Rutin seorang manusia…

  hidup sihat


Hmm…hari ni aku nak bercerita tentang kesihatan pula..kalau sebelum ni kita dah menari dengan poco-poco sekarang kita cerita berkaitan rutin hidup yang sihat pula..kajian mendapati rakyat Malaysia sering berhadapan dengan penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan obesiti (semua orang dah sedia maklum) ^_^ di sini aku nak mengajak diri aku dan anda semua untuk memngikut rutin harian yang sihat ini..

Rutin yang sihat bermula pada awal pagi lagi..seharusnya kita bangun pagi seawal terbit  fajar..setelah kita bangun, terus kita mandi..aku pasti mandi pada waktu awal pagi adalah satu aktiviti yang sukar dilakukan kerana pada ketika itu air sangat sejuk..akan tetapi kata orang-orang tua mandi pada waktu pagi baik untuk awet muda (wallahualam aku pun tak penah cuba lagi)..seeloknya sebelum kita mandi@gosok gigi, teguklah segelas air putih(air mineral)..hal ini untuk mengekalkan kecergasan tubuh kita demi melakukan aktiviti sehari-hari..

Kemudian diikuti pula dengan sarapan pagi..sarapan pagi lebih elok diambil pada waktu lebih awal..kajian mendapati sesiapa yang mengambil sarapan akan lebih positif, lebih langsing@kurus, mempunyai daya tumpuan yang lebih baikuntuk melakukan aktiviti seharian..segelintir saintis menyebut sarapan adalah otak..pendek kata, sarapan dapat membantu otak lebih cergas, peka dan fokus..srapan harus diambil walapun sekadar sekeping roto dan secawan roti kopi ^_^..

kerja

Pada waktu tengahari pula kita seharusnya makan tengahari..tidak elok membiarkan perut kosong pada waktu itu..hal ini kerana kita akan menyambung aktiviti@tugas-tugas kita pada waktu petang pula..seeloknya sekurang-kurang dan selebih-lebihnya 1 jam kita peruntukkan masa untuk kita tidur selepas makan tengahari..tidur 1 jam selepas makan tengahari dapat membekalkan kita tenaga bagi digunakan untuk kerja-kerja pada sebelah petang pula..

Pada waktu petang@malam pula kita harus mengambil makan malam pula..seelok-eloknya makan malam diambil pada waktu sebelum dinihari (lebih kurang pukul 6.00-6.45 petang)..makan malam pada waktu petang adalah bagus kerana mengikut kajian sains makan hanya dapat dihadam sekurang-kurangnya 2 jam..dalam tempoh 2 jam tersebut badan kita akan rasa sedikit letih..jika kita makan pada waktu sebelum dinihari, makanan dapat dihadam dengan lengkap selepas 2 jam(lebih kurang pukul 8) setealh itu otak kita akan kembali cergas kerana proses penghadaman sudah selesai..jika kita seorang pelajar, pada waktu itu kita dah boleh mula untuk mengulangkaji semula..

Rutin yang terakhir adalah tidur..kita haruslah tidur secukupnya..tak elok bagi kita untuk tidak tidur kerana ketika kita tidur tubuh badan kita mula mencari tenaga semula untuk meneruskan rutin harian pada keesokan harinya (rehat la tu) ^_^ ..aku menekankan tidur secukupnya bukan tidur 8 jam atau 7 jam atau sebagainya kerana kadar cukup tidur seseorang itu berbeza-beza..maka aku menasihatkan anda untuk tidur secukupnya.. ^_^ ada satu lagi petua sebelum tidur seelok-eloknya kalau pagi kita sudah mulakan dengan minum air, sebelum tidur juga elok kita teguk segelas air untuk melancarkan sistem darah kita ketika waktu tidur..

Aku penah terdengar orang berkata berkaitan cara makan untuk seharian..cuba anda renungkan kata-kata ini..

“Makan pagi seperti raja, makan tengahari seperti orang biasa, makan malam seperti orang tidak berada” 

 

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Ogos 2, 2007, in Kesihatan. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: