi menggunakan bahas rojak sebagai bahasa utama mereka..anda sedar bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara Malaysia tetapi bukannya ‘bahasa rojak‘..

p/s: harap-harap lepas ni boleh la dikurangkan penggunaan bahasa rojak ketika menghantar entri-entri baru.. ^_^

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Julai 20, 2007, in Ilmu, Pendidik @ Pendidikan, Semasa. Bookmark the permalink. 11 Komen.

  1. Mr.Bilik Sebelah

    Post ni aku dh wat dlu.. Cuba check post “Bahasa Baku”.. Tak da orang komen pun.. Ni la Masyarakat Malaysia.. Asyik2 hiburan.. Pasal hal2 ni, xmau.. xsuka..

    Hmm, bahasa rojak nak dikurangkan?? Susah la bro.. Orang baca blog ni sbb nk cari kelainan dari baca buku.. Post2 kita ni kita mestilah buat mcm kita cerita scr live dgn orang2 yang membacanya.. Biar mcm ala2 bersembang gitu… Well, its my opinion..

  2. @ Mr.Bilik Sebelah: la..igtkan bro wat isu bahasa baku..rpenye same ke..tapi ni ade kaitan dgn isu semasa..mgkn lain skit la..

    hmm..mintak kurangkan je..bkn xblh pakai lgsg…nmpk perbezaannye x?๐Ÿ˜›

  3. aku tengok korang dua je yang banyak bagi komen.. huhu.. promosi lebih sikit blog ni.. aku ingatkan… nak buat rangkaian blog la… kira cam persekutuan blog-blog la.. amacam?

  4. Saladin Convoy

    Bahasa MALAYSIA ka bahasa MELAYU? Camna nak perkasakan bahasa ni kalau dok asyik menukar nama ja? Pasaipa mesti bahasa MALAYSIA? Apakah orang Melayu di Singapura dan Brunei cakap bahasa MALAYSIA? Ka depa cakap bahasa SINGAPURA dan bahasa BRUNEI? Orang Amerika cakap bahasa apa? Bahasa INGGERIS ka bahasa AMERIKA? Orang Australia? Bahasa AUSTRALIA ka? Orang Mesir cakap bahasa MESIR ka bahasa ARAB?

  5. @al-Marbawi: xpe la en. al-Marbawi..kami komen entri yg kami wat dulu..insyallah lps 2 mesti ade org yg nak komen..hehe..
    bagus juga cadangan 2..kami bukan xde wat promosi..tapi kami xtau ape masalahnya..mana silpanya pun kami xtau..harap2 en. al-Marbawi blh tlg promosikan blog ini juga ye..๐Ÿ™‚

  6. @Saladin Convoy: bahasa Melayu tetap bahasa Melayu wahai en. Saladin Convoy..bahasa Malaysia hanyalah perkataan yg diguna pakai oleh ahli-ahli politik negara..jgn terpengaruh wahai en. Saladin Convoy..soal penggunaan nama bahasa 2 biar la org kuat negara yg tentukan..yang pasti bahasa yang kita tuturkan adalah bahasa Melayu..dan bagi menunjuk bahasa tersebut boleh diguna pakai semua bangsa maka bahasa Malaysia dipilih menjadi bahasa kebangsaan..

  7. Mr.Bilik Sebelah

    Pakai je lar bahasa ape pun.. Asalkan sume boleh faham dan maklumat yang diterima tak disalah tafsir.. Kadang2, kepelbagaian bahasa itu penting.. Jangan la jumud je dgn “Bahasa Malaysia”.. Kalau kita belajar Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Arab.. Kang senang kita nk komunikasi dgn org lain.. Bahasa rojak tu anggap je sbg bahasa evolusi.. Macam dulu, “cikgu” dieja “che-gu”..Kalu sume xleh berubah, tak berkembang lah..

  8. Saladin Convoy

    Kalau begitu, aku memang sentiasa mempelajari bahasa AMERIKA/BRITAIN/AUSTRALIA. Bahasa MESIR/SYRIA/LUBNAN pun aku belajar jugak. Oh ya, bergantung kepada negara asal cerita tersebut datang, kengkadang aku terbelajar juga bahasa MEXICO, bahasa VENEZUELA, bahasa COLOMBIA. Wah! Bahasa INDIA dan bahasa CHINA/TAIWAN/HONG KONG pun aku mau belajar juga! Takkan nak kekal dengan bahasa SINGAPURA dan bahasa BRUNEI ja kan?

  9. Mr.Bilik Sebelah

    @Saladin Convoy: Betul tu.. Xsalah ada ilmu banyak.. “Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China”..

  10. @Mr.Bilik Sebelah: jangan terlalu marah Mr.Bilik Sebelah..bukan semua orang blh terima perubahan tersebut..tapi mesti ingat di sini, org yg xblh terima perubahan 2 la yg biasa nya melakukan kesalahan itu..harap2 org yang xblh terima benda2 ni dapat berkembang sama๐Ÿ˜€
    kalau dicerita tentang bahasa ni banyak orang timbulkan persoalan tapi ape yg org2 tersebut lakukan utk memulihara bahasa tersebut?..mungkin tiada ape2..๐Ÿ˜€

  11. nampaknya isu bahsa menjadi smakin hangat..teruskan memberi komen anda..belajar lah ape bahasa sekalipun..asalkan bahsa ibunda sendiri x dilupekan..๐Ÿ˜€

    @Saladin Convoy: semoga dapat menguasai pelbagai bahasa..gud luck๐Ÿ™‚

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: