Mercun, Hari Raya & Cedera

Hmm..hari raya bakal menjelama tidak lama lagi..diucapkan buat sekian kalinya kepada pengunjung Bilik Sebelah “Selamat Hari Raya” dan puasa yang tinggal beberapa hari ni habiskan la, jangan ditinggalkan pula.. ^_^ kemeriahan hari raya semakin terasa, kalau kat rumah, suri-suri rumah dah rancak membuat kuih raya, mengemas rumah dan lain-lain persiapan bagi menyambut ketibaan syawal..

 selamat hari raya

Walaubagaimanapun, kadang kala kemeriahan ni bakal akan terganggu dengan kemalangan-kemalangan yang tidak dapa dielak dan dijangka..bak kata pepatah melayu “malang tidak berbau”..malang lagi jika kemalangan itu melibatkan kecederaan yang teruk seperti putus jari, terbakar muka dll..anda semua dah dapat apa yang ingin saya sampaikan? ya..saya ingin mengulas sedikit berkaitan kemalangan yang berlaku kepada pemain-pemain mercun..

mercun
sumber daripada Bernama

Mercun merupakan benda yang selalu ada di Malaysia jika adanya perayaan terutama perayaan Hari Raya  dan Tahun Baru Cina..walaubagaimanapun, sering kali kita terdengar dan membaca kemalangan-kemalangan yang berlaku disebabkan mercun berlaku pada anak-anak Melayu kita..dah la kita pemain-pemain mercun terpaksa membeli mercun tu, salah sikit diri mereka pun menjadi bayaran kepada mercun..apa taknya boleh hilang jari, hilang hidung dan macam-macam lagi la..ni saya ada selitkan satu artikel berkaitan daripada berita harian..

Calon PMR, murid Tahun Dua mangsa terbaru mercun

Oleh Mona Ahmad dan Mohd Roji Abdullah


ANGKARA MERCUN: Muhd Nurfitri yang cedera pada muka ditemani ibu, Rosila ketika dirawat di Hospital Batu Pahat, semalam.

KOTA BHARU: Seorang calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terpaksa menduduki kertas terakhir ujian itu di wad Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM), di sini, selepas melecur di tangan akibat terkena mercun buatan sendiri.selanjutnya

Dalam saya menyelusuri internet mencari apa-apa yang berkaitan mercun, saya terjumpa saya rencana tentang bahan kimia dalam mercun tu..mari la kita baca sama-sama..

Kesan bahan kimia dalam mercun

Oleh Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim
Pusat Racun Negara, USM

Bahan letupan sering digunakan dalam peperangan. Seni pembuatan bahan letupan dan mercun yang dikenali sebagai piroteknik dipelopori oleh China semenjak abad ke-13.

Kemudiannnya, ia tersebar ke negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Eropah, Rusia dan Jepun. Permainan mercun menjadi tradisi bagi sesetengah negara. Amerika Syarikat, contohnya, meraikan Hari Kemerdekaan dengan permainan mercun secara besar-besaran. Jerman pula hanya membenarkan permainan mercun mercun semasa sambutan tahun baru..selanjutnya

Hmm..maka dengan ini, saya menyeru kepada pembaca-pembaca supaya mengawal adik-adik, anak-anak, cucu-cucu yan ingin bermain mercun..bukan sahaja membazir wang ringgit..silap-silap boleh membahayakan anggota badan dan nyawa juga..kalau rasa teringin nak main tu jangan la buat sendiri..beli la mercun yang agak selamat seperti mercun manci dan kalau boleh jangan yang dah masuk angin..aku tak menggalakkan tapi menasihatkan je.. ^_^

p/s: byk lagi benda boleh kita buat daripada beli mercun, beli baju raya banyak-banyak ke..kan lagi best..hehe..boleh buat persalinan tiap-tiap hari..rayakan 30 hari beli la 30 helai baju ^_^

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on Oktober 6, 2007, in Budaya, Kesihatan, Semasa. Bookmark the permalink. 10 Komen.

  1. Melampau sangat 30 pasang baju tu.. Alakadar je cukup la bro…

    Hmm,bukan setakat Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina je ada mercun, Deepavali, Wesak, Krismas, Merdeka dan Tahun Baru pun ada~Malah kerajaan jugak yang anjurkan sambutan bunga api (Mercun besar~!) walaupun mereka menegahnya.. Ape lar.. hehehe.. Jangan saman aku PM.. Huhuhu..

    30 Ramadhan ni, budak2 taman rumah aku nak main meriam.. Baru2 ni diorang kantoi dgn aku curi tiang besi yang ada kat tepi jalan tu.. Aduhai.. Ape la nak jadi..

  2. @Mr.Bilik Sebelah: bkn ape bro..2 cadangan penggunaan duit je..daripada g bli mercun baik bli baju 30 helai…😉

    ish3..terok btl la bdk2 tmpt bro 2..hehehe..curi tiang..dah la main mercun, mencuri lagi..

    kepada semua pengunjung, jangan la biarkan tiang2 letrik dicuri pemain-pemian meriam..🙂

  3. wah,melampau btol sampai curi tiang..!
    eh,ade ke org guna tiang lektrik wat main meriam? ape laa encik avataraang ni.. huhu..

  4. @ixora: hmm..xcaye ke..tapi 2 la hakikatnya..buda2 skrg dah xmian meriam gne buluh lagi..diorang dah gne benda yg lagi advance..baru macam btl2 berperang..😉 ada la pengalaman skit2 sebab 2 blh bercite kat sni..hehehe…

  5. eee…tak tahan betul bila orang main mercun. dentam dentum membingitkan telinga dan emmatikan ilham untuk menulis. Lagi pulak kalau ada yang main meriam buluh…rasa nak sula je dengan buluh orang yang main tu…

    Kat kg saya, yang galak bermain mercun berdentam dentum ialah seorang polis yang bertugas membuat rampasan mercun…huhuhuhu..polis main mercun, camna nak buat tu?

  6. @Bayan: sy faham pendiritaan Bayan..hehe..tau xpe..membising dan menghara-hurukan keadaan je ^_^..

    cite polis main mercun ni xyah la cite kat cni..nnt kena saman plk..😉

    ape2 pun halang la bdk2 drpd main mercun..pihak berkuasa ambil la tindakan..

  7. kena saman ker? huhuhuhu seramnya, bulan lepas baru kena saman, tapi lepas…heheheh pelik kan? oopppsss itupun tak leh citer la, bahaya.

  8. @Bayan: hmm..ckp siang pandang2..ckp mlm dengar2..hehe..alhamdulillah la terlepas..duit blh gne wat bli baju raya byk2..hehehe🙂

  9. apelah….bodoh sape yg main mercun.hilang salah 1 aggota badan pun x kisah kan .baik lah guna duit tu bli baju raya kan…………………..OPPPSSSS ………….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: