Anda tak tahu…

Apa la agak-agaknya anda tak tahu ye.. ^_^

Hmm..biasanya anda tahu dan pasti bahawa bumi ini sfera..anda juga tahu dan pasti bahawa bumi hanya ada satu bulan yang mengelilinginya..hehehe..tapi yang aku tahu, hari ni aku tak nak cerita tentang bumi dan bulan ^_^

Sebenarnya hari ni aku nak cerita berkaitan benda harian yang kita nampak..sebelumtu aku nak bertanyakan soalan kepada pembaca..siapadi sini tidak minum kopi..bagi sesiapa yang tidak minum kopi mungkin post ini dianggap tak bermakna.. ^_^ tapi bacalah untuk sekadar pengetahuan tambahan..aku pun sebenarnya bukan la penggemar kopi, tapi disebabkan kopi di tempat kelahiran aku terkenal(kopi railway Kluang)..aku minum juga la..hehehe..

Apa sebenar yang best tentang kopi ni..kalau kita tau kopi ni cuma cecair hitam yang pahit (kalau tak tambah gula) dan boleh menyebabkan ketagihan (seperti menghisap rokok)..tapi yang seperti mana aku cakap, anda mugkin tak tahu bahawa pelbagai kaian telah dilakukan untuk ‘menutup’ keburukan-keburukan kopi ni..

 

Satu kajian telah dijalankan oleh American Society for Reproductive Medicine  mendapati   meminum kopi dapat membuat sperma “berenang” lebih cepat dan mampu meningkatkan tahap kesuburan lelaki..minuman ini juga diyakini dapat memberikan tenaga kepada sperma apabila ia diambil beberapa cawan dalam sehari..kopi akan meningkatkan daya pergerakan sperma yang akhirnya dapat meningkatkan potensi kehamilan pada pasangan..tapi fungsi kopi ini akan terganggu jika lelaki tersebut merokok.. ^_^ jadi jangan la merokok..

Menurut kajian lain kopi mengandungi anti-oksida lebih banyak daripada buah-buahan dan sayur-sayuran..kajian oleh pakar terhadap 100 jenis makan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, kacang dan lain-lain mendapati kopi adalah sumber anti-oksida terbesar..”Orang Amerika mendapatkan sumber anti-oksida dari kopi dibandingkan dari  makanan atau minuman,” kata Professor Joe Vison dari Scranton University di Pensylvania yang menjalankan kajian ini..kepentingan anti-oksida ni untuk membantu badan membuang zat-zat radikal bebas (free radical), molekul yang merosak sel-sel serta DNA..ia juga membantu mengelakkan penyakit jantung dan kanser..

Kajian terbaru yang dibuat penyelidik Perancis pula mendapati wanita berusia 65 tahun yang meminum lebih tiga cawan kopi sehari dengan mereka yang cuma minum secawan atau kurang sehari menunjukkan kurang penurunan dalam ujian ingatan dalam masa lebih empat tahun..hal ini menunjukkan kafein mengurangkan risiko nyanyuk..tapi malangnya hal ini hanya nampak berkesan terhadap wanita bukan terhadap lelaki.. ^_^

Hmm..ok la tu kan..awal tadi aku dah bagitau kebaikan kepada lelaki, dan yang terakhir aku bagi kebaikan terhadap wanita pula..

Hmm.kat sini aku nak kongsi skit tentang jenis kopi yang elok diambil oleh sesiapa mengikut zodiak masing masing.. ^_^

Aries: Triple espresso, aroma dan rasanya yang kuat sesuai dengan sifat anda yang ’sedikit’ keras dan selalu ingin menjadi yang terdepan.

Taurus: memiliki sifat sederhana dan bersahaja maka Cappucino dengan aroma klasik paling sesuai untuk anda..

Gemini: memiliki daya tarikan yang luar biasa bagi orang lain, selalu mahukan teman dan pendapat dari orang lain maka Caffe Latte paling sesuai dgn anda.

Cancer: tenang dan menyenangkan, Coffee dengan Mocha atau tambahkan kopi dengan sedikit cokelat adalah yang paling sesuai.

Leo: sentiasa berfikir dan mencara jalan untuk memuaskan keinginanteman kopi yang sesuai adalah secangkir Caramel Macchiato.

Virgo: memiliki tingkat ketelitian yang sangat tinggi, sesuai dengan Caffe Americano dalam gelas regular dan jangan tambahkan apa dalamnya.

 Libra: tidak berfikir panjang dan untuk mendapatkan keseimbangan, kopi yang sesuai bagi zodiak ini adalah Cafe au Lait.

Scorpio: memiliki rasa percaya diri yang cukup bagus, kopi yang sesuai adalah kopi yang memiliki ’sensualitas’ tinggi mengikut seleranya.

Sagitarius: Caramel Latte yang beraroma lembut menggoda sangat sesuai dengan sifat yang selalu ingin kelihatan menawan, terutama oleh lawan jantinanya.

Capricorn: ringkas dan tidak menyukai hal-hal yang rumit, sesuai dengan kopi Espresso (bukan double atau triple).

Aquarius: memiliki sifat sosial yang tinggi maka minimun berkafien tak sesuai untuknya. Lebih sesuai meminum the.

Pisces: lebih elok meninggalkan kopi dan meminum teh bersesuaian dengan sifat tenang dan memikirkan masa hadapan.

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Ogos 9, 2007, in Ilmu, Kesihatan. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. hmm..betul ke kopi mmg xsesuai utk zodiac pisces..hehe..🙂

  2. hehe..lpe nak ckp..kopi railway mmg sdp..hehe..++roti bakar..haha..btul x🙂

  3. @rean: mengikut apa yg dah sy baca mmg itu la yang ditulis..hmm berkaitan kopi Kluang..mmg sdp..sape2 yg rajin naik ketapi kalau lalu klua 2 jangan lupe pekena kopi kluang + roti bkr yg famous..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: