Tarawikh: Hanya 30 Hari


Gambar dicopy dari: terlupa dah.. sory..

Dalam Bulan Ramadan ini sahajalah kita semua berpeluang untuk menambah pahala kita melalui salah satu perkara dalam Sunat Muakkad iaitu solat sunat tarawikh. Hanya 30 hari! Satu per dua belas dalam setahun. So, aku menyeru rakan-rakan ku supaya dapat menunaikan solat sunat tarawikh ini. Meskipun boleh dilakukan secara berseorangan, namun apalah salahnya jika kita membuat solat tarawikh secara berjemaah di surau dan di masjid.. Kan? Cuma 8 atau 20 rakaat sahaja..

Niat solat tarawikh (sendirian):

Niat solat sunat tarawikh sendirian

Sahaja aku Solat Sunat Tarawikh dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Niat Solat Sunat Tarawikh (Berjemaah):

Niat solat sunat tarawikh jemaah

Sahaja aku Solat Sunat Tarawikh dua rakaat (imam atau makmum) kerana Allah Ta’ala

Rajin2 lah solat tarawikh..

Update 05 Oktober 2008..
Sebelum apa2, aku telah menarik semula dan memadam kan segala kelebihan2 tarawikh yang aku letak dahulu kerana ianya telah dikatakan PALSU.. Sila klik link untuk membaca artikel berkenaan di Famili Azam Dot Com.. Aku ingin memohon maaf kepada sesiapa yang telah mengambilnya sebelum ini.. Maaf kerana menyiarkannya, kerana aku tidak tahu.. Moga kita lebih berhati2 selepas ini..

Posted on September 12, 2007, in Ilmu. Bookmark the permalink. 9 Komen.

  1. Wow, dah pernah baca pasal info ni, tapi takpalah, boleh mengingatkan balik..

    Pergi la menjenguk blog-blog orang lain, baru la ukhwah terjalin..hehe

  2. alhamdulillah…smoge ramadhan kali ini lbh dberkati ALLAH SWT…

  3. @Bat: Memang la dah pernah baca. .Takkan Kalam ALLAH ni aku nk edit sendiri. .Kang jadi lain, dosa pulak dapat.. Bat.. Bat…

    @angelic atirah: Amin.. Sama2 la kita berdoa yek.. Anda yang baca pun sama..

  4. byk2 kn la slt trawih ye kawan2..
    moga2 amal kte lbh b’tmbh dlm bln ni..
    insyaallah~~

  5. salam..mmg betul kalam Allah kita tidak boleh tukar2…Dan ini adalah hadith, menurut kata encik yang menulis… diriwayatkan oleh sayyidina Ali..dan hadis bukanlah kalam@kata2 Allah, tetapi hanya maknanya daripada Allah, kata2 daripada nabi..itulah yang membezakan antara hadis dan Quran..

    Dan ini adalah hadis maudhu’ @ hadis palsu yang direka2…dan hukum menyebarkan hadis palsu adalah berdosa….
    WA

  6. @ct-areja: itu lah niat sebenar2nya aku nk wat entri tarawikh ni.. supaya rakan2 ku sume dapat sedar banyaknya hikmah tarawikh.. ditambah lagi dengan pahala puasa di siang hari.. lgpun, hanya 30 hari.. kene rebut dan bersungguh2.. Kan?

    @orangkunen:
    “Betulkan lah apa yang salah, semoga kita belajar”..
    Tidak lah aku ingin menjadi orang yg bodoh sombong.. Apa pun, terima kasih.. zaharuddin.net? Owh,tu dah selalu gak masuk..

  7. Terima kasih ada backlink ke laman Famili Azam.
    Hadis tersebut adalah hadis palsu, sila rujuk http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06
    Saya juga telah ubah apa yang anda copy dari laman saya. Lihat http://familiazam.com/solat_tarawih.htm
    SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

  1. Pingback: Dah dekat dah… « BS: Bilik Sebelah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: