Mahal woo..

Main bola kaki ayam..
http://www.dw-world.de

Ape yang pelik bagi pemain bola kat gambar diatas tu? Hmm, dan kalu korang perasan, post ni under kategori “Arena Sukan”.. Mengapa yek? Sebab post kali ni berkaitan secara asas dalam sukan bola sepak..

Hmm, macam ni ceritanya, semasa aku pergi ke Shopping Complex Pertama (Bukan tempat sebenar) di KL untuk mengusha but bola, aku survey2 la but bola disetiap kedai disitu..

Hmm, seperti yang aku dah agak (sebenarnya terkezut), but2 yang jual kat situ harganya begitu memberangsangkan..

Aku begitu terkesima memikirkan mengapa but2 disitu begitu mahal. Memang ada yang murah dan cantik, tapi ada beberapa pasang but harganya mencecah separuh gaji penjawat awam..

Ada ke patut, sepasang kasut yang kita nak guna pergi menyepak sebijik bola dan digunakan untuk tujuan lebih lasak dari kasut pergi menoreh getah tu berharga RM500 lebih?? Ada ke patut?

Bagi aku harga kasut RM200-RM300 tu pun dah cukup sangat2 lah mahal.. Tak terasa sayang dan rugikah bagi mereka2 yang melaburkan duit sebegitu rupa??

Hmm, memang la, dari aspek kualiti, kepuasan dan ke”glamer”an yang mahal lagi baik.. Tapi fikirkan lah, kalu beli yang murah, jika rosak tak la rasa rugi sangat.. Betul tak? Lagipun, jika murah dan ianya telah rosak, anda boleh tukar but anda itu banyak kali.. Jadi kawan2 anda itu pasti terpegun sebab anda boleh pakai banyak but.. kan?

Bagi kawan2 aku, but mahal itu tahan.. Tahan ke? aku tengok pas dapat elaun, dalam setahun mesti ada beli but baru.. RM300 terbang mcm tu jer.. Tu tak diambil kira yang di”pinjam tanpa kebenaran” lagi..

Hmm, ape pun sume orang pasti ada pendapat masing2.. So, ape pendapat korang? Relevant atau tidak membeli but berharga RM200-300 ni? Lebih2 lagi RM500 ke atas?

P/S: aku baru beli but RM59.90 jer.. Stokin bola RM5.. Hehehe.. Asal dapat main jadi la.. Ape pun, aku nak main macam John Terry.. Hahaha..

Posted on Julai 22, 2007, in Arena Sukan, Merapu Post. Bookmark the permalink. 10 Komen.

  1. alamak..cite but ke..aku xde pengalaman la dlm bab ni..aku pun memang kaki bangku..tapi dr pengamatan aku terhadap kawan2 aku…diorg pun lebih ske but yg mahal2 n branded2 ni..hehe..aku tgk but jenama power 2 lg cantik tapi xde pun org nak beli..kenape ek?🙂

  2. Barang baik mesti la mahal dik..hehehe..

  3. Mr.Bilik Sebelah

    @avataraang: Entah la avatar.. Orang nak pakai Nike dan Adidas je kot.. Diaorang fikir, tu boleh buat naikkan skill dipadang.. Aku tengok, Malaysia main, kalah jugak walau pakai but Adidas dan Nike pun.. Hehehe.. Jangan marah player Malaysia.. Aku sokong korang (bile dh masuk World Cup nanti la..)

    @Bat: baik sangat ker barang RM200 lebih tu? Pakai hancur jugak..

  4. Dah dorang minat nak wat cam ner…Biarlah dorang…Mmg hobi dorang…Tp, ingat…Beli kasut bola tu jgn la pastu dok makan maggi je…Kalu dah sampai menyeksa diri dengan benda cam tu dah kira melampau la tu…hehehehehe…Jgn membazir…Ustaz aku ckp, membazir tu amalan syaitan…hehehe…Ustaz aku la yg cakap…Aku x tahu sgt bab2 agama ni…hehehehe…Jgn mare…Kalu main bola sampai boleh harum nama satu dunia boleh la gak…Setakat men bola untuk sihatkan tubuh badan tu berbaloi lah beli yg biasa je…Klu ketagih sgt nak kasut mahal, beli yg seratus lebih dah le…Tu pun dah cukup mahal…hehehe…Aku ckp cam ni sbb aku x men bola…hehehe…Apapun, kalu fikir btl2 tu la yg terbaik boleh aku bg kat korang…Fikir-fikirkanlah sebab suma orang ada pendirian sendiri…Ni cuma pendapt je dengan bertunjangkan ajaran agama “membazir amalan syaitan”…🙂

  5. tengok pemain Malaysia masa Piala Asia…semua branded…Latest lak 2…jgn jadik mcm diorang r…jadik mcm kitorang…walaupun but ada brand…xde la mahal sgt…paling murah pun RM170…2 pun da kira murah da 2…xde pun makan megi…makan nasi gak kat bilik…masak ramai2…huhu…yg penting kna pandai la..jimat 2 penting…bola 2 penting…yg betul2 minat bola faham apa yg dimaksudkan dengan BOLA…kalau x faham memang akan kata itu pelaburan yg merugikan…yg paling penting kat cni adalah kepuasan…kasut ceat rosak coz every petang dok menyepak bola…lari sana…lari sini…kalau xnak rosak…simpan jer la kasut 2 bawah katil…hehehe…jgn mare….

  6. Mr.Bilik Sebelah

    @synergy9890: Eleh, semalam (23hb Julai 2007) ko pun x turun padang.. Aku main tau semalam.. Tu namanya “semangat kasut baru!”.. Haha..

  7. wah..xsangka aku..Mr.Bilik Sebelah g main bola..hehehe😛

  8. biar la dorg..ko susah2 pk wtpe..klu mcm tuh,baik xyh pkai keta mahal2 nnt ko kate plak..cmtu gk umah besar2..pemilihan barang peribadi terpulang kepada hak dan pilihan individu..kite xpyh nk pk..byk lg benda yg boleh dikaji..

  9. pndapat aku.,,dlm hidup ni jgn berkire la…sesekali kite nak merasa apa yang pemain terbaik pakai apae salahnya..
    jgn kedekut…
    jgn jd kg…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: