Kejarlah kalau boleh..

*Specially dedicated to MUSLIMIN and MUSLIMAT*

Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal ni. Kalu ikut tajuk “kejarlah kalau boleh” ni, macam nak suruh kita main Police and Thief la pulak kan.

Post ini adalah di-inspirasikan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Apa kene mengena kejar mengejar dengan bulan Ramadhan? Ada la sikit, tapi semua ni adalah secara umum kepada kita sebagai umat Islam di muka bumi ciptaan Yang Esa Lagi Maha Berkuasa ni.

Bagi pendapat aku, hidup sebagai umat Islam ni macam bermain kejar2 la jugak. Kenapa aku cakap macam tu?

Kita mesti mengejar dunia (ilmu), dan tak lupa juga mesti mengejar akhirat (syurga)

Dalam kehidupan aku sebagai pelajar, aku sering mengejar kejayaan dunia untuk berjaya dalam pelajaran mahupun kehidupan. Kita semua tidak boleh lari dari mengejar kekayaan dunia, kesenangan, kebahagiaan dan macam2 lagi.

Tapi, pernah tak kita terfikir, bahawa, kalau kita boleh mengejar keduniaan, kenapa kita susah sangat nak mengejar dan mendapatkan akhirat yakni Syurga yang dijanjikan tuhan?

Kalau kita boleh buat assignment yang memakan masa 2 jam mahupun satu hari suntuk, kenapa kita payah sangat nak buat solat yang hanya memakan masa 5 minit? Kenapa kita mesti melenggahkan solat? malah lebih teruk sampai menqada’kan solat tu?

Dalam bulan Ramadhan ini, aku telah sedar, bahawa tidak semua umat Islam itu ingin mengejar kelebihan Ramadhan yang dijanjikan yang hanya datang sebulan setiap tahun. Mereka (aku juga) asyik sibuk melakukan perkara-perkara yang lain, memang perkara itu penting, macam assignment, tapi apalah salahnya kalu kita pergi solat tarawikh yang hanya lebih kurang sejam tu? Tak sempat ke?

Kalau kita boleh menghabiskan masa tengok TV, YM, tulis post (aku la tu..hehe), buat assignment, SMS, clubbing, main game dan bersembang (mengumpat), kenapa kita tidak menggunakan masa kita itu untuk mendapatkan pahala terutama di bulan Ramadhan ni?

Pelik, namun semua ini benar. Aku menyeru kepada diriku dan semua yang membaca entri kali ini, supaya berfikir lah. Adakah kita hendak mengejar selagi boleh? atau nak tunggu dah tak boleh atau dah tak sempat baru nak menyesal?

“Bekerjalah seperti kita akan hidup seribu tahun, Beribadahlah seperti kita akan mati pada esok hari”

Mati boleh datang pada bila2 masa, dimana2, dan dalam apa jua keadaan mahupun kita sering terfikir bahawa kita masih selamat. Kumpullah pahala sebanyak mungkin sebagai bekalan di Akhirat kelak.

~muhasabah dan insafilah diri ini~

Posted on September 25, 2007, in Khas and tagged , , , . Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. erm…bl bace dis post br trsedar..tp xtaw la blh trsedar smpi bl…manusia ni mmg sentiasa alpa…nape kite x kjr akhirat?mayb sbb kt x nmpak.mksdnye ganjaran tu xde dpn mate kasar even kt taw akn kewujudannya.itulah mslh manusia skang ni yg hnye kejar ape yg nmpk depan mate sdgkan sesuatu yg lbh baik ade…anyway,thanx for posting dis post..insaf sket…alhamdulillah…

  2. hmm..post ni m’yeru kita wat ibadah…tapi kalau kita sendiri masih x dapat seru nak wat mcm mne..hehehe…aku cbe wat yg trebaik dlm bln ramadhan ni, tapi mggu ni aku ras amesti byk aku miss tarawih..hehe..😉

  3. @angelic atirah: Betul tu, tepat sekali pendapat anda.. “Jika manusia itu tahu betapa banyaknya rahmat dalam bulan Ramadhan, pasti mereka akan mahukan setiap bulan itu bulan Ramadahan”..

    @avatar aang: nape pulak nak miss? kan dekat tu bro..

  4. wa caya sme lu beb..wa bdk sereng..wa mntk ckit cramah dri lu bleh x.wa dh bnyk wat slah kat dunia ni..bkn pe,wa skrg btl2 mau insf

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: