Kena ‘tol’ masuk KL..

jam2..

Hmm…dah lama aku tak menaip kat Bilik Sebelah..cian kat Mr. Bilik Sebelah kerna menguruskan blog ni sendirian lebih kurang 2 minggu.. ^_^ di kesempatan ni aku nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung dan pembaca dan juga blogger-blogger..mungkin dah agak lambat, tapi ni je la kesempatan yang aku ada.. ^_^

Berbalik kepada benda yang aku nak tulis hari ni..apa kaitannya dengan kita ye.. ^_^ tadi aku berjalan-jalan membaca surat khabar online..hari-hari ahad macam ni memang keje ni je la yang seronok aku wat..aku tertarik pada satu artikel ni..tajuknya lebih kurang membayar tol untuk masuk Kuala Lumpur..

DBKL mahu laksana caj masuk ibu kota

Oleh Norfatimah Ahmad di Stockholm, Sweden

Cadangan akan dibentang kepada jawatankuasa khas

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat bagi memperhalusi cadangan untuk mengenakan caj kepada semua kenderaan yang masuk ke ibu negara bagi mengurangkan kesesakan jalan raya, terutama pada waktu puncak.

Cadangan itu kemudian akan dibawa kepada Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pengangkutan Awam yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak..sambungan artikel

Β jam...

hmm..kalau nak cerita kesesakan lalulintas (skema la plk, aku pakai jam je la) jam kat Kuala Lumpur ni, memang dah sampai tahap teruk..lagi-lagi kalau time puncak..dah macam-macam yang kerajaan nak wat untuk mengatasi masalah jam ni..tapi masih juga menjadi-jadi..kalau tak silap aku la kan, RapidKL (warga KL mesti taukan apa tu RapidKL, kalau tak tau RapidKL sitem pengangkutan awam ibu kota) yang diwujudkan kat KL ni salah satu tujuannya untuk mengatasi masalah jam ni..tapi kesedaran warga kota tidak ada,maka usaha ni hampir sia-sia juga la..

hmm..tak lama lagi dah nak raya..aku boleh katakan sabtu dan ahad yang bakal tiba minggu ni dan minggu depan akan menyebabkan jam yang teruk..sebabnya warga kota akan keluar membeli-belah untuk persiapan hari raya yang menjelang tiba..lepas cerita membeli-belah untuk persiapan hari raya,cerita warga kota pulang ke kampung halaman pula..aduh..jam lagi..kat mana-mana pun jam juga..

Apa respon anda tentang jam ni..susah ke senang? apa pula respon anda tentang bayaran ‘tol’ bagi pengunjung Kuala Lumpur..tak lama lagi nak raya..bayangkan anda balik kampung dlam keadaan jam..aduh tension ^_^ tapi apa-apa pun..jangan tension-tension ye..relak sudah.. ^_^

*sape yang nak gmbr jam kat KL 2..aku dah sediakan ^_^

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on September 23, 2007, in Merapu Post, Semasa. Bookmark the permalink. 12 Komen.

  1. takpe aku naik bas dan kereta api je bila balik kampung… haha

  2. raya thn lps sy terperangkap dlm jam w/pun kami bertolak blk dlm pkl 2pg.. smpi kg dlm pkl 8pg kalau x silap. kakak sy pulak bertolak lps subuh dan smpi kg pkl 4 ptg. thn ni?? tggu & lihat aje cmne..

    p/s-penulis beraya di mana?

  3. gambar tu mcm bukan kat kl jak.. mcm kat jepun jak.. afsal xde satupun motor mat rempit atau kapcai.. dan bas mini itu.. ihihi, gurau2 je bro..

  4. and we should blame our poor public transportation system..

  5. @al-Marbawi: kalau naikas pun, insyallaah merasa beberapa jam tersekat dlm Jam..hehehe…kalau naik kereta api pun jam jgk la..jam den org..hehehe…πŸ˜‰

    @ixora: ish3..kesian kepada ixora..di mana kmpg halaman ixora? pesanan kalau tersekat dlm jam ni, kita kne banyak2 bersabar je la..πŸ˜‰ sy pulang ke johor, kmpg halaman sy di sanaπŸ™‚

    @yginsaf: xde la,xamik hati pun..gmbr dah tkr la..hehehe..hmm..jgn mcm 2..sikap org ramai jg blh di persalahkan..πŸ˜‰

  6. oh,kg halaman anda di selatan ye..? kg halaman sy di utara(kedah).

    hmm,setakat ni sy tak pulak rasa tension bila stuck dlm jam(mgkn sbb bkn sy yg drive kot.hehe);)

  7. kalau saya naik bas dan stuck di dalam traffic jam, tidur je la yang termampu. tapi yang bencinya bila dah tidur kemudian terjaga, bas masih di tempat sama. itu memang perkara yang paling bengang dalam hidup saya.. hah…😑

  8. @ixora:ooo…kmpg kat utara ye…untung la og xjadi driver..tapi kita seharusnya berterima kasih kepada driver kerana kalau memandu sahaja mmg dah penat, inikan lg kalau tersekta di dlm jam..πŸ˜‰

    @al-Marbawi:sabar la ye en al-Marbawi..kita yang menumpang bas 2 je pun tension, ini pula pemandunya..kalau siang lg plk, mesti penat pemandu bas 2…jadi kita xblh la tension2 ye..πŸ™‚

  9. awat nk benci bandar kl plak
    ape kene mengena kl ngan kebencian mu en shyne ward msia
    adekah kl menjadikan anda seorg yg terok sprt mane yg tlh melanda rmi bdk2 kampong yg tlh berhijrah ke kl???
    semoga tidaklah seteruk itu yek
    pape pn
    ape saje langkah kerajaan adalah bertujuan menyusahkan rakyat sahaja..naek gaji..bayo mcm2 gak..mansuh satu,,wujudkan yg laen..pndi le nk niage…haha

  10. @teNgKuraK: No komen.. Walaupun kata2 anda ada asasnya..

    P/S: *Blog ini tidak menyokong atau meng-anti kerajaan bumi Malaysia*

  11. @shaYnE wArD mALaySia: hmm..kalau dah benci dengan KL, kuar la dari sini..heheheπŸ˜‰

    @teNgKuraK: secara poitifnya, gaji naik juga kan..soal benda lain naik harga 2 xblh nak ckp ape2 la..org kata harga barang naik seiring dengan kenaikan gaji..πŸ™‚

    @Mr.Bilik Sebelah: btl 2 bro..aku tulis post ni bkn untuk melahrkan golongan yang benci kerajaan..πŸ˜‰

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: