Usop Sontorian, anak jati Johor

Hmm,Usop Sontorian, aku pasti dan pasti sesangat sebilangan besar korang sume pernah tengok siri animasi pertama buatan Malaysia iaitu Usop Sontorian. Masa kecik2 dulu aku minat giler cerita ni. Yela, budak2.. Ni dah besar pun masih lagi minat dan berharap la sangat2 yang Usop Sontorian and the geng kembali mengegar di peti televisyen seluruh Malaya. Dari asyik tengok Sponge Bob je kan, baik tengok Usop Sontorian.

Untuk pengetahuan anda bagi yang tak tahu, siri animasi Anak-Anak Sidek dah pun ditayangkan semula. So, jangan lepaskan peluang anda ya! (Nanti aku check siaran TV mana, hari apa dan pukul berapa ya!)

Menurut apa yang terkandung dalam wikipedia.malaysia:

Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang dan diterbitkan oleh MOY Publications Sdn Bhd.

Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli belacan asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet yang bernama Selebet.

Dan, khas buat korang sume, dari youtube.com, saya menyediakan, satu-satunya cerita Usop Sontorian yang dapat diselamatkan. Tengok la. Lepaskan rindu anda. Sokong industri animasi Malaysia! (apa yang aku merapu ni..? hehe)

Jangan marah, video ni tak habis.. Ape pun, aku harap korang enjoy..

Posted on September 15, 2007, in Budaya, Khas, Video. Bookmark the permalink. 41 Komen.

  1. sy rs sy masih memiliki vcd usop sontorian tu.. (beli ujang then dpt vcd tu free.hehehe)
    tp,spongebob jugak sgt best.. shin chan jugak.. huhuhu

  2. @ixora: kalu anda rajin, anda edit la cerita Usop Sontorian tu, pastu upload dalam youtube. Mesti ramai yang tengok nanti..

  3. kalo vcd tu ade lg,boleh la sy uplode. tggu sy blk kg raya nnt & cr vcd tu. hopefully adik2 sy masih simpan.hehehe.

  4. eh,usop sontorian dulu ke anak-anak sidek dulu yg ditayangkan kt tv?

  5. Saya suka inspektor Sahab!

  6. @ixora: usop sontorian rasanya yang ditayangkan dulu.. Anak2 Sidek pun diaorang wat buku dulu baru buat animasi, kan?

    @nurnana: inspektor sahab adalah kegilaan ramai.. Huhuhu..

  7. Cakap pasai animasi Malaysia, bagi sesiapa yang berkesempatan, silalah menonton siri animasi (3D lagi!) UPIN & IPIN di tv9 setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 7.30 malam (kalau hari Sabtu dan Ahad tu, waktu tayangan siri ni adalah SELEPAS tayangan ANAK² SIDEK… oh yes encik Bilik Sebelah, aku baru sahaja menjawab persoalan anda mengenai bila dan di manakah siaran ulangan siri ANAK² SIDEK… 8) ). Siri UPIN & IPIN ni pendek ja, dalam LIMA MINIT SAHAJA, mengisahkan pasangan adik beradik kembar, Upin dan Ipin, dalam pengembaraan mereka menempuh “cabaran” di bulan puasa, heheh! Setakat hari yang aku pos mesej ni, baru EMPAT EPISOD berlalu, cerita dari hari mereka bersahur, berpuasa, berbuka, dan bertarawih. Episod LIMA malam ni (22 September 2007), tak tahulah pulak hapa kebenda yang bebudak ni nak buat…

    Anyway, siri ni sebetulnya (pada pendapat aku) adalah salah satu promosi untuk filemnya yang bertajuk GENG (trailer GENG menang ANUGERAH FILEM PENDEK baru² ni), sebab watak UPIN & IPIN ni sememangnya antara watak yang ada dalam filem tu nanti. Filem animasi 3D ni adalah buatan tempatan. Cubalah tengok dulu siri UPIN & IPIN (untuk menilai bagaimanakah kualiti dalam filemnya nanti), memang boleh tahan kualitinya. Cerita pun best, cerita di kampung. Dan si Upin dan Ipin tu tersangatlah COMEL!! Sememangnya antara siri animasi tempatan yang sangat aku sapot (sepertimana USOP SONTORIAN pada zaman awal kemunculannya dulu…).

    Ini dia link untuk dapat lebih info (dan teaser serta trailer) untuk filem GENG (dan siri UPIN & IPIN), silalah ke sana, jenguk² sikit…
    http://gengthemovie.com/
    http://www.lescopaque.com/upinipin.html
    http://gengmovie.blogspot.com/2007/09/upin-ipin.html

  8. Cakap pasai animasi Malaysia, bagi sesiapa yang berkesempatan, silalah menonton siri animasi (3D lagi!) UPIN & IPIN di tv9 setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 7.30 malam (kalau hari Sabtu dan Ahad tu, waktu tayangan siri ni adalah SELEPAS tayangan ANAK² SIDEK… oh yes encik Bilik Sebelah, aku baru sahaja menjawab persoalan anda mengenai bila dan di manakah siaran ulangan siri ANAK² SIDEK… ). Siri UPIN & IPIN ni pendek ja, dalam LIMA MINIT SAHAJA, mengisahkan pasangan adik beradik kembar, Upin dan Ipin, dalam pengembaraan mereka menempuh “cabaran” di bulan puasa, heheh! Setakat hari yang aku pos mesej ni, baru EMPAT EPISOD berlalu, cerita dari hari mereka bersahur, berpuasa, berbuka, dan bertarawih. Episod LIMA malam ni (22 September 2007), tak tahulah pulak hapa kebenda yang bebudak ni nak buat…

    Anyway, siri ni sebetulnya (pada pendapat aku) adalah salah satu promosi untuk filemnya yang bertajuk GENG (trailer GENG menang ANUGERAH FILEM PENDEK baru² ni), sebab watak UPIN & IPIN ni sememangnya antara watak yang ada dalam filem tu nanti. Filem animasi 3D ni adalah buatan tempatan. Cubalah tengok dulu siri UPIN & IPIN (untuk menilai bagaimanakah kualiti dalam filemnya nanti), memang boleh tahan kualitinya. Cerita pun best, cerita di kampung. Dan si Upin dan Ipin tu tersangatlah COMEL!! Sememangnya antara siri animasi tempatan yang sangat aku sapot (sepertimana USOP SONTORIAN pada zaman awal kemunculannya dulu…).

    Ini dia link untuk dapat lebih info untuk siri UPIN & IPIN (dan juga info mengenai filem GENG, serta boleh download teaser/trailer filem tersebut), silalah menjenguk ke sana… 8)

    http://www.lescopaque.com/upinipin.html

  9. usop sontorian ke…parit sonto 2 dekat juga dengan rumah aku..aku penah juga sampai parit sonto 2..tapi xde berjumpa dengan si usop 2..hehe..selebet lagi la ssh nak jumpa, sebab byk sgt yam kat parit sonto 2..nak cari yg boleh bercakap mcm selebet 2 jauh sekali..hehehe… aku memang minat pasal usop sontorian ni, tapi aku lebih berminat pasal animasi Malaysia juga yang hampir seangkatan dengannya iaitu Keluang Man..sebab aku ni dok kat Kluang Johor, jadi aku minat sgt kluang man, walaupun sebenarnya lokasi cite klaung man di johor bharu..kalau anda minat sangat ttg usop sontorian dan keluang man aku tadi terjumpa beberapa blog yang boleh korang lawat..cbe la try link ni
    http://ameirhamzahhashim.blogspot.com/ -ni blog salah sorg krew usop sontorian.
    http://ameirhamzahhashim.blogspot.com/2007/02/lagenda-usop-sontorian.html -ni link untuk cite usop sontorian.
    http://www.keluangmaniax.blogspot.com/ -ni plk link utk blog Keluang Man.

  10. @saladin convoy: TQ saladin..

    @avatar aang: Hmm, nape ko x edit je post ni? Susah2 je tulis komen.. Ape pun, TQ gak..

  11. Waahh, Keluang Man, camna la hamba boleh terlupa dengan siri animasi yang best ni? Heheh, superhero Malaysia/Gila yang pertama di dunia ni, heheh! Dia ni lagi best daripada Cicak-Man! Tenkiulah for sharing pautan ke laman blog Usop Sontorian dan Keluang Man ni.

    Haa, Malaysia kita ni sebenarnya memang “ramai”/meriah dengan siri animasinya. Makin lama makin banyak animasi memenuhi stesen TV(biasanya RTM). Kira boleh la kita bangga dengan siri animasi kita. Sungguhpun tak se”gah” animasi dari A.S. ataupun Jepun, tapi siri kita dari segi jalan ceritanya masih berkualiti dan yang paling penting, bercirikan tempatan dan budaya bangsa dan negara kita (hallamak, cam pidato la pulak!).

    Antara yang paling best sekarang ni ialah siri KACANG. Hahah, pasai kacang pun boleh buat kartun, tu yang menarik tu!

    Lagi satu hamba nak kongsi satu siri animasi yang baru saja tamat musim satunya dulu di RTM1 setiap Selasa dulu, yang bertajuk TANDANIA (http://www.flarestudios.com/tandania/). Menarik gak, ni cerita pasai lambang² di papan tanda (di mana watak utamanya ialah lambang KELUAR, lambang OKU dan lambang NO PETS ALLOWED).

    P/S: ANAK² SIDEK di tv9 sekarang “tengah berpuasa” macam kita gak, hehehe…

  12. Oops, pautan tu tak jadi hiperlink la pulak. Meh hantar sekali lagi:

    http://www.flarestudios.com/tandania/

  13. apsal la tak buat Keluang-Man versi real punya.. baru leh lawan Cicak-Man.. pastu lama2 nanti gabungkan pulak jadi “league of Malaysian superhero”.. hahaha.. tapi kena selalu hantar animasi ke luar negara la.. kalau tak hampeh je.. tak jadi apa2 pun..

  14. @Saladin Convoy: TQ utk link tu.. Aku dh tgk siri kacang tu.. Tapi ia tidak dapat menarik minat ku la.. Sory 2 say.. Keluang man mmg best..

    @al-Marbawi: Hmm, bijak jugak idea kreatif anda tu.. Boleh la lawan Small-Ville kalu Keluang Man versi real ditayangkan.. Kan?

  15. Animasi DANIAL. Sepanjang Ramadhan ditayang setiap Sabtu jam 7.30 malam di RTM1 So far dah ada DUA episod berkaitan dengan puasa, dan episod tadi berkaitan dengan meriam buluh. Menarik, suasana kampung. Heh, kebanyakan animasi Malaysia yang hamba suka semuanya berlatar belakangkan kampung (macam USOP SONTORIAN).
    Ni dia laman web animasi DANIAL: http://www.danial.com.my/

    Oh, Hari Raya nanti, filem animasi Malaysia menarik: BUDAK LAPOK, mengisahkan bagaimana Ramli, Ajis dan Sudin (BUJANG LAPOK) di zaman kanak². Kira macam “prekuel” la untuk siri² filem BUJANG LAPOK lakonan P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsudin dulu² tu. Macam menarik, watak Salmah (buah hati Ramli) dan Sarip Dol (musuh ketat Ramli!) pun ada!
    Ni laman web berkaitan:
    http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=film&p=info&id=713
    http://malaysia.movies.yahoo.com/Budak+Lapok/movie/14316/

  16. Animasi DANIAL. Sepanjang Ramadhan ditayang setiap Sabtu jam 7.30 malam di RTM1 So far dah ada DUA episod berkaitan dengan puasa, dan episod tadi berkaitan dengan meriam buluh. Menarik, suasana kampung. Heh, kebanyakan animasi Malaysia yang hamba suka semuanya berlatar belakangkan kampung (macam USOP SONTORIAN).
    Ni dia laman web animasi DANIAL: http://www.danial.com.my/

    Oh, Hari Raya nanti, filem animasi Malaysia menarik: BUDAK LAPOK, mengisahkan bagaimana Ramli, Ajis dan Sudin (BUJANG LAPOK) di zaman kanak². Kira macam “prekuel” la untuk siri² filem BUJANG LAPOK lakonan P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsudin dulu² tu. Macam menarik, watak Salmah (buah hati Ramli) dan Sarip Dol (musuh ketat Ramli!) pun ada!
    Ni laman web berkaitan:
    http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mod=film&p=info&id=713

  17. Wow, terpost dua kali. Yang kali kedua tu, takyah approve la kot, heh…

  18. @Saladin Convoy: Tak pe la, dh ter approve dh pun.. Ape pun, TQ atas komen ada.. Kartun tu best! (Dari tengok cite ngarut2) Kan?

  19. Citer ni, mak saya pun layan.. Hehe..

  20. masa citer ni top..ramai org ske tiru gaya ayam selebet cakap…

    upin ipin pun best..tp kejap sgt~~

  21. @nurnana: Tak salah pun kalu mak anda pun layan.. Sebab kartun ni diklasifikasikan sebagai “U”.. Untuk Tontonan Umum, Sesuai Ditonton Oleh Semua Lapisan Masyarakat..

    @lydiarayyan: Betul tu.. Singh pun xkurang popularnya jugak..

  22. Terimakasih atas penghargaan kalian semua dalam memperkatakan perihal animasi Malaysia. Usaha kalian memanifestasikan blog ini, mampu mngembangkan minat warga kita ke arah menyokong industri kartun dan animasi tanahair.
    Jazakumullahu Khairan Kathira.

  23. @ibnukaduk: kami menyokong animasi dari malaysia..kenapa mesti mengagung2kan animasi luar sedangkan animasi dalm negara ditinggalkan🙂 semoga usop sontorian dan animasi2 malaysia yg lain dapat terus berkembang😉

  24. kunjungi link di bawah. Aku persembahkan sebuah animasi baru dan segar.

    http://homeworkstudio.blogspot.com/2007/12/makhluk-menara.html

    Bersama martabat animasi tanahair, tanahapi, tanahangin dan tanahpamah

  25. Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang (dan Kamn Ismail – Pengarah Animasi Usop juga Animasi Keluang Man) dan diterbitkan oleh MOY Publications Sdn Bhd. ( Sebenarnya, Kharisma Pictures Sdn. Bhd. -sekarang MOY Multimedia Sdn. Bhd. )

    Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli belacan (tak betul kat wiki tu kan) asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung ( mencari usop la..). Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang bernama Selebet. (aku adalah penggerak ayam ini)

  26. Ini pulak petikan wiki dalam bahasa inggeris. lain sikit bunyi nya, dan lebih jujur:

    Usop Sontorian is the first Malaysian animated cartoon which was aired on RTM1 from 1996 to 1998. Created by Ujang and Kamn Ismail from Kharisma Pictures (M)Sdn Bhd. Now, Kamn Ismail is the Managing Director Of Quest Animations (M) Sd. Bhd. (www.quest-animation.com)

    The story of Usop Sontorian was about the village life of Usop and his friends such as Abu, Dol, Ah Kim, Vellu and Singh in Kampung Parit Sonto, not far from the town of Ayer Hitam, Johor; hence the name Sontorian came from. The main message of the series was basically to promote unity and harmonious relationships between all races in Malaysia.

  27. Yang ni pulak, petikan wikipedia mengenai Keluang Man:

    Keluang Man is a Malaysian comedy superhero who is based on a bat. His costume and appearance is based on the ever popular Batman. The Keluang Man cartoon series was very popular since his first appearance back in 1999 through Malaysian local TV channel, RTM 1 (Radio dan Telivisyen Malaysia), however production stopped somewhere in the middle of 2002 for an unknown reason; possibly the economic crisis from the middle of 1997 to 1999.

    The Keluang Man series includes a few aspects of moral value in each episodes, makes it very suitable to be watched by whole family, although some of the actions shown in the series are a bit violent. In addition, the typical Malay language used in the series makes it fun to watch, plus the accent of Malay speaking Sikh police may drive audiences crazy.

    Unfortunately, the series became less interesting from season two onwards. The producer of Keluang Man had thrown away most of the action parts of the series and made it full of advice and good moral values, which may explain the fall of Keluang Man.

    Kamn Ismail- the Animation Director who made up Usop Sontorian in collaboration with Ujang, local charismatic cartoonist. http://www.ameirhamzahhashim.blogspot.com -personal weblog of the asst.director for this series.

    [edit] The Story
    Set in a small town in called Tumpoi (Tampoi), Johore, Keluang Man made his first appearance in an alley where a man is trying to rob a girl. Since then, Keluang Man has been media most wanted. Keluang Man, or his real identity ‘Borhan’ is actually one of the mental patients in Tumpoi Mental Hospital. The hospital security makes it hard for Keluang Man to act during daylight, so he decided only to fight for justice at night.

    However, the existence of Keluang Man as a justice fighter did not make Inspector Shahab, the local police chief sit very well in his position. He sees Keluang Man as an annoying hero who always disturbs the police’s business.

    In the middle of the first season, Tiong Man makes his first appearance in Keluang Man as a counterpart, holding a similar role as Robin in the Batman series. Both superheroes work together to fight supervillains such as Badut (The Clown), Samurai, Bald Silat Man and many more with the hope that the town of Tumpoi will turn back into a peaceful place for everyone.

    http://www.ameirhamzahhashim.blogspot.com http://www.quest-animation.com

  28. @ibnukaduk: terima kasih terhadap info yang diberikan oleh anda..kami di bilik sebelah berterima kasih atas kunjung anda..😉

  29. teringat mase kecik kecik dulu…

  30. animasi Malaysia sekarang makin hebat…
    Usop sontorian suatu masa dulu mengegarkan dunia animasi tempatan. tapi sayang bila ianya tidak diteruskan lagi. atas sebab2 yang korang sendiri pun paham.
    ada masa lepak blog gua.- http://www.akujohan.blogspot.com/

  31. @LAH: biasa la 2..kalau cite pasal animasi@kartun ni mst kita teringat zaman kanak2 dl😀

    @jonjenin: terima kasih kerna menyingah di bilik sebelah😉

  32. cite bab animasi usop sontorian ni, teringat masa kecik2 dulu. sanggup berebut dengan abang n kakak nak duduk depan skali depan tv. jalan cerita memang best.. bila dapat tengok semula kat youtube ni rase best plak. dulu ade gak simpan vcd die tapi dah letak kat mane tah… lebih baik tengok animasi keluaran malaysia daripada luar negara…

  33. @princess: betul tu princess.. apa kata princess tlg upload cite2 usop sontorian ni kat youtube ke, metacafe ke.. Boleh org yang tak da VCD ni tgk.. Hehehehehe…

  34. watever

  35. @queen bee: Yala.. Watever..

  36. Aku ade jumpa satu raw tape usop sontorian. VHS format la. Cerita bertajuk PENDEKAR. Aku tgh cuba menaik taraf ke format digital. tapi muzik dan latar bunyinya tak ada. Tunggu kemunculannya di youtube. ( kalau aku dapat menaiktaraf video tersebut)

    Tapi sekarang ni Usop dah kembali ke TV. TV 9.

  37. assalamu alaikum,apa kbr org kat situ………?

  38. SaLaM. . .hQ mEmAnK pEmInAt us0p s0nt0rIan. . .Tpi nApa x d main kn kAT tv3. . .LgI bAgUs. . .dAripAda kArTun yG eNtAh apA2x t0h b0sAn. !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: